BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, January 23, 2009

Selendang Beauty ala Gipsi©


Memandangkan banyak projek yang tergendala ketika keadaan kesihatan tak berapa baik tempohari, saya kongsikan dulu hasil kerja terdahulu yang diperam. (Kononnya nak upload bila dah dapat gambar daripada tuan yang empunya selendang. Tapi takpelah... Saya akan uploadkan gambar beliau di lain kesempatan OK?)

Si dia ni memang peminat Dato' CT. Jadinya, apa sahaja yang CT pakai, kalau boleh si dia pun nak pakai juga... Kalau dulu si dialah yang pertama membeli tudung Beauty sentuhan saya. Bila nampak CT pakai selendang ala gipsi yang diikat ke belakang, dia pun nak juga...

Istimewa untuk si dia, mari kita cuci mata!

(Gambar artis sebagai hiasan. Sekalung penghargaan kepada SNP dan media cetak berkenaan)

Panjang : Minima 1½ meter
Lebar : Minima ½ meter
Jenis fabrik : chiffon georgette, chiffon crepe atau sebarang jenis fabrik yang bersesuaian atas permintaan pelanggan
Perincian manik : Atas permintaan pelanggan
Warna : Atas permintaan pelanggan
Harga : Berdasarkan kepada semua perkara di atas

Selendang Rindu© pun sebenarnya boleh digayakan ala Dato' CT, Bienda atau pelbagai stail lain mengikut kreativiti dan keselesaan masing².

Sementara
kita nantikan gambar sebenar si dia, kalau anda pun suka selendang ini, jangan segan² hubungi saya. Sekarang ini pun dah ada dua helai sedang menunggu untuk disiapkan. Tunggu ye Cik Adik manis...

0 ulasan: