BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, July 11, 2009

Selendang Gipsi Beauty© kembali!

Masih ingat dengan entri Selendang Gipsi yang saya buat pada awal tahun lalu?

Walaupun ketika itu belum dapat saya kongsikan gambar pemiliknya sekali, saya telah menerima tempahan dua helai selendang.

Satu berwarna hitam


dan satu lagi warna coklat...


untuk seorang lagi mekap artis yang pernah menempah beberapa helai tudung Beauty sebelum ini. Dapatkah anda membayangkan betapa terujanya eifa hingga sanggup membuat satu sessi fotografi khas untuk selendang ini. Kerana sangat berpuashati bak kata eifa, beliau tak menunggu lama untuk menempah sehelai lagi.

model & mekap : eifa | top hitam & aksesori : himpunan peribadi eifa | selendang : Beauty & the Beads | tukang tangkap gambar : erik radzi |
| editing 1 : eifa | editing 2 : BnTB


Sekian lama menunggu kiriman gambar pemilik pertama selendang ini, saya dikejutkan dengan kiriman SMS beliau pada suatu pagi.

Dalam diam si dia melaramkan selendang ini ke suatu acara yang termuat dalam majalah MIDI keluaran awal Jun 2009.

Dan dek penangan sulaman manik labuci pada selendang ini jugalah yang telah menambat hati Anna yang pernah menempah sehelai tudung Beauty tahun lepas. Untuk satu acara istimewa yang telah berlangsung pada bulan April yang lalu, beliau menempah sehelai lagi tudung Beauty berwarna putih dengan sulaman seperti selendang gipsi.

Terima kasih yang tak terhingga atas sokongan kalian!

Kepada yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan solekan untuk sebarang acara daripada kedua² mekap artis di atas, bolehlah melayari laman sesawang mereka seperti di bawah:

ian sham : http://iansham.fotopages.com/ atau http://www.iansham.com/
eifa : http://eifas-touch.fotopages.com/

Totally Spies-cy!©









Quote :

Ad
Wow mcm kenal je tshirt ni. Very good workmanship. Beads dia dah lepas basuh pun tak tanggal!

Koleksi Dayang-dayang



Friday, July 10, 2009

Butterfly in the Garden II©

Butterfly in the Garden©

Wednesday, July 8, 2009

Alamaya©

Waktu saya memanaskan enjin kereta untuk bertemu seorang pelanggan suatu malam dahulu, saya menerima panggilan telefon daripada seseorang yang memperkenalkan dirinya sebagai Hidayah. Beliau mahu mendapatkan perkhidmatan sulaman manik saya pada busana pertunangannya.

Hidayah yang berkenan dengan beberapa hasil kerja tangan saya sebelum ini keliru untuk memilih yang mana satu. Lantas saya mengusulkan untuk membuat kombinasi daripada rekaan² tersebut agar menjadi sesuatu yang lebih segar.


Perincian di bahagian leher


Jalinan ringkas manik dan mutiara pada sulaman dwi lapis di bahagian tangan dan kaki baju


Lengkaplah sudah syifon berona keemasan untuk hari pertunangan Hidayah awal Jun lalu.

Friday, July 3, 2009

Tempahan daripada Aida©

Seperti yang dijanjikan, saya kongsikan di sini tempahan "luar biasa" daripada Aida.

Luar biasa kerana saya tidak pernah menerima tempahan sebegini selama berjinak² dalam dunia sulam manik labuci. Aida meminta saya menyulamkan manik labuci pada sarung lengan berwarna hitam dan krim. Memang tak pernah saya buat dan tak pernah saya jumpa di mana² pun sebelum ini. Wah, cabaran baru untuk saya. Bayangkan kepayahan nak menyusup masuk ke dalam renda yang sudah siap berjahit pada sarung tangan. Apatah lagi jari-jemari saya ni memang semulajadi tak mungil. Jauh sekali runcing...

Ini sarung lengan versi original. Bersulam pada renda dan seluruh sarung yang tinggi sampai ke pangkal lengan.


Transformasi selepas disulamkan manik labuci untuk warna hitam


dan krim


Brilliant bukan? Maksud saya idea Aida itu. Saya sekadar merealisasikannya.

Transisi berfesyen bagi Muslimah masa kini, tidak ketinggalan mahu tampil bling² namun kekal menutup aurat.

Hmmm, hati kecil saya berbisik "tak mustahil akan menjadi ikutan selepas ini..."