BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label Stones - Crystals/Acrylics. Show all posts
Showing posts with label Stones - Crystals/Acrylics. Show all posts

Thursday, March 29, 2012

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Cytherea Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

Archive 2011












Monday, May 2, 2011

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Selendang Pertunangan Bib Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

Selendang syifon dwi tona dengan patchwork renda lebihan busana, diperindahkan dengan hiasan sang rerama sepertimana permintaan si empunya. Comel seperti tuan badan, sesuai peribadi sebagai pembantu penerbit rancangan kanak-kanak di saluran prima.



Manik labuci dan mutiara senada warna lembut melatari selendang yang disimbahi kemilau batu permata hot fix putih berselerakan atas kepala.


Moga ikatan pertunangan yang termeterai siang tadi bakal dinoktahkan dengan ijab kabul bila sampai masanya.

Tahniah buat Bib & sang jejaka...


Thursday, April 21, 2011

Crumble Pinky


Setelah sekian lama bersawang akibat mood takde mari dan jiwa ada sikit kacau...

Terima kasih buat yang sabar menanti... Kini kupulang bersama "cinta"...

Enjoy!





Tuesday, March 15, 2011

Tudung Akad iLi

Melihat hasil kerjatangan yang digayakan oleh teman baiknya dulu bikin hati iLi jadi tak keruan. Justeru, tak berlengah lagi iLi mengatur tempahan. Tudung rona putih gading menjadi pilihan, bersulam manik labuci keemasan...


Alhamdulillah, tanggal 12 Mac yang lalu telahpun selamat diijabkabulkan.....

Monday, February 28, 2011

Princezna

Kurung pesak gantung yang Shila beli siap bermanik ringkas di leher sampai ke tangan saya untuk dirias lebih rapi. Seperti yang dipersetujui, manik asal dikekalkan agar tak rosak busana pernikahan.

Minta ditambah dengan perincian hitam, emas dan kebiruan biar sepadan sampin songket jejaka idaman. Kaki baju juga tidak ke
tinggalan, dirias serupa melengkap penampilan.

 

Telahpun selamat memeterai ikatan tanggal dua puluh enam haribulan. Alhamdulillah!

 

Monday, February 14, 2011

Tudung Beauty© Piccolino

Seperti yang telah dijanjikan, inilah Tudung Beauty© sedondon dengan busana Piccolino



Tuesday, December 28, 2010

Crumble Filligree

Syifon multirona berpotongan kurung moden, tempahan ketiga daripada Eleen yang berhajatkan sentuhan Crumble.


Sedar akan si empunya yang sering "cair" dengan filligree, maka sengaja diselitkan penggunaan material itu dalam versi Crumble kali ini. Walau sendiri sangsi dengan gabungan filligree dengan motif dan warna sedia sarat pada baju, namun akhirnya saya sendiri bagai jatuh cinta dengan hasilnya... :)

Tentu tambah teruja bila si empunya sendiri suka apatah lagi setelah semalaman berjaga untuk menyempurnakannya...

(ye, Crumble semalaman ini bermula jam 9:30 malam dan siap pada 6:30 pagi keesokannya)









Monday, December 20, 2010

Bling Bling Baby

Permintaan daripada si ibu yang teruja dengan kehadiran seorang puteri pelengkap famili.

Sesuai dengan gelaran puteri, tentunya persiapan menyambut kelahirannya dibuat penuh rapi. Walau si comel belum mengerti apa² namun si ibu yang memang dikenali sebagai penggemar fesyen glamor dengan stail tersendiri tetap mahukan sang puteri tampil berseri sejak usia sehari.

Maka selimut penghangat bayi rona baby pink mahu disulam istimewa dengan nama indah sang puteri lengkap dengan hiasannya sekali.



Terhasillah "Keisha" dengan sebuah tiara buat sang puteri....



