BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, April 14, 2009

Adi Busana©

Pertama sekali, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada yang sudi meninggalkan sepatah dua kata dalam entri semalam yang sedikit emosional. Hmmm, sedangkan lidah lagi tergigit...

OK, kita tutup buku semalam. Hari ini saya cuba untuk memenuhi permintaan yang saya terima melalui komen², email² dan sms² yang meminta saya "tayangkan" adi busana yang digayakan pada Majlis Makan Malam FTiMdc baru² ini.

Kepada yang meminta (yang tak minta tapi nak cuci mata juga pun boleh, apa salahnya...), semoga entri yang tak sepertinya ini dapat memuaskan hati kalian. (Malu nak tayang sebenarnya sebab ramai lagi tamu yang datang dengan gaya hebat masing² terutama si Dayang yang telah membawa pulang trofi "Pakaian Paling Anggun" malam tu. Tahniah sekali lagi ye Dayang!)

Sesungguhnya busana ala songket ni bukanlah saya tempah khas untuk dinner FTiMdc tu tapi dah pernah pakai pun waktu Majlis Aidilfitri 2008 di tempat kerja. Asalnya adalah sehelai kain sampin siap berjahit yang saya beli waktu lelong Bazaraya di Jalan TAR dua tahun dulu. Lama terperap dek tiada ilham fesyen untuk direka. Baru tahun lepas saya hantar ke tukang jahit minta dibuatkan potongan begini. Mujur cukup kainnya cuma bahagian pinggang dan balooned-cuff tu yang tak dapat lebih gelembung. Takpelah, asalkan tak termasuk dalam kategori "Jenayah Fesyen".

Kainnya pula saya beli siap waktu "Clearance Sale" di Nichi. Last piece yang saya beli juga walaupun hati cuak tengokkan saiznya. Penangan dah jatuh cinta dengan potongan dan kualiti fabriknya, kena pulak harganya jatuh tak sampai RM20 sehelai. Kalau tak muat, rezeki adik ajelah jawabnya.

Pagi sebelum dinner tu saya ubahsuai hiasannya. Kristal empat segi yang dijahit di atas siku tu saya biarkan aje. Kenangan tu... Saya jahit setibanya di pejabat pagi hari Majlis Aidilfitri tahun dulu. Bersimpang-siur tangan menyeluk dalam lengan baju yang bercerut tu. Nasib baik sempat siap untuk dipakai tengaharinya.

Tali pinggang ni pula adalah daripada lebihan kain satin yang saya simpan sekian lama. Dijahit berasingan dan masa mula² pakai dulu saya cuma ikatkan begitu saja. Untuk dinner tu, saya jelujurkan siap² dengan mutiara emas dan perak pada badan baju supaya tak melorot lagi. Kemudian saya pinkan kerongsang besar di tengahnya. Done!

Dan inilah dia tudung "Sotong" yang menjadi bualan hangat dan kutukan Cik Kiah².... Juga saya ubahsuai hiasan di atasnya. Bunga kain yang asal dibuka dan saya gantikan dengan bunga batu oktan lebihan daripada rantai yang saya jahitkan pada tudung Beauty. Cukup untuk 3 kuntum bunga di atas kepala, leher dan tengkuk. Tengahnya saya letakkan kristal berikat perak sementara pada "kaki sotong", saya jahitkan mutiara emas jarak² untuk efek lebih kemilau.

(Harap maklum, BnTB tidak akan mengeluarkan produk ini dan yang warna putih dalam koleksi saya untuk jualan umum. Jangan ada yang kechiwa terjun laut jadi sotong pulak ye! )

Ini stiletto yang sepatutnya dipadankan dengan clutch. Di pertengahan jalan ke lokasi dinner, adik saya call beritahu kasut ni tertinggal di bawah katil!

Maka saya berterima kasih kepada kasut merah hati yang tersimpan dalam bonet kereta. Menyelamatkan saya daripada bersandal lusuh. Kalau tak, hilang kisah nak pakai sepadan tapi padan muka saya!

(nampak tak yang sebelah lagi tu takde batu permatanya? Sebenarnya itu adalah kerongsang tau. Tips berguna ni ye kawan² - kalau tak mahu berbelanja lebih, cucukkan aje kerongsang pada kasut yang sedia ada. Nah, siap untuk dinner!)

Dan sebagai pelengkap gaya, gelang rama² menghiasi tangan. Ada yang berkenan ye dengan gelang ni sebab nampak gambarnya kat FP sapa dia ek... ;)

Panjang sungguh celoteh kali ni, jangan sampai ada yang benci. Harap² sikit-sebanyak boleh jadi inspirasi.

Pssst, agaknya busana ini menepati tak tema tenun ABPBH09? Ermmm, jangan nanti episod ayam dan telur bersambung pulak...
.

0 ulasan: