BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, November 16, 2010

Tudung Nourel'Ain

Cepat benar masa berlalu pergi.  Diam tak diam, Aidiladha kan menjelma lagi Rabu ini. Hampir terlupa nak berkongsi kerja ekspress di pagi Aidilfitri.

Adik saya yang juga obses dengan sang rama~rama merengek minta dijahitkan barang seekor dua pada sengkuap tudung Ariani.. Berbekalkan apa yang ada di teratak bonda dan masa yang tak panjang untuk beraya dengan mertuanya, maka terhasillah hiasan ringkas begini.

   



Wednesday, November 10, 2010

Tudung Filligree Roslina

Satu lagi tudung Beauty tempahan Roslina sempena raya.

Jika yang pertama berona hitam berhiaskan sang sibu-sibu, yang ini pula berona kuning diraja.

Elemen klasik filligree digarap dengan labuci bunga dan akrilik keemasan buat saya sendiri teruja! ◕‿~


Monday, November 8, 2010

Bungor

Pertama kali menatarias persalinan fabrik kapas.  Kurung pesak dari Butik Bungor untuk Ian Sham, diberi sentuhan kuntuman bungaan mekar, senada dengan corak asas.

motif bungo²an sobab tu la ian kata bagi namo bungor (bungo) eh... buleh namo bungo, buleh butik Bungor ;)

Semoga lebaran lalu buat si tukang mekap yang terkenal dengan label The Magical Touch of Ian Sham ini berpuashati dengan hiasan sebegini ringkas.

 

Thursday, November 4, 2010

Happy Deepavali

I've noticed that BnTB's followers come from all walks of life around the globe, of different races, belief and culture, including those celebrating the festival of light.  So, here goes HAPPY DEEPAVALI to you and HAPPY HOLIDAY to all!

p/s I miss my mum, hence am sharing a picture of her very own home made "rumbe nalek" maruku :)


 

Tuesday, November 2, 2010

Tudung Hitam Nazz

Susunan akrilik merah dan keemasan menghiasi tudung syifon milik Nazz. Border daripada manik juga berwarna keemasan disulam bagai mengikat kemas susunan akrilik nan ringkas.



Tak perlu berlebih rias kerana mainan warnanya sudah mampu buat si pemakai tersenyum puas.



Friday, October 29, 2010

Fleur

Syifon fuschia sarat dengan motif bungaan ala Inggeris berona terang disulam manik dan labuci paduan corak dan warna sepadan. Kristal dan chip beads menambah gemerlapan pada cekak tangan dan kaki baju kurung moden untuk bonda mertuanya yang tersayang...

Monday, October 25, 2010

Kräla

Kurung shantung polos dengan perincian manik tali air disulam berliku sepanjang hujung tangan dan lehernya.

Hiasan batu pelbagai warna kontras dan juga senada menyerlahkan lagi ketrampilan sepasang busana.




Ringkas namun masih mempesona bak kata si empunya.