BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label Selendang Beauty©. Show all posts
Showing posts with label Selendang Beauty©. Show all posts

Wednesday, March 16, 2011

Sketsa Wanita Hari Ini

Keterujaan bersiaran di saluran prima negara belum surut lagi.  Maka dikongsikan sketsa yang terakam tempohari. 

Hos WHI Episod 45 
Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan & Nur Syahirah Aiyob

"Gaya, mutu, keunggulan" 
ayat spontan yang terkeluar daripada mulut saya waktu Fiza mencuba topeng muka ini =)
(topeng ini telah kehabisan stok buat masa ini)


tudung, selendang & layah Beauty© yang dibawa ke Sri Pentas

bersama ini juga
dan kalau nak tahu apa lagi yang saya bawa dengan gigihnya ke studio pada hari itu, tengoklah di sini

highest visitors ever, FEW HOURS after the FIRST APPEARANCE on TV last Monday. Daily visitors used to record less than 100 visitors/day but on that day itself it striked close to 1,000 hits.Alhamdulillah, thank you to all.
Really appreciate it!

Walaupun menerima notis singkat dan dalam keadaan kesihatan yang tak begitu baik, Alhamdulillah semuanya telah dipermudahkan.

Terima kasih kepada yang mendoakan, menyokong, mengkritik, SMS, call, email, PM, add fren etc.

Terima kasih kepada Fiza selaku Penerbit yang telah sudi menghubungi saya sehari sebelum siaran. Tak lupa juga terima kasih kepada mereka yang telah mengesyorkan nama BnTB™ kepada beliau untuk diundang sebagai tetamu rancangan dan tentunya terima kasih saya ucapkan kepada Boss yang sangat understanding and supportive!

Mohon maaf atas segala kekurangan, kesilapan dan kecacatan sepanjang bersiaran langsung. Itu yg termampu untuk kali ini dan sesungguhnya setiap kekhilafan itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri.

Semoga episod ini akan mengorak langkah lebih gemilang buat BnTB™.

InsyaAllah...

*Gambar lain termasuk kenangan bersama Heliza AF (panel segmen lain dalam siaran yang sama) ada dalam album ini sementara bagi yang terlepas untuk menyaksikan siaran langsung tempohari, boleh layari portal TV3www.tonton.com.my (segmen BnTB pada minit ke 33)


Thursday, September 23, 2010

Selendang Biru Nadia©

Layah Hitam Mell©


Monday, August 9, 2010

Filligree on Pashmina

Jika lazimnya FILIGREE menghias pakaian dan aksesori wanita, saya jahitkannya pada pashmina yang dibeli di kota Al-Mukarramah.

Diselang-seli dengan labuci bulat berbentu cincin, membangkitkan elemen tradisional kontemporari dengan lebih menyerlah.



Wednesday, December 30, 2009

Mannequin

Sementara menyudahkan tempahan yang ada, mari cuci mata dengan satu lagi hasil kolaborasi BnTB dengan team Artisme Republic dan ian sham.

Ya, model ini adalah orang yang sama dalam entri "Teaser" dan "Variasi Gaya Layah Topaz©".

Macam pernah kamu lihat? Tapi di mana ya? Beliau adalah si gadis lincah iklan Sunsilk versi futsal dan juga pemegang watak Nabila dalam drama bersiri popular yang meruntun banyak hati "Nur Kasih" ~ Fatiya Latiff.

Amat mengujakan bekerja dengan Tiya yang professional dan tentunya menggamit kami untuk berkolaborasi lagi... (Oh ya, bila melihat gambar di atas, tentu ada suara nakal yang berkata "kepala bertutup, badan terdedah, pakai pengilat kuku" dsb. Well, seni itu amat subjektif. Justeru terimalah ini sebagai naskhah seni, bukan untuk mempersenda hukum sekali-kali) *wink*


Untuk pelbagai aksi menarik Tiya, klik sini dan sini.

Headpiece & Tatarias : Beauty & The Beads
Solekan : the Magical Touch of ian sham
Model : Fatiya Latiff
Fotografi, Pencahayaan & Suntingan : Artisme Republic


Dan untuk kesekian kalinya, kepada yang masih menunggu giliran, harap dapat hubungi saya dengan kadar segera supaya dapat dikemaskinikan status tempahan anda susulan daripada kehilangan buku tempahan baru-baru ini.

Wednesday, December 9, 2009

Beauty Trilogy©

Inspirasi daripada layah merah yang saya gayakan ketika menghadiri Majlis Pelancaran Buku Sulaman Manik Rosita Jaafar di Menara KL Ogos lalu, kini ditampilkan siri trilogi himpunan terkini eksklusif daripada Beauty & The Beads.



Emerald©


Layah (Veil) : Beauty & The Beads
Solekan & Dandanan Rambut : the Magical Touch of ian sham
Model : Diana Jalal
Fotografi, Pencahayaan & Suntingan : Artisme Republic




PERHATIAN kepada pelanggan yang masih menunggu tempahan (terutamanya tudung), harap dapat hubungi saya dengan segera kerana buku rekod tempahan juga turut hilang bersama beg tangan yang dicuri baru-baru ini. Segala kesulitan amatlah dikesali. Terima kasih.

