Pertama-tamanya, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kak Zalizan a.k.a. izan72. Walaupun selama ini beliau sendiri belum pernah menempah tudung Beauty dengan saya, tak pernah pun berjumpa, tapi sudi juga mengesyorkan kepada Erwin.
Hasil kali ini amat mencabar. Mungkin klise bunyinya tapi tidak pada saya. Mencabar kerana saya perlu memadankan corak Shimmering Flora (SF) yang disulam Kak Izan pada busana pertunangan Erwin dengan tudung Beauty. Tidak sempat bertemu janji sama ada dengan Kak Izan mahupun Erwin sendiri dek kekangan masa, maka kiriman gambar menerusi MMS dan email sahajalah yang menjadi panduan untuk saya memulakan misi.
Kala membeli kain syifon di sebuah gedung tekstil terkemuka di ibu kota, mata saya naik kelabu memilih warna yang paling tepat dengan baju Erwin. Saling membandingkan syifon kuning pelbagai nada yang disimbahi cahaya lampu limpah dan lampu panas dengan gambar baju di dalam telefon bimbit. Memang mengelirukan pandangan mata tapi saya tetap perlu membuat keputusan. (Itu pun masih tidak tepat 100% dan mujurlah anak tudung berona lebih gelap menjadi penyelamat!)
Secara peribadi, saya belum berkesempatan lagi membuat sulaman corak SF yang sedang mendapat tempat di hati para penggemar sulaman manik dan labuci. Tambah berdebar untuk bergandingan bahu dengan anak didik noramanik - si empunya identiti SF aka sifu Terasa sangat kecil diri saya yang tidak pernah mengikuti sebarang kelas menyulam...
Justeru, anda nilailah sendiri hasil kolaborasi maya izan72 dengan izan73 ini. 

Friday, February 27, 2009
Tudung Pertunangan Erwin©
Lepas siap menyulam manik, mengomellah si Beauty n The Beads jam 17:00 0 ulasan
Label: Engagement/Wedding, Sequin Flower, Tudung Beauty©, Xtra Ordinary
Monday, February 16, 2009
Tudung Beauty Chic©
Masih lagi dengan hasil kerjatangan yang tak berapa baru.
Tudung Beauty berhiaskan batu akrilik hitam dengan pelbagai hiasan mengikut kreativiti. Buat masa ini baru tiga corak yang dihasilkan, dan Insya~Allah akan bertambah sekiranya mendapat tempat di hati para penggemar Tudung Beauty di luar sana.
Tudung yang digayakan oleh model tak terbayar ini mengikut potongan ala Zeila Jalil yang menghiasi muka depan majalah Mingguan Wanita Edisi Aidilfitri tahun lepas
Seperti biasa, warna tudung dan hiasan boleh ditukar untuk memenuhi citarasa pemakai. Potongan juga boleh dibuat sama ada potongan tudung versi Lieza (Siti Nurhaliza) atau Ziela.
Tuesday, February 10, 2009
Tudung untuk EiFa©
"Kuasa kuda enjin" saya masih memacu perlahan............
Oleh yang demikian, saya kongsikan hasil kerjatangan yang lama dulu.
Ini tudung yang ditempah EiFa. Bukanlah kali pertama EiFa menempah. Cuma saya yang tak berkesempatan untuk mengambil gambar dua helai tudung untuk Bondanya yang tercinta dan EiFa sendiri. Tak tercapai kamera dek tangan lantaran mengejar masa menyiapkan tempahan Aidilfitri tahun lepas.
Yang tiga helai ini pun kalau tak silapnya tempahan untuk Aidiladha tahun lalu juga. Dan ada lagi tiga helai untuk gadis manis yang sedang gigih mengasah bakatnya dalam dunia solekan dan dandanan pengantin juga acara rasmi ini. Tunggu ye dik...
Tudung berwarna kelabu bertatah permata berbiku mendapat sambutan hangat selepas tudung ian. Hiasan ringkas namun tetap memukau membuat tukang jahit sendiri tak keruan lantas memaksa diri menjahit sehelai untuk diri sendiri sementelah sedondon pula dengan banyak persalinan koleksi peribadi...