Sunday, December 12, 2010

Lilac Garden©

Sebaik melihat hasil kerjatangan yang dipersembahkan buat anak saudaranya, pantas beliau menghubungi saya, menyampaikan hajat untuk mendapatkan sentuhan pada busana dan layah pernikahannya. Namun pada saat akhir, saya dipertanggungjawabkan untuk fokus pada layah sahaja kerana si tukang jahit berjanji memanikkan sekali pakaiannya atas kelewatan beliau menyiapkan jahitannya.

Faham dengan gelora di hati Lily yang nyata tak berpuashati dengan hasil si tukang jahit, saya berjanji kepada diri sendiri untuk cuba menggembirakannya.

Impiannya untuk melihat kumpulan sang pepatung dan rerama yang merupakan "signature" BnTB™ diabadikan atas layah putih suci. Gabungan warna tema pula adalah daripada rumpun lilac, lavender & purple sempena tema majlisnya.



Kala bertukar tangan, terlihat senyum manis diwajah mulus Lily ~ tanda berpuas hati. Alhamdulillah, syukur kepadaNya. 

yang ini gambar koleksi peribadi Lily

ini pula koleksi gambar antara dekorasi bertema serupa di majlis persandingannya siang tadi. Manis kan?




Selamat Pengantin Baru ~ moga kekal hingga ke akhir masa...

Tuesday, December 7, 2010

Hijrah Sarah & Shafiqa

Tahniah kepada pasangan klien BnTB™ yang melangsungkan perkahwinan mereka sempena Ma'al Hijrah hari ini.

Pertama kali menerima tempahan untuk menatarias material kapas bersulam untuk persalinan perkahwinan.

Memenuhi permintaan si empunya supaya menyerlahkan bahagian bordir kedua belah tangan, kolar mandarin hingga ke hujung belahan busana. Tidak mahu sarat berhias, memadai dengan permainan warna perak dan hitam sepadan de
ngan sampin songket kepunyaan si teruna.

Alhamdulillah, Sarah gembira dengan hasi
l keseluruhan transformasi berukuran 120 inci panjangnya...


Selamat Pengantin Baru buat Sarah Fazalul & Faidzunnaim. Semoga penghijrahan ke "alam baru" ini diberkati Illahi, rukun damai dan sentiasa naim :)

Yang turut berhijrah ke alam rumahtangga hari ini, seorang lagi klien yang pernah mendapatkan sentuhan BnTB™ untuk kerudung pertunangan merah cilinya yang tetap diingati sampai kini.


Selamat Pengantin Baru
Nurshafiqa Mohamad Salim dan Alfazari Ghazali. Semoga wangi cinta kekal mengharum hingga ke syurgawi.

Sunday, December 5, 2010

Mumtazalea

atas permintaan, disiarkan koleksi peribadi kurung kaftan daripada fabrik sari. Pernah digayakan kala menghadiri Rumah Terbuka FTIMDC lalu dan diulangpakai sempena majlis menyambut perayaan Diwali di tempat kerja baru² ini.


Untuk, melihat keseluruhan busana, jom singgah ke FB ;)

Saturday, November 27, 2010

Krullen

Lazim rekaan bermotif flora menjadi pilihan ramai wanita untuk disulamkan pada busana. Namun tidak dengan Safiah. Kata Safiah buatlah apa jua rekaan, namun yang berasaskan flora tidak sama sekali.

Menggemari kilauan kristal, permata dan seumpamanya maka digarapkan lingkaran demi lingkaran tali air berselang-seli dengan akrilik persegi.

"Kak, cantik! xsbr nk pakai sOk. sy br blk trOs cr bj dl. thanks taw kak!
nnt tgu sy bg bj nikah pulak ye "


demikian bunyi SMS Safiah yg dikirimkan sebentar tadi.
Alhamdulillah...

trademark BnTB™ (✿◠‿◠)
Semoga bertambah serilah Safiah menyarungkan kurung syifon dwi tona ini sempena pertunangannya esok hari...