BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, October 29, 2010

Fleur

Syifon fuschia sarat dengan motif bungaan ala Inggeris berona terang disulam manik dan labuci paduan corak dan warna sepadan. Kristal dan chip beads menambah gemerlapan pada cekak tangan dan kaki baju kurung moden untuk bonda mertuanya yang tersayang...

Monday, October 25, 2010

Kräla

Kurung shantung polos dengan perincian manik tali air disulam berliku sepanjang hujung tangan dan lehernya.

Hiasan batu pelbagai warna kontras dan juga senada menyerlahkan lagi ketrampilan sepasang busana.




Ringkas namun masih mempesona bak kata si empunya.

Wednesday, October 20, 2010

Tudung Beauty© Ai

Dua puluh sepuluh dua puluh sepuluh memahat kenangan ulangtahun perkahwinan Ai ~ antara pelanggan setia BnTB.

Disiarkan satu lagi tudung Beauty© yang ditempah sempena Aidilfitri, dengan iringan doa semoga mahligai kasih yang dibina kekal rukun damai dan berbahagia hingga ke akhir nanti.  




 

Friday, October 15, 2010

Crumble Butterfly

Memenuhi permintaan teman baikku untuk merias kurung sutera krepnya dengan rekaan hangat masa kini.

Turut menggemari sang rama-rama, maka digarapkan variasi manik, mutiara, kristal dan swarovski sebagai penyeri.

manik beras yang jarang sekali diaplikasikan dalam rekaan BnTB
membentuk hybrid ~ cubaan pertama kali

obses dengan rama-rama, baik si empunya dan BnTB sendiri
signature design BnTB ◕‿~
dengan olahan sedikit crumble versi BnTB

 

Monday, October 11, 2010

Rose Garden©

Merias busana hitam putih bukannya mudah. Tambah lagi jika yang sedia sarat bercorak. Andai silap percaturan, hasrat untuk menyerlahkannya bertukar menjadi suram, seri tenggelam.

Justeru saya memilih gabungan warna asas variasi batu permata dan cengkerang mutiara selain manik dan labuci seperti lazimnya.

Kuntuman mawar "Cabochon" putih susu dan mawar mungil hitam siapan tembikar polimer 3D menyerikan lagi keseluruhan perincian.


 

Rekaan paling digemari oleh empunya persalinan dan saya sendiri, tentunya kerana penampilan koleksi pelbagai material mewah lagi istimewa. 




Wednesday, October 6, 2010

Tudung Beauty Zamrud

 ulat gonggok ;)

Monday, October 4, 2010

Terra Rossa

Merasakan coraknya yang bersesuaian dengan motif persalinan, ide asal Kilauan Mustika pun diadaptasikan ke atas kurung moden syifon berona jingga kemerahan.

Pantas nama "Terra Rossa" atau tanah merah dipilih untuk lebih mudah dijadikan rujukan.

Telah lama sampai ke tangan tuan cuma baru sekarang sempat disiarkan.


 cloisonne beads digunakan sebagai inti bunga bagi mencipta kelainan daripada rekaan asal




Friday, October 1, 2010

Kaftan Beauty©

Wajah baru si kaftan lama.....




Model : Memey Suhaiza
  Solekan & Tatarias : Annas Easkey
 Persalinan: Beauty & The Beads
Fotografi & suntingan : Annas Easkey Photography