Perhatikan konsep suai padan tudung yang sama dengan anak tudung yang pelbagai mampu memberi kesan berbeza kala digayakan. Mudah dan jimat kan? 
Ini bukanlah EiFa. Tapi abaikan saja siapa dia dan juga latar belakang lokasi penggambaran serta mutu gambarnya yang hanya diambil dengan telefon bimbit cap ayam. Sesungguhnya ini adalah sekadar gambar contoh cadangan untuk cara pemakaian.
*Tudung dan hiasan permata boleh juga didapati dalam aneka warna lain mengikut permintaan.
Lepas siap menyulam manik, mengomellah si Beauty n The Beads jam 17:18 0 ulasan
Label: Octant, Tudung Beauty©
Friday, January 30, 2009
Ombak
Tentu ada yang dah mula jelak mendengar keluh-kesah saya kebelakangan ini kan?
Maka saya mengambil keputusan untuk menolak ketepi semua anasir² berunsur negatif yang cuba mengganggu kesejahteraan diri saya. Biar apapun yang terjadi, hidup mesti diteruskan. Langkah jangan mati, harus pantas berlari.
Justeru, saya mahu mengubah persepsi di sini dengan menampilkan hasil kerjatangan saya yang lama tersimpan. Tersimpan kerana bajunya baru tengahari tadi pulang ke tangan Cik Puan Cikin.
Kebaya moden daripada fabrik organza ini dihiasi dengan rekaan biasa² saja. Nama Ombak dipilih sempena corak fabriknya yang bermotif seakan ombak. Tapi ada kawan seperjuangan yang menggelarkannya dengan nama lain juga. Tak mengapalah kerana apalah ada pada nama dan aku pun menulis bukan kerna nama...
Teruskan menonton sehelai lagi koleksi Cikin yang turut memegang rekod paling lama tersimpan dalam lipatan sejarah sulaman manik B&TB!
Lepas siap menyulam manik, mengomellah si Beauty n The Beads jam 18:10 0 ulasan
Label: Simple Design
Mustika©
Yang ini pula kurung moden syifon biru Cikin. Sepertimana yang semua tahu, mengulit sehelai syifon bagai melayan rasa rindu. Tapi selalunya bersulam cemburu bila manik, benang dan kain bercelaru...
Apapun, saya tetap suka dengan hasil kerjatangan kali ini (bila lagi nak angkat bakul sendiri ye tak?). Walau tak sehebat identiti "Shimmering Flora" noramanik atau semeriah rekaan Kilauan Mustika, saya berasa gembira. Cukup teruja dengan gabungan fabrik, manik dan labucinya. Mungkin tak begitu menyerlah daripada segi pemilihan warna namun tetap menyejukkan mata memandang.
Untuk persalinan ini, saya sulamkan teknik sisik ikan dengan labuci mangkuk membentuk kuntuman anggerik, taburan mutiara dan manik di bahagian tangan. Sementara untuk bahagian lehernya yang berbentuk sampan, saya susunkan labuci mangkuk bunga membentuk piramid. Ringkas sahaja sesuai dengan penampilan Cikin yang bertudung.
Dan tentunya saya berhak untuk ketawa gembira bila Cikin dengan selamba mengirai baju-bajunya dalam Pizza Hut tengahari tadi. Tak cukup dengan itu, mencuba Tudung Beauty silih berganti!
Lewat petangnya, SMS ini sampai ke telefon mudah alih saya:
"Kak, time ksh byk2. Cantik bangat..x saba nk pkai esk,hehe.. G knduri qeqah..huhu..mst kne glam slalu... "
Memang glam adik yang baru naik pangkat jadi isteri orang ni. Tak semena-mena membeli Tudung Beauty sampai dua helai tadi.
Terima kasih daun keladi ye Cik Puan! Ada rezeki lebih tu, bolehlah menempah sulam manik atau tudung (dan belanja makan) lagi....
