BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, March 28, 2009

Tudung Akad Lia©

Tudung Beauty daripada fabrik syifon krep rona putih susu bersulam manik serta jemeki hijau dan fuschia menjadi warna tema yang melatari persalinan akad Lia ~ sang ratu sehari.

Viva Reen

Setelah sekian lama asyik berkongsi koleksi Tudung Beauty, mari lihat hasil sulaman ringkas namun tetap malar segar.

Sulaman "Viva" dengan manik beras pada kedua belah tangan, leher dan keliling baju sepertimana yang dipinta Reen.


Wednesday, March 18, 2009

Tudung untuk Cikin©

Tudung rona kuning bersulam biru sedondon dengan baju kurung moden yang ingin Cikin gayakan pada majlis perkahwinan teman baiknya di Jakarta.


Tuesday, March 10, 2009

Tudung untuk Tuty©

Quote:
Fri 28-Nov-2008, 03:46
Posted by : TUTY ROHIDA BT. ABU BAKAR (tuty_cdc@yahoo.com)

"izan congrate..
dengan insan macam izan, dalam diam-diam izan cuba meningkatkan martabat kewanitaan melayu yang lebih glamor dan sofistikated , mintak tolong e-mail kat 2t full version collection tudung cinta dan tudung sukma yea..

thanks izan."

Demikian komen yang Tuty tinggalkan pada entri tudung Chinta.

Terus Tuty menempah dua helai tudung berwarna hitam dan putih. Jatuh cinta dengan tudung ian, Tuty meminta saya menambahkan hiasan pada rekaan tudung itu dengan butiran mutiara yang menjadi kegilaannya.

Nah, inilah hasilnya.

Dan Tuty kembali menempah untuk majlis ijab kabulnya bulan lima nanti.

Terima kasih ye Tuty atas kepercayaanmu!

Friday, February 27, 2009

Tudung Pertunangan Erwin©

Pertama-tamanya, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kak Zalizan a.k.a. izan72. Walaupun selama ini beliau sendiri belum pernah menempah tudung Beauty dengan saya, tak pernah pun berjumpa, tapi sudi juga mengesyorkan kepada Erwin.

Hasil kali ini amat mencabar. Mungkin klise bunyinya tapi tidak pada saya. Mencabar kerana saya perlu memadankan corak Shimmering Flora (SF) yang disulam Kak Izan pada busana pertunangan Erwin dengan tudung Beauty. Tidak sempat bertemu janji sama ada dengan Kak Izan mahupun Erwin sendiri dek kekangan masa, maka kiriman gambar menerusi MMS dan email sahajalah yang menjadi panduan untuk saya memulakan misi.

Kala membeli kain syifon di sebuah gedung tekstil terkemuka di ibu kota, mata saya naik kelabu memilih warna yang paling tepat dengan baju Erwin. Saling membandingkan syifon kuning pelbagai nada yang disimbahi cahaya lampu limpah dan lampu panas dengan gambar baju di dalam telefon bimbit. Memang mengelirukan pandangan mata tapi saya tetap perlu membuat keputusan. (Itu pun masih tidak tepat 100% dan mujurlah anak tudung berona lebih gelap menjadi penyelamat!)

Secara peribadi, saya belum berkesempatan lagi membuat sulaman corak SF yang sedang mendapat tempat di hati para penggemar sulaman manik dan labuci. Tambah berdebar untuk bergandingan bahu dengan anak didik noramanik - si empunya identiti SF aka sifu Terasa sangat kecil diri saya yang tidak pernah mengikuti sebarang kelas menyulam...

Justeru, anda nilailah sendiri hasil kolaborasi maya izan72 dengan izan73 ini.


Monday, February 16, 2009

Tudung Beauty Chic©

Masih lagi dengan hasil kerjatangan yang tak berapa baru.

Tudung Beauty berhiaskan batu akrilik hitam dengan pelbagai hiasan mengikut kreativiti. Buat masa ini baru tiga corak yang dihasilkan, dan Insya~Allah akan bertambah sekiranya mendapat tempat di hati para penggemar Tudung Beauty di luar sana.


Seperti biasa, warna tudung dan hiasan boleh ditukar untuk memenuhi citarasa pemakai. Potongan juga boleh dibuat sama ada potongan tudung versi Lieza (Siti Nurhaliza) atau Ziela.

Tuesday, February 10, 2009

Tudung untuk EiFa©

"Kuasa kuda enjin" saya masih memacu perlahan............
Oleh yang demikian, saya kongsikan hasil kerjatangan yang lama dulu.

Ini tudung yang ditempah EiFa. Bukanlah kali pertama EiFa menempah. Cuma saya yang tak berkesempatan untuk mengambil gambar dua helai tudung untuk Bondanya yang tercinta dan EiFa sendiri. Tak tercapai kamera dek tangan lantaran mengejar masa menyiapkan tempahan Aidilfitri tahun lepas.

Yang tiga helai ini pun kalau tak silapnya tempahan untuk Aidiladha tahun lalu juga. Dan ada lagi tiga helai untuk gadis manis yang sedang gigih mengasah bakatnya dalam dunia solekan dan dandanan pengantin juga acara rasmi ini. Tunggu ye dik...

Tudung berwarna kelabu bertatah permata berbiku mendapat sambutan hangat selepas tudung ian. Hiasan ringkas namun tetap memukau membuat tukang jahit sendiri tak keruan lantas memaksa diri menjahit sehelai untuk diri sendiri sementelah sedondon pula dengan banyak persalinan koleksi peribadi...

Perhatikan konsep suai padan tudung yang sama dengan anak tudung yang pelbagai mampu memberi kesan berbeza kala digayakan. Mudah dan jimat kan?


Ini bukanlah EiFa. Tapi abaikan saja siapa dia dan juga latar belakang lokasi penggambaran serta mutu gambarnya yang hanya diambil dengan telefon bimbit cap ayam. Sesungguhnya ini adalah sekadar gambar contoh cadangan untuk cara pemakaian.

*Tudung dan hiasan permata boleh juga didapati dalam aneka warna lain mengikut permintaan.