BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label Cloissonne Beads. Show all posts
Showing posts with label Cloissonne Beads. Show all posts

Thursday, March 29, 2012

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Cytherea Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

Archive 2011












Tuesday, December 7, 2010

Hijrah Sarah & Shafiqa

Tahniah kepada pasangan klien BnTB™ yang melangsungkan perkahwinan mereka sempena Ma'al Hijrah hari ini.

Pertama kali menerima tempahan untuk menatarias material kapas bersulam untuk persalinan perkahwinan.

Memenuhi permintaan si empunya supaya menyerlahkan bahagian bordir kedua belah tangan, kolar mandarin hingga ke hujung belahan busana. Tidak mahu sarat berhias, memadai dengan permainan warna perak dan hitam sepadan de
ngan sampin songket kepunyaan si teruna.

Alhamdulillah, Sarah gembira dengan hasi
l keseluruhan transformasi berukuran 120 inci panjangnya...


Selamat Pengantin Baru buat Sarah Fazalul & Faidzunnaim. Semoga penghijrahan ke "alam baru" ini diberkati Illahi, rukun damai dan sentiasa naim :)

Yang turut berhijrah ke alam rumahtangga hari ini, seorang lagi klien yang pernah mendapatkan sentuhan BnTB™ untuk kerudung pertunangan merah cilinya yang tetap diingati sampai kini.


Selamat Pengantin Baru
Nurshafiqa Mohamad Salim dan Alfazari Ghazali. Semoga wangi cinta kekal mengharum hingga ke syurgawi.

Monday, October 4, 2010

Terra Rossa

Merasakan coraknya yang bersesuaian dengan motif persalinan, ide asal Kilauan Mustika pun diadaptasikan ke atas kurung moden syifon berona jingga kemerahan.

Pantas nama "Terra Rossa" atau tanah merah dipilih untuk lebih mudah dijadikan rujukan.

Telah lama sampai ke tangan tuan cuma baru sekarang sempat disiarkan.


 cloisonne beads digunakan sebagai inti bunga bagi mencipta kelainan daripada rekaan asal




Thursday, September 23, 2010

Jardin©

Jika ada yang setia mengikuti laman FP BnTB sejak lebih setahun yang lalu, mungkin pernah melihat "teaser" rekaan ini.

Telah sekian lama sempurna cuma tidak pernah dipaparkan lagi.

dedaunan dan bungaan kecil menghiasi "jardin" (taman)

"cloisonne bead" bermotif anggerik menjadi tarikan utama kuntuman bunga serupa
jemeki bersaiz paling comel disusun bertindih membentuk kelopak bunganya
sang rerama yang memang sinonim dengan BnTB terhasil daripada taburan manik rapat disulam seakan sedang menghidu wangi bunga ◕‿~

Friday, August 20, 2010

Tudung Beauty© Ungu

Tudung Beauty© dari syifon ungu dengan sulaman sisik ikan membentuk bunga "passion" berintikan mutiara warna senada


sementara teknik tali air dijelujur sepanjang bebiku sulaman bahagian muka dan bawah tudung

 

Friday, August 13, 2010

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Charm© Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

Seperti pernah anda lihat rekaan ini? Ya, tak syak lagi. Inilah latarbelakang kad ucapan "Salam Ramadhan" BnTB yang telah menghiasi dinding laman ini minggu lalu.

Rekaan yang tercipta istimewa untuk sehelai abaya yang dijangka bakal menyemarakkan lebaran tahun ini, seiring dengan fesyen kaftan dan jalabiya ~ trend terkini yang menjadi pilihan ramai wanita.


Gabungan eksklusif filligree dengan pelbagai jenis, bentuk dan dan warna manik, mutiara dan batu permata garnet, cloissone beads dan kristal bernuansa mewah yang diekspresikan lewat persalinan ini, ilham rasa BnTB...



membentuk tiga bulatan besar sebagai subjek utama dalam rekaan ini pada kedua belah tangan dan sepanjang dada


Keseluruhan rekaan, ringkas namun tampil mewah bergaya penuh pesona...


Untuk melihat paparan penuh persalinan ini, yok ke sini http://www.facebook.com/photo.php?pid=4752160&id=163055117187&ref=fbx_album#!/photo.php?pid=4784555&id=163055117187&ref=fbx_album&fbid=429941597187

Monday, November 23, 2009

Tudung Pertunangan Shafiqa©

Cubaan pertama menggunakan cloissant beads pada Tudung Beauty© istimewa untuk Shafiqa yang telah melangsungkan pertunangannya dengan jejaka pilihan hati semalam.

Rona merah dan krim melatari majlis, daripada persalinan kedua pasangan berdarah manis, hinggalah kepada persembahan barang hantaran.

Semoga ikatan yang termeterai akan berpanjangan ke jenjang pelamin. Insya-Allah!

Buat Shafiqa & Alfazari, tahniah diucapkan.