Lepas siap menyulam manik, mengomellah si Beauty n The Beads jam 18:05 0 ulasan
Label: Floral, Manik Tabur ++
Friday, January 23, 2009
Selendang Beauty ala Gipsi©

Memandangkan banyak projek yang tergendala ketika keadaan kesihatan tak berapa baik tempohari, saya kongsikan dulu hasil kerja terdahulu yang diperam. (Kononnya nak upload bila dah dapat gambar daripada tuan yang empunya selendang. Tapi takpelah... Saya akan uploadkan gambar beliau di lain kesempatan OK?)
Si dia ni memang peminat Dato' CT. Jadinya, apa sahaja yang CT pakai, kalau boleh si dia pun nak pakai juga... Kalau dulu si dialah yang pertama membeli tudung Beauty sentuhan saya. Bila nampak CT pakai selendang ala gipsi yang diikat ke belakang, dia pun nak juga...
Istimewa untuk si dia, mari kita cuci mata!
(Gambar artis sebagai hiasan. Sekalung penghargaan kepada SNP dan media cetak berkenaan)
Panjang : Minima 1½ meter
Lebar : Minima ½ meter
Jenis fabrik : chiffon georgette, chiffon crepe atau sebarang jenis fabrik yang bersesuaian atas permintaan pelanggan
Perincian manik : Atas permintaan pelanggan
Warna : Atas permintaan pelanggan
Harga : Berdasarkan kepada semua perkara di atas
Selendang Rindu© pun sebenarnya boleh digayakan ala Dato' CT, Bienda atau pelbagai stail lain mengikut kreativiti dan keselesaan masing².
Sementara kita nantikan gambar sebenar si dia, kalau anda pun suka selendang ini, jangan segan² hubungi saya. Sekarang ini pun dah ada dua helai sedang menunggu untuk disiapkan. Tunggu ye Cik Adik manis...
Friday, January 9, 2009
Qaseh Asyiqin©
Alkisah, persalinan jingga ini Cikin serahkan kepada saya waktu mengambil Selendang Rindu dan Tudung Beauty untuk ijab dan qabul. Meski keadaan kesihatan tak berapa baik, tak sampai rasanya hati untuk menolak permintaan Cikin. Simpati kerana majlis persandingannya tinggal tiga hari saja lagi. Sementelah si tukang jahit yang saya kenalkan kepada Cikin tak mampu menyulamkan maniknya sekali lantaran jahitannya pun hanya siap kelmarin!
Hati gusar melihatkan jarum jam yang pantas berganjak. Demam pula masih tak kebah maka tak mampulah saya memulakan misi malam Krismas seperti yang dirancangkan. Hanya sekitar jam dua pagi barulah tangan mencapai jarum dan manik. Tanpa menoleh lagi, saya meneruskan perjuangan.
Mungkin tampak mudah kerana taburan maniknya nipis sahaja tapi hakikatnya menyulam atas kain renda, memang bercinta... Seharian saya tak keluar rumah dek khusyuk melayan baju nan sepasang ini. Malam itu saya lelapkan mata seketika cuma dan bangkit semula jam dua pagi juga. Mujurlah saya memang mengambil cuti Jumaat esoknya. Setelah siap tangan lagi sebelah, kini titik tumpu beralih kepada kain broked jingga pekat berbunga emas. Dalam waktu sesingkat itu, yang dapat saya fikirkan ialah memotong kuntuman bunga pada lebihan renda baju dan tampalkan ke atas kain. Berdoa moga cubaan kali pertama ini berjalan lancar dek mengejar masa. Selesai menjelujur, saya jahitkan manik2 dan labuci bujur supaya lebih menyerlah.
Lewat petang itu, setelah berpusing2 mencari arah tuju, saya pun sampai ke rumah Cikin. Rupa2nya Cikin sedang diijabkabulkan di masjid berhampiran. Tak mahu mengganggu, setelah berjumpa Cikin saya pun berlalu sambil berbisik "Ini aje yang akak mampu kerana singkatnya waktu..."
Alhamdulillah, malam itu barulah lena mata hitamku...
Lepas siap menyulam manik, mengomellah si Beauty n The Beads jam 18:25 0 ulasan
Label: Engagement/Wedding, Floral, Manik Tabur ++
