BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 9, 2010

T-Shirt Make Over


Cabaran untuk mengubah motif sedia ada pada t-shirt disempurnakan dengan jahitan 111 biji akrilik berwarna hitam, kelabu, cokelat dan merah.

Labuci rama-rama dijahit di penghujung lingkaran rhinestone putih dan merah sedia ada agar sifat kewanitaan lebih menyerlah.



 

Glitz & Glittery Handsock

Sentuhan manik labuci BnTB sememangnya tidak terbatas pada persalinan dan kerudung agar tampil indah.

SARUNG LENGAN pemelihara aurat turut tidak terkecuali diberi perincian nan mewah.

Dalam diam, cetusan ilham BnTB terdahulu rupanya telah mencuri perhatian lantaran terhasilnya pelbagai produk seumpamanya di pasaran, memberi variasi pilihan kepada para muslimah. Alhamdulillah.




Friday, July 16, 2010

The Ladybird Bag

Transformasi beg denim dwi tona, ringkas namun cukup menyerlahkan "kuasa" warna hitam dan merah.

dalam taman ada bunga ❀◕‿◕❀  


ibu sentiasa merestui pilihanmu nak... 
pergilah sunting bunga idamanmu...


ke gunung akan kudaki...
iyah, iyahhh... ♥♥♥



alahhh... jatuh la pulak!
o(╥﹏╥)o 



at last.
honey, i've got you! ♥‿♥

Monday, July 12, 2010

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Tudung Pertunangan Fida Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ


Tudung Beauty© bersulam ringkas seperti yang dipinta Nurul Fida Ismail untuk majlis pertunangannya hujung minggu lalu.


Moga hingga ke mahligai impian kasih dan cinta kekal bersatu.

Sunday, July 11, 2010

Malam Busana Ratu Sehari 2010 Piala Wan Aalan & Zainurin Couture

Tudung Beauty© hitam dan layah perang keemasan oleh Beauty & the Beads menjadi pelengkap busana pengantin rona sepadan yang dipertandingkan Shaliz Derina Nazrin (Naza Sentuhan Derina) sempena "Malam Busana Ratu Sehari 2010 ~ Wan Aalan & Zainurin Couture".

Acara yang telah berlangsung malam tadi (Ahad, 11 Julai 2010) bertempat d...i salah sebuah hotel terkemuka di Subang telah menobatkan beliau sebagai 5 jurumekap & penatarias terbaik daripada 46 peserta keseluruhan.








Tudung hitam & Layah keemasan : BnTB
Busana pengantin : Naza Derina
Solekan & Tatarias : Shaliz Derina Nazrin (Naza Sentuhan Derina)
Gambar : Salman Soyat (realpicphoto.com)

Tahniah kak Naza! Semoga kejayaan ini membuka pintu rezeki yang lebih luas pada masa akan datang. Insya-Allah...

Friday, July 2, 2010

Tudung Nikah Hana Fiona

Sulaman manik labuci pada sengkuap (awning) anak tudung pernikahan Hana.


Thursday, July 1, 2010

Mask Beauty©

Sekadar menggunakan bahan~bahan yang tinggal di teratak Bonda, terhasillah sekuntum bunga dan seekor pepatung menghiasi topeng muka yang baru~baru ini telah dibawa mengembara...


Paparan terperinci di sini > http://www.facebook.com/album.php?aid=187974&id=163055117187#!/album.php?aid=188484&id=163055117187&ref=mf/