Sunday, July 11, 2010
Malam Busana Ratu Sehari 2010 Piala Wan Aalan & Zainurin Couture
Lepas siap menyulam manik, mengomellah si Beauty n The Beads jam 18:49 0 ulasan
Label: BnTB's Collections, Designers, Event, Layah Beauty©, misc, Model, Selendang Gipsi Beauty©, Testimonial
Friday, March 12, 2010
Tudung Shaliz©
Sis Naza meminta saya buatkan tudung tiga segi dengan hiasan bersesuaian yang boleh digayakan begini

ataupun diikat ke tepi seperti sis Naza punya identiti. Tak salah juga menggayakan pelbagai cara ikatan lain mengikut anda punya kreativiti.
Alhamdulillah sis Naza berpuashati!
Lepas siap menyulam manik, mengomellah si Beauty n The Beads jam 19:10 1 ulasan
Label: Beaded Lace, Beadwork, Chiffon Crepe Silk, Floral, Organza Flower, patchwork, Selendang Gipsi Beauty©, Tudung Beauty©
Saturday, July 11, 2009
Selendang Gipsi Beauty© kembali!
Masih ingat dengan entri Selendang Gipsi yang saya buat pada awal tahun lalu?
Walaupun ketika itu belum dapat saya kongsikan gambar pemiliknya sekali, saya telah menerima tempahan dua helai selendang.
Satu berwarna hitam
dan satu lagi warna coklat...
untuk seorang lagi mekap artis yang pernah menempah beberapa helai tudung Beauty sebelum ini. Dapatkah anda membayangkan betapa terujanya eifa hingga sanggup membuat satu sessi fotografi khas untuk selendang ini. Kerana sangat berpuashati bak kata eifa, beliau tak menunggu lama untuk menempah sehelai lagi.
model & mekap : eifa | top hitam & aksesori : himpunan peribadi eifa | selendang : Beauty & the Beads | tukang tangkap gambar : erik radzi || editing 1 : eifa | editing 2 : BnTB
Sekian lama menunggu kiriman gambar pemilik pertama selendang ini, saya dikejutkan dengan kiriman SMS beliau pada suatu pagi.
Dalam diam si dia melaramkan selendang ini ke suatu acara yang termuat dalam majalah MIDI keluaran awal Jun 2009.
Dan dek penangan sulaman manik labuci pada selendang ini jugalah yang telah menambat hati Anna yang pernah menempah sehelai tudung Beauty tahun lepas. Untuk satu acara istimewa yang telah berlangsung pada bulan April yang lalu, beliau menempah sehelai lagi tudung Beauty berwarna putih dengan sulaman seperti selendang gipsi.
Terima kasih yang tak terhingga atas sokongan kalian!Kepada yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan solekan untuk sebarang acara daripada kedua² mekap artis di atas, bolehlah melayari laman sesawang mereka seperti di bawah:
ian sham : http://iansham.fotopages.com/ atau http://www.iansham.com/
eifa : http://eifas-touch.fotopages.com/
Lepas siap menyulam manik, mengomellah si Beauty n The Beads jam 13:11 0 ulasan
Label: Beaded Lace, Media Coverage, Organza Flower, Selendang Gipsi Beauty©
Friday, January 23, 2009
Selendang Beauty ala Gipsi©

Memandangkan banyak projek yang tergendala ketika keadaan kesihatan tak berapa baik tempohari, saya kongsikan dulu hasil kerja terdahulu yang diperam. (Kononnya nak upload bila dah dapat gambar daripada tuan yang empunya selendang. Tapi takpelah... Saya akan uploadkan gambar beliau di lain kesempatan OK?)
Si dia ni memang peminat Dato' CT. Jadinya, apa sahaja yang CT pakai, kalau boleh si dia pun nak pakai juga... Kalau dulu si dialah yang pertama membeli tudung Beauty sentuhan saya. Bila nampak CT pakai selendang ala gipsi yang diikat ke belakang, dia pun nak juga...
Istimewa untuk si dia, mari kita cuci mata!
(Gambar artis sebagai hiasan. Sekalung penghargaan kepada SNP dan media cetak berkenaan)
Panjang : Minima 1½ meter
Lebar : Minima ½ meter
Jenis fabrik : chiffon georgette, chiffon crepe atau sebarang jenis fabrik yang bersesuaian atas permintaan pelanggan
Perincian manik : Atas permintaan pelanggan
Warna : Atas permintaan pelanggan
Harga : Berdasarkan kepada semua perkara di atas
Selendang Rindu© pun sebenarnya boleh digayakan ala Dato' CT, Bienda atau pelbagai stail lain mengikut kreativiti dan keselesaan masing².
Sementara kita nantikan gambar sebenar si dia, kalau anda pun suka selendang ini, jangan segan² hubungi saya. Sekarang ini pun dah ada dua helai sedang menunggu untuk disiapkan. Tunggu ye Cik Adik manis...



