BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label Octant. Show all posts
Showing posts with label Octant. Show all posts

Wednesday, October 21, 2009

Tudung Beauty© buat Sarah

Tudung Beauty© putih suci melengkapi busana pernikahan Sarah tanggal 10 Oktober lalu.

Semoga kekal bahagia aman sentosa hingga ke akhirnya. Insya-Allah!


Friday, June 26, 2009

Tudung untuk Aida©

Sedar tak sedar, sudah ada beberapa orang jurusolek yang melanggani tudung Beauty. Seorang lagi Aida, yang jatuh cinta dengan tudung hasil tangan saya selepas melihat ian sham menggayakannya (terima kasih ian!)

Terus menempah sampai lima helai meskipun baru kali pertama.

Ada pelbagai tempahan Aida dan ada antaranya akan saya kongsikan kemudian termasuk permintaannya yang agak luar biasa.

Sementara itu, jom cuci mata!


Tudung ala ian sham yang tetap menjadi pujaan ramai


satu lagi dalam versi krim


tudung hitam berenda perak bersulam manik hitam


tudung coklat cair dengan oktan berbiku perak


dan satu lagi rekaan baru untuk Aida bernama "Matahari"


Sampai jumpa lagi!

Friday, June 12, 2009

Tudung Akad Tinie & Adik©

Tempahan daripada pasangan adik-beradik dari utara tanahair untuk majlis pernikahan mereka yang turut berlangsung pada musim cuti sekolah baru² ini.

Tini memilih tudung Beauty dengan hiasan bunga oktan berona keemasan untuk dirinya


sementara tudung putih berbunga oktan hitam untuk adindanya.


Selamat Pengantin Baru buat mereka.

Monday, April 20, 2009

Tudung untuk Serina©

Tudung untuk hari bersejarah Serina. Cadangnya nak dikirim melalui pos, tapi bila mendapat tahu teman sepejabatku punya urusan luar ke negeri di bawah bayu, apa lagi.... Ambil kesempatan "special delivery" lah. Terima kasih ye Yon!

Tudung ringkas berhiaskan rantai batu oktan yang dipilih sedondon dengan corak bunga pada fabrik tudung satin. Sementara tudung renda dibiarkan polos untuk dihias sendiri oleh si tuan badan yang memang pandai menyulam manik labuci.


Monday, February 16, 2009

Tudung Beauty Chic©

Masih lagi dengan hasil kerjatangan yang tak berapa baru.

Tudung Beauty berhiaskan batu akrilik hitam dengan pelbagai hiasan mengikut kreativiti. Buat masa ini baru tiga corak yang dihasilkan, dan Insya~Allah akan bertambah sekiranya mendapat tempat di hati para penggemar Tudung Beauty di luar sana.


Seperti biasa, warna tudung dan hiasan boleh ditukar untuk memenuhi citarasa pemakai. Potongan juga boleh dibuat sama ada potongan tudung versi Lieza (Siti Nurhaliza) atau Ziela.

Tuesday, February 10, 2009

Tudung untuk EiFa©

"Kuasa kuda enjin" saya masih memacu perlahan............
Oleh yang demikian, saya kongsikan hasil kerjatangan yang lama dulu.

Ini tudung yang ditempah EiFa. Bukanlah kali pertama EiFa menempah. Cuma saya yang tak berkesempatan untuk mengambil gambar dua helai tudung untuk Bondanya yang tercinta dan EiFa sendiri. Tak tercapai kamera dek tangan lantaran mengejar masa menyiapkan tempahan Aidilfitri tahun lepas.

Yang tiga helai ini pun kalau tak silapnya tempahan untuk Aidiladha tahun lalu juga. Dan ada lagi tiga helai untuk gadis manis yang sedang gigih mengasah bakatnya dalam dunia solekan dan dandanan pengantin juga acara rasmi ini. Tunggu ye dik...

Tudung berwarna kelabu bertatah permata berbiku mendapat sambutan hangat selepas tudung ian. Hiasan ringkas namun tetap memukau membuat tukang jahit sendiri tak keruan lantas memaksa diri menjahit sehelai untuk diri sendiri sementelah sedondon pula dengan banyak persalinan koleksi peribadi...

Perhatikan konsep suai padan tudung yang sama dengan anak tudung yang pelbagai mampu memberi kesan berbeza kala digayakan. Mudah dan jimat kan?


Ini bukanlah EiFa. Tapi abaikan saja siapa dia dan juga latar belakang lokasi penggambaran serta mutu gambarnya yang hanya diambil dengan telefon bimbit cap ayam. Sesungguhnya ini adalah sekadar gambar contoh cadangan untuk cara pemakaian.

*Tudung dan hiasan permata boleh juga didapati dalam aneka warna lain mengikut permintaan.

Wednesday, December 3, 2008

Tudung Beauty Eksklusif©

Ryena begitu teringin memiliki Tudung CT seperti yang satu ni... Puas saya keluar masuk segala kedai kain sepanjang Jalan TAR. Sebut apa saja nama tempatnya. Daripada sekecil-kecil kedai hinggalah ke gedung-gedung ternama. Akhirnya terjumpa fabrik Sutera Itali ini.

Terkedu seketika bila si promoter manis memberitahu harganya.
Pantas saya sms Ryena untuk kepastian. Dek kerana minat yang mendalam, Ryena tetap pendirian.

Dan inilah hasilnya.....


Harap sangat Ryena sempat ambil kiriman Pos Ekspres sebelum pulang ke negeri di bawah Bayu. Dan pastinya, respons daripada Ryena tak sabar saya tunggu...

Oh ya, oleh kerana fabrik ini daripada sutera eksklusif, saya tak dibenarkan membeli semeter sahaja. Justeru, saya pelbagaikan hiasannya pada helaian tudung yang lagi dua.