BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 31, 2010

Merdekalah!

*imej oleh Encik Google*

 
Selepas 53 tahun, masih ada yang dijajah
dijajah nafsu serakah
si comel tak berdosa terus ditinggal bersepah

selepas 53 tahun, masih ada yang dijajah
dijajah dangkal, jumud akal
menafikan yang hak, yang betul disangkal

selepas 53 tahun, masih ada yang dijajah
dijajah hasad, kesumat dan amarah
berkiblatkan ilmu "tak putih", bagai tiada salah 

selepas 53 tahun, merdekalah anak bangsaku
usah biarkan dirimu terus dijajah
kelak apalah gunanya menyesal tak sudah

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-53 Malaysia!

keluh kesah mata basah
Utara Kuala Lumpur, 31 Ogos 2010

Friday, August 27, 2010

Salam Nuzul Quran, Salam 17 Ramadhan

Semoga al-Quran dan as-sunnah terus dijadikan panduan meladeni kehidupan seharian supaya beroleh keberkatan.

Salam Nuzul Quran, salam 17 Ramadhan.


Thursday, August 26, 2010

Khazanah


Wednesday, August 25, 2010

Tak Sungguh, Orang Tak Kata (kan?)

Dia memang sangat berbakat besar
Dia memang pandai mengambil hati
Dia memang kawan yang jujur
Dia memang berjiwa luhur

Dan saya mahu berterima kasih atas ingatan tulusnya ini
(mungkin klise pada sesetengah orang. tapi siapa lagi yang lebih mengenali kita kalau bukan kawan kita sendiri kan?)
 

Semoga dia akan berjaya menggapai bintang!


Mari ke sini untuk kenal siapa dia...

Tudung Beauty© Mawar

Memenuhi permintaan yang datangnya dari seberang tambak nun di selatan.

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan...


Gabungan dua warna akrilik dan manik tabur dijalinkan


melatari tudung syifon berona lembut agar mudah disuaipadan dengan apa jua warna persalinan...

*nama tudung tiada kena mengena dengan rekaan sulaman tapi lebih kepada nama si empunya yang diterjemahkan ◕‿~

Monday, August 23, 2010

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Dolce© Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

Kalau abaya yang pertama dan kedua sarat (dan berat) dengan pelbagai bentuk, jenis dan warna permata serta manik jemekinya, helaian yang ketiga dirias cukup sederhana.

Agar himpunan bervariasi adanya, betah digaya di mana jua.

bunga organza dengan perincian labuci piring hitam dan labuci bunga kelabu gelap disulam bersilang


 susunan akrilik, kristal dan rhinestone senada warna menghiasi pinggang

 tak janggal dipakai malam dan siang...

Moga bingkisan yang tak sepertinya ini buat si empunya sejahtera dan tenang menunaikan ibadah di tanah suci sana dan selamat kembali beraya dengan semua yang tercinta...

 

Friday, August 20, 2010

Tudung Beauty© Ungu

Tudung Beauty© dari syifon ungu dengan sulaman sisik ikan membentuk bunga "passion" berintikan mutiara warna senada


sementara teknik tali air dijelujur sepanjang bebiku sulaman bahagian muka dan bawah tudung