Beauty & The Beads is not only about beads, beading and beadwork..........
The passion brings you NAPOLEON COUTURE, showcasing Beauty & The Beads' collection, featured by Riney Tuti.








Thursday, April 8, 2010
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Napoleon Couture Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Make Up & Hairdo Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Wardrobe Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Photography, Lighting & Editing Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ
(also showcasing Akmal Ariffin's couture collection @ photographers' page separately)
Lepas siap menyulam manik, mengomellah si Beauty n The Beads jam 13:23 2 ulasan
Label: Art, BnTB Fan Club, BnTB's Collections, misc, Model, Photography
Tuesday, April 6, 2010
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Majlis Makan Tengahari FTiMDC Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ
Seperti yang diketahui ramai, pada hari Sabtu baru² ini telah berlangsung Majlis Makan Tengahari FTIMdc sempena penyampaian hadiah Pertandingan Sulaman Manik Kristal FTIMdc 2010.
Acara yang menghimpunkan para penggiat, penggemar dan penyokong sulaman manik, kristal dan benang dari seluruh negara telah diadakan di Dewan Besar Tun Rahah, Yayasan Tun Abdul Razak Kuala Lumpur.
Tema pertandingan yang telah memasuki tahun kedua ini adalah Kebaya Nyonya asli yang diperindahkan dengan seni sulaman tangan kristal, labuci, manik dan benang manakala Kebaya Tradisi Kontemporari menjadi tema majlis makan tengahari.
Saksikan gambar² yang sempat dirakamkan sepanjang acara.
Antara yang mencuri perhatian...
bersama teman² yang baru pertama kali berjumpa dan bertentangan mata... 
Menepati telahan ramai, pemenang² utama pertandingan dinobatkan kepada tiga pelajar dan bekas pelajar FTIMdc sendiri. Apapun, tahniah diucapkan.
(gambar ihsan FTIMdc)NAIB JUARA : Wan Norita (pelajar FTIMdc peringkat Sulaman Manik Tahap Tinggi)
TEMPAT KETIGA : Rozima Khalid (Pensyarah Kolej Komuniti Ulu Langat – pelajar FTIMdc dalam bidang Diploma Fesyen 2009)
Tidak melepaskan peluang bergambar kenangan dengan hasil kreativiti kebaya hitam sentuhan Wan Norita ~ Naib Juara pertandingan yang juga merupakan pelajar FTIMdc bahagian Sulaman Manik peringkat tinggi.

Dan seperti tahun lepas, walaupun tidak menyertai pertandingan, Noramanik tidak pulang dengan tangan kosong. Kebaya nyonya yang disarungkan telah memenangi anugerah Pakaian Terbaik @ Lady of the Day... ;-)

Terjemahan gaya "Kebaya Tradisi Kontemporari" versi BnTB ◕‿◕

Terima kasih untuk semua komen² yang diberikan tentang busana ini yang telah diposkan di laman penggemar BnTB di facebook. Walaupun rekaan tak seberapa ini tak mampu memenangi hati para juri, namun masih ada yang sudi menghadiahkan mahkota indah buat saya.
Terima kasih buat nenek. muahhhhhs ;-)
Yok lihat banyak lagi gambar² sepanjang acara ini di sana di sanaaaaa....
Lepas siap menyulam manik, mengomellah si Beauty n The Beads jam 08:03 3 ulasan
Label: BnTB Fan Club, Event, Layah Beauty©
Thursday, April 1, 2010
Lagi tudung Beauty© ke Australia
Kalau tudung hitam NHM telah dihiasi dengan gabungan manik jemeki berwarna-warni, kali ini saya cuba merealisasikan impian beliau untuk memiliki hiasan inspirasi daripada hasil kerjatangan saya setahun yang lalu.
Padanan kristal dari rona senada tudung, diselang-selikan dengan mutiara keemasan saya kira lebih menyerlah dijahit di atas tudung merah ini.
Alhamdulillah NHM berpuas hati.
Monday, March 29, 2010
PENGUMUMAN PENTING
Beauty & The Beads ingin memaklumkan bahawa B&TB TIDAK bertanggungjawab sekiranya ada yang terjebak dengan penyamaran atau penipuan pihak yang mengaku sebagai rakan kongsi/pekerja/agen B&TB.
Pengasas, penyulam, pemotret & penyunting gambar (kecuali yang dinotakakikan dengan jurugambar pro @ ihsan pemilik), pengemaskini FP, blog & FB, "despatch", "delivery boy" dsb semuanya dilakukan oleh B&TB sendiri tanpa melalui orang tengah. Sehingga ke waktu ini B&TB TIDAK pernah melantik sebarang rakan kongsi, agen atau mana² pihak ketiga untuk urusan tempahan dan urusan² lain yang berkaitan.
Nombor untuk dihubungi juga adalah hanya satu talian seperti yang tertera di profail & banner rasmi B&TB dan TIDAK ada nombor lain.
Semoga pihak yang berkenaan segera menghentikan perbuatan anda yang sangat tidak beretika itu demi kebaikan bersama.
Harap maklum.
Lepas siap menyulam manik, mengomellah si Beauty n The Beads jam 12:25 0 ulasan
Label: BnTB Fan Club, macam2
Thursday, March 25, 2010
Tudung Beauty© ke Australia
Alhamdulillah... Tudung Beauty© terbang lagi... Kali ini merentasi benua tempat bermain sang kangaroo dan beruang koala nan comel...
NHM inginkan tudung hitam dengan sulaman manik ala Annural Balkis atau Dragonfly.
Seleksi warna manik labucinya NHM serahkan kepada saya asalkan cantik dipandang mata katanya.
nah, inilah hasil akhirnya....
Paparan gambar yang sehelai lagi akan menyusul selepas ini.
Lepas siap menyulam manik, mengomellah si Beauty n The Beads jam 22:00 0 ulasan
Label: Beadwork, Manik Tabur ++, Pearl, Tudung Beauty©
Ungu Dahlia
Kurung batik sutera krep putih susu ini klasik dengan corak bebunga kecil berona biru dan ungu.
Untuk menaikseri, penggunaan labuci warna senada disulamkan membentuk bebungaan pada badan baju.

Corak bunga labuci turut disulamkan sepanjang leher dan hujung tangan, dengan ranting daripada manik kelabu.

Manik kelabu dijelujur menaik mengikut cantingan garisan batik kelabu pada depan baju, tampak meriah dengan bunga labuci biru dan ungu.
Ini bukanlah kali pertama beliau mencuba air tangan saya. Jika anda mahu melihat hasil sentuhan yang lalu, sudi²kanlah klik di sini.
Lepas siap menyulam manik, mengomellah si Beauty n The Beads jam 21:39 0 ulasan
Label: Beadwork, Chiffon Crepe Silk, Floral, Pearl, Sequin Flower, Simple Design
Friday, March 12, 2010
Tudung Shaliz©
Sis Naza meminta saya buatkan tudung tiga segi dengan hiasan bersesuaian yang boleh digayakan begini

ataupun diikat ke tepi seperti sis Naza punya identiti. Tak salah juga menggayakan pelbagai cara ikatan lain mengikut anda punya kreativiti.
Alhamdulillah sis Naza berpuashati!
Lepas siap menyulam manik, mengomellah si Beauty n The Beads jam 19:10 1 ulasan
Label: Beaded Lace, Beadwork, Chiffon Crepe Silk, Floral, Organza Flower, patchwork, Selendang Gipsi Beauty©, Tudung Beauty©

