BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label Layah Beauty©. Show all posts
Showing posts with label Layah Beauty©. Show all posts

Wednesday, March 16, 2011

Sketsa Wanita Hari Ini

Keterujaan bersiaran di saluran prima negara belum surut lagi.  Maka dikongsikan sketsa yang terakam tempohari. 

Hos WHI Episod 45 
Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan & Nur Syahirah Aiyob

"Gaya, mutu, keunggulan" 
ayat spontan yang terkeluar daripada mulut saya waktu Fiza mencuba topeng muka ini =)
(topeng ini telah kehabisan stok buat masa ini)


tudung, selendang & layah Beauty© yang dibawa ke Sri Pentas

bersama ini juga
dan kalau nak tahu apa lagi yang saya bawa dengan gigihnya ke studio pada hari itu, tengoklah di sini

highest visitors ever, FEW HOURS after the FIRST APPEARANCE on TV last Monday. Daily visitors used to record less than 100 visitors/day but on that day itself it striked close to 1,000 hits.Alhamdulillah, thank you to all.
Really appreciate it!

Walaupun menerima notis singkat dan dalam keadaan kesihatan yang tak begitu baik, Alhamdulillah semuanya telah dipermudahkan.

Terima kasih kepada yang mendoakan, menyokong, mengkritik, SMS, call, email, PM, add fren etc.

Terima kasih kepada Fiza selaku Penerbit yang telah sudi menghubungi saya sehari sebelum siaran. Tak lupa juga terima kasih kepada mereka yang telah mengesyorkan nama BnTB™ kepada beliau untuk diundang sebagai tetamu rancangan dan tentunya terima kasih saya ucapkan kepada Boss yang sangat understanding and supportive!

Mohon maaf atas segala kekurangan, kesilapan dan kecacatan sepanjang bersiaran langsung. Itu yg termampu untuk kali ini dan sesungguhnya setiap kekhilafan itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri.

Semoga episod ini akan mengorak langkah lebih gemilang buat BnTB™.

InsyaAllah...

*Gambar lain termasuk kenangan bersama Heliza AF (panel segmen lain dalam siaran yang sama) ada dalam album ini sementara bagi yang terlepas untuk menyaksikan siaran langsung tempohari, boleh layari portal TV3www.tonton.com.my (segmen BnTB pada minit ke 33)


Monday, March 7, 2011

Wanita si empunya belog ini dalam rancangan Wanita Hari Ini di TV3

Alhamdulillah dah selesai semuanya.

Terima kasih kepada yang mendoakan, menyokong, mengkritik, SMS, call, email, PM, add fren etc. Tak terbalas satu persatu namun saya mahu kamu semua tahu bahawa saya sangat² menghargainya.

Mohon maaf atas segala kekurangan, kesilapan dan kecacatan sepanjang bersiaran langsung tengahari tadi.

Itu yang termampu untuk kali ini dan sesungguhnya setiap kekhilafan itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri.

Kepada yang ketinggalan atau mahu ulangnonton kemunculan BnTB™ sebagai tetamu undangan Wanita Hari Ini tengahari tadi, silalah klik di sini

Amaran : Jangan betulkan skrin anda!
Sila abaikan aje adegan g3g3L yg tak ingin dilihat >.<

 izan aka BnTB™

Sunday, December 12, 2010

Lilac Garden©

Sebaik melihat hasil kerjatangan yang dipersembahkan buat anak saudaranya, pantas beliau menghubungi saya, menyampaikan hajat untuk mendapatkan sentuhan pada busana dan layah pernikahannya. Namun pada saat akhir, saya dipertanggungjawabkan untuk fokus pada layah sahaja kerana si tukang jahit berjanji memanikkan sekali pakaiannya atas kelewatan beliau menyiapkan jahitannya.

Faham dengan gelora di hati Lily yang nyata tak berpuashati dengan hasil si tukang jahit, saya berjanji kepada diri sendiri untuk cuba menggembirakannya.

Impiannya untuk melihat kumpulan sang pepatung dan rerama yang merupakan "signature" BnTB™ diabadikan atas layah putih suci. Gabungan warna tema pula adalah daripada rumpun lilac, lavender & purple sempena tema majlisnya.



