BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, September 24, 2010

Tiada noktahnya...

Ini entri dalam fotopages saya tanggal 2 Disember 2007Dan selepas lebih dua tahun, masih tiada noktahnya...


biar bisanya bak dicucuk jarum
biar serabut bak mengurai benang yang kusut
biar celaru bak mengasing maniklabuci 

bercampur dalam bekas yang satu
namun
perjuangan tetap diteruskan
moga mereka yang rebah itu mendapat hidayah
dan terbuka pintu hati
'tuk menghentikan langkah yang songsang
lantas bangun

mengejar berkat
mengutip rahmat
pantas membeza pahala 

dan dosa
lalu sedar bahawa
yang bulat tak datang bergolek
yang pipih tak datang melayang
sesungguhnya rezeki itu di tanganNya!



0 ulasan: