Iris Nalita dan Kebaya Merak adalah himpunan sulaman manik terdahulu untuk Nelly.
Kali ini, Nelly menyerahkan blaus merah cili berikat di tepi untuk diriasi batu akrilik hitam agar sepadan dengan renda yang dipilih si tukang jahit.
Lebih 80 biji batu akrilik bersaiz sebesar ruas ibu jari telah digunakan sebagai penaik seri blaus polos ini. Untuk memastikan batu-batan terletak kemas dan tidak bertindih antara satu sama lain di bahagian leher dan loket berbentuk bunga, saya telah menjahit sambil berdiri sepanjang malam. Sementara tugas menyusun batu-batan di hujung lengan menjadi lebih mudah kerana telah sedia dilapik pengeras.
Sebelum blaus ini, Nelly telahpun menempah beberapa helai tudung Beauty termasuklah yang ini.
Terima kasih buat Nelly kerana terus gemarkan hasil sentuhan saya.
Showing posts with label Senorita. Show all posts
Showing posts with label Senorita. Show all posts
Monday, July 27, 2009
Senorita©
Lepas siap menyulam manik, mengomellah si Beauty n The Beads jam 18:24 8 ulasan
Label: Beaded Lace, Senorita, Sequin Flower, Stones - Crystals/Acrylics, Tudung Beauty©
Subscribe to:
Posts (Atom)