Kala bertukar tangan, terlihat senyum manis diwajah mulus Lily ~ tanda berpuas hati. Alhamdulillah, syukur kepadaNya. 

yang ini gambar koleksi peribadi Lily

ini pula koleksi gambar antara dekorasi bertema serupa di majlis persandingannya siang tadi. Manis kan?




Selamat Pengantin Baru ~ moga kekal hingga ke akhir masa...

Monday, November 22, 2010

Layah Maureena©

Warna-warna lembut merah samar, biru laut, kuning malap dan perak menjadi syarat merias layah kuning susu ini.

Mungkin tampak ringkas, namun proses "patch-work" apatah lagi atas fabrik syifon sutera krep nan gemalai memerlukan konsentrasi dan sentuhan yang teliti. Hiasan kristal dan swarovski yang ditabur rawak menjadikan keseluruhan penampilan lebih eksklusif lagi.


Renyah menyulam renda terasa lega bila karya yang tak seberapa selamat diserahkan kepada sang Ratu Sehari.

Layari http://www.facebook.com/BeautyNtheBeads untuk lagi gambar terperinci :)

Saturday, September 25, 2010

Layah Fatihah©

Demi memastikan hasratnya kesampaian, Fatihah menempah seawal tujuh bulan. Tema putih merah menjadi pilihan, menjadi pelengkap busana perkahwinan.


 
Semoga berbaloilah sebuah penantian. Selamat Pengantin Baru diucapkan...

Thursday, September 23, 2010

Layah Hitam Mell©


Layah Krim Mell©

Sunday, July 11, 2010

Malam Busana Ratu Sehari 2010 Piala Wan Aalan & Zainurin Couture

Tudung Beauty© hitam dan layah perang keemasan oleh Beauty & the Beads menjadi pelengkap busana pengantin rona sepadan yang dipertandingkan Shaliz Derina Nazrin (Naza Sentuhan Derina) sempena "Malam Busana Ratu Sehari 2010 ~ Wan Aalan & Zainurin Couture".

Acara yang telah berlangsung malam tadi (Ahad, 11 Julai 2010) bertempat d...i salah sebuah hotel terkemuka di Subang telah menobatkan beliau sebagai 5 jurumekap & penatarias terbaik daripada 46 peserta keseluruhan.








Tudung hitam & Layah keemasan : BnTB
Busana pengantin : Naza Derina
Solekan & Tatarias : Shaliz Derina Nazrin (Naza Sentuhan Derina)
Gambar : Salman Soyat (realpicphoto.com)

Tahniah kak Naza! Semoga kejayaan ini membuka pintu rezeki yang lebih luas pada masa akan datang. Insya-Allah...

Friday, April 23, 2010

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ inspirasa - aksesori pelengkap busana Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ


Memenuhi permintaan teman
² untuk melihat dengan lebih terperinci aksesori pelengkap kebaya kontemporari. Dari hujung kepala ke hujung kaki semuanya dari gerobok sendiri, sekadar menyuaipadan yang lama dengan yang terkini.

dokoh tiga serangkai


tali pinggang satin yang diikat di pinggang kebaya


kerongsang disemat pada tali pinggang satin agar tak terlepas ikatan riben yang licin...


gelang yang saya cekakkan di kiri kanan lengan baju ~ mengganti kilauan manik mahupun gemerlapan batu...


jam kesayangan... rupanya bagai beribu ringgit harga. tawarlah berapa pun, takkan saya lepaskannya...




tas tangan yang hiasan maniknya kebetulan serupa dengan swarovski hitam yang disulamkan pada kebaya...


tak lengkap memasang badan andai tak "sempurna" pakai dari hujung kepala hingga hujung kaki... ;)


beginilah rupanya usai disuaipadan...



dah. cukuplah... ini gambar terakhir utk siri ini ya... moga kalian berpuashati dan harap² jangan sampai ada yang jaki... ◕‿~



Tuesday, April 20, 2010

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ inspirasa - layah Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

Garapan ilham peribadi menterjemah "Kebaya Kontemporari", inspirasi dalam dan luar negeri yang dilaramkan kala menghadiri majlis FTIMDC baru~baru ini.

Dari hujung kepala ke hujung kaki semuanya dari gerobok sendiri, sekadar menyuaipadan yang lama dengan yang terkini.