Wednesday, November 25, 2009

Sorry

BnTB is overwhelmed with the response, request, feedback, comments, enquiries & interest in BnTB's beadwork and such. However....

To all on the waiting list, thank you for your patience. Insya-Allah, your orders shall be delivered as committed (unless informed otherwise). Thank you for your continuous support, concern, do'a and everything. Those mean so much and shall be treasured forever.

From the bottom of my heart ~THANK YOU~


Teaser

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Salam Aidiladha kepada semua muslimin-muslimat, saudara serta saudari. Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan dengan ikhlas dihati akan diberkati Illahi Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

Thursday, October 8, 2009

Dragonfly©

Seringkali mahu tampil lain daripada yang lain, maka beliau menyuarakan keinginan untuk mempunyai identiti tersendiri pada tudung Beauty.

Sulaman manik labuci lazimnya menampilkan corak bebunga (selain sang rama-rama yang merupakan signature design BnTB), tapi kali ini beliau mencabar saya menyulam sang pepatung pula.

Mempersembahkan sentuhan istimewa untuk Cik Puan yang baru kembali dari Tanah Suci...

lengkap dengan topeng berhias seekor pepatung yang menjadikan si pemakai jadi perhatian ramai...

Jauh terbangnya topeng hitam dengan pepatung ini. Alhamdulillah!

Monday, December 15, 2008

Kesuma Hati©

Meski sebelum ini tak pernah bertentang mata, hanya berurusan melalui telefon genggam dan sembang maya, Zura memberi sepenuh kepercayaan kepada saya untuk memperindahkan persalinan sempena hari bahagianya.

Untuk kebaya yang ditempah khas sempena majlis persandingan Zura ini, saya cuma menggunakan labuci mangkuk bunga dan manik bulat berona emas sebagai penaikseri pada pelipat kebaya, hujung tangan dan kain. "Hot fix stone" pula dilekatkan antara corak tampuk songket supaya lebih menyerlah namun tetap memelihara kecantikan asli tenunannya.

(Saya terpaksa membuka dan menjahit semula butang pada pelipat baju Zura kerana corak tampuk songketnya yang tinggi rendah. Kalau tidak, nanti sulaman kerongsang emasnya jadi sengetlah! Kasihan Zura.... Habis beratusan ringgit membayar upah jahitan yang mutunya tidak seperti yang diharapkan... Nampaknya kena cari tukang jahit lain la ye Zura? )

Terpesona dengan Tudung Beauty yang memikat hati, Zura telah meminta saya membuatkan sehelai selendang untuk dipakai bersama layah* kala menjadi Ratu Sehari nanti. Setelah dipersetujui, syifon krep dua meter berona hijau lembut dibeli. Labuci dan jemeki rona keemasan disulam indah sebagai padanan dengan kebaya hijau pucuk pisang milik tuan puteri.

Baju yang dirancang untuk diposkan kepada Zura ke kampungnya dapat saya serahkan sendiri ke tangan Zura sewaktu memandu pulang ke JB untuk menyambut Aidiladha. Selepas mengatur janji, kami bertemu buat pertama kalinya di Hentian Tol Simpang Ampat. Tak lama setelah meneruskan perjalanan, saya terima SMS ini:

019265XXXX, 2:08:50PM
"Akak sorry... Lupe nk btaw. Baju n tudung tu seriOus sgt2 lawa..!! Thanx so much akak! Asek cenyum je dr td ney... Hik2... BTW, Slamat ari raye! Take care taw.. "


Demi memenuhi permintaan Zura yang mengirimkan sampai dua keping kad undangan (Zura kata kalau satu tandanya tetamu VIP, kalau dua VVIP la.... ) pada hari Sabtu, 13 Disember yang lalu saya pun bertandang ke mahligai ibu bapa Zura yang tersergam di Tampin. Dua mata ini telah menyaksikan sendiri persalinan lengkap ini bergemerlapan indah digayakan Zura. Hati gembira bukan kepalang tika menatap senyum manis yang tak lekang dari bibir sang permaisuri sepanjang majlis.

Waktu bersalaman, Zura sempat berbisik "Kak, ramai orang tanya kat mana saya tempah baju dan selendang ni. Dia orang kata cantik. Nanti saya bagi alamat FP akak ye. Saya ada baju lagi nak mintak akak jahitkan manik tau" Bonda Zura juga tak putus-putus mengucap terima kasih kepada saya. Alhamdulillah.

Maka pulanglah saya dengan senyum sampai ke telinga...
Oh ye, Selamat Pengantin Baru ye Zura & Khairul. Moga mahligai yang dibina kekal teguh bak sangkar emas yang menjadi pelamin nan indah, saksi persandingan kalian!

Sunday, January 27, 2008

Selendang Rindu©

Ini pula selendang untuk upacara Khatam Al~Quran sempena majis pernikahan Cikin. Ratu Sehari ini meminta pemilihan warna dibuat kontras dengan baju kurung berona kuning lembut berbunga merah jambu agar bergaya santun dan ayu sepanjang majlis.