Dipaparkan perincian manik labuci pada layah rona emas sementara gambar yang lain akan menyusul lain kali.

Tuesday, April 6, 2010

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Majlis Makan Tengahari FTiMDC Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

Seperti yang diketahui ramai, pada hari Sabtu baru² ini telah berlangsung Majlis Makan Tengahari FTIMdc sempena penyampaian hadiah Pertandingan Sulaman Manik Kristal FTIMdc 2010.


Acara yang menghimpunkan para penggiat, penggemar dan penyokong sulaman manik, kristal dan benang dari seluruh negara telah diadakan di Dewan Besar Tun Rahah, Yayasan Tun Abdul Razak Kuala Lumpur.

Tema pertandingan yang telah memasuki tahun kedua ini adalah
Kebaya Nyonya asli yang diperindahkan dengan seni sulaman tangan kristal, labuci, manik dan benang manakala Kebaya Tradisi Kontemporari menjadi tema majlis makan tengahari.

Saksikan gambar
² yang sempat dirakamkan sepanjang acara.

Antara yang mencuri perhatian...


bersama teman² yang baru pertama kali berjumpa dan bertentangan mata...


Menepati telahan ramai, pemenang² utama pertandingan dinobatkan kepada tiga pelajar dan bekas pelajar FTIMdc sendiri. Apapun, tahniah diucapkan.

(gambar ihsan FTIMdc)

JUARA : Dhurah Mohd Drus (Diploma Fesyen 2009 di FTIMdc)
NAIB JUARA : Wan Norita (pelajar FTIMdc peringkat Sulaman Manik Tahap Tinggi)
TEMPAT KETIGA : Rozima Khalid (Pensyarah Kolej Komuniti Ulu Langat – pelajar FTIMdc dalam bidang Diploma Fesyen 2009)


Tidak melepaskan peluang bergambar kenangan dengan hasil kreativiti kebaya hitam sentuhan Wan Norita ~ Naib Juara pertandingan yang juga merupakan
pelajar FTIMdc bahagian Sulaman Manik peringkat tinggi.


Dan seperti tahun lepas, walaupun tidak menyertai pertandingan, Noramanik tidak pulang dengan tangan kosong. Kebaya nyonya yang disarungkan telah memenangi anugerah Pakaian Terbaik @ Lady of the Day... ;-)



Terjemahan gaya "Kebaya Tradisi Kontemporari" versi BnTB ◕‿◕


Terima kasih untuk semua komen² yang diberikan tentang busana ini yang telah diposkan di laman penggemar BnTB di facebook. Walaupun rekaan tak seberapa ini tak mampu memenangi hati para juri, namun masih ada yang sudi menghadiahkan mahkota indah buat saya.


Terima kasih buat nenek. muahhhhhs ;-)

Yok lihat banyak lagi gambar
² sepanjang acara ini di sana di sanaaaaa....



Friday, January 22, 2010

Ratu Sehari Edisi Ke-10

Beauty & The Beads mengajak anda menyelak laman Rias Ratna, segmen dalam RATU SEHARI EDISI KE-10 untuk inspirasi solekan pengantin yang serba moden lagi menepati gaya terkini.

Mendapat sentuhan istimewa daripada Ian Sham, layah Beauty & The Beads, busana pengantin oleh Rins Suzana dan gambar oleh Artisme Republic.

Solekan : the Magical Touch of ian sham
Layah Diamond© : Beauty & The Beads
Busana Pengantin & Aksesori : Rins Suzana

Model : Diana Jalal

Fotografi : Artisme Republic



Solekan : the Magical Touch of ian sham
Busana Pengantin & Aksesori : Rins Suzana
Model : Fatiya Latiff

Fotografi : Artisme Republic



Layah Topaz© : Beauty & The Beads
Solekan & Jaket : the Magical Touch of ian sham
Aksesori : Beauty & The Beads
Model : Fatiya Latiff
Fotografi : Artisme Republic



Solekan : the Magical Touch of ian sham
Songket : Beauty & The Beads

Aksesori : Beauty & The Beads dan Arif Eddy

Model : Fatiya Latiff
Fotografi : Artisme Republic



Dapatkan di pasaran sekarang!


Turut tersiar di laman sesawang Ratu Sehari