BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 27, 2008

Tudung Akad Cikin©

Tudung Beauty daripada fabrik syifon India, sedondon dengan persalinan nikah Cikin. Rona putih bersih diserikan dengan manik dan labuci keemasan buat Cikin tampil anggun di hari pernikahannya petang semalam. Alhamdulillah!

Menjalara Ulik Mayang

Masih ada satu lagi koleksi sempena perkahwinan Cikin. Tapi apa kata kita lihat dulu hasil sentuhan saya untuk majlis pertunangan Cik Nur Qasieh pula.

Gadis ini teruja dengan rekaan sulaman "Menjalara Ulik Mayang Episod II" daripada ide asal Noraini aka Ladybeads. Menyedari pengaruh besar nama Ain dalam dunia sulaman manik, saya telah meminta kebenaran beliau untuk cuba mengaplikasikan rekaan tersebut demi memenuhi permintaan Nur Qasieh. Terima kasih daun keladi ye Ain!

Walaupun tanpa nota panduan menjahit, berpandukan gambar yang dikirim menerusi emel Nur Qasieh, saya memulakan lakaran. Rekaan yang serupa tapi tak sama ~ perhatikan corak di hujung tangan yang berlainan dan corak kombinasi tali air menggunakan manik sebiji2 (saya lebih gemar stail ini daripada tali air bersambung). Hasil air tangan nyata berbeza, pastinya sentuhan pemilik asal rekaan ini jauh lebih hebat. Namun setidak-tidaknya saya telah berjaya menyempurnakan impian Nur Qasieh.

Selamat Bertunang Nur Qasieh. Semoga ikatan ini akan berkekalan hingga ke jenjang pelamin. Insya~Allah!

Monday, December 15, 2008

Kesuma Hati©

Meski sebelum ini tak pernah bertentang mata, hanya berurusan melalui telefon genggam dan sembang maya, Zura memberi sepenuh kepercayaan kepada saya untuk memperindahkan persalinan sempena hari bahagianya.

Untuk kebaya yang ditempah khas sempena majlis persandingan Zura ini, saya cuma menggunakan labuci mangkuk bunga dan manik bulat berona emas sebagai penaikseri pada pelipat kebaya, hujung tangan dan kain. "Hot fix stone" pula dilekatkan antara corak tampuk songket supaya lebih menyerlah namun tetap memelihara kecantikan asli tenunannya.

(Saya terpaksa membuka dan menjahit semula butang pada pelipat baju Zura kerana corak tampuk songketnya yang tinggi rendah. Kalau tidak, nanti sulaman kerongsang emasnya jadi sengetlah! Kasihan Zura.... Habis beratusan ringgit membayar upah jahitan yang mutunya tidak seperti yang diharapkan... Nampaknya kena cari tukang jahit lain la ye Zura? )

Terpesona dengan Tudung Beauty yang memikat hati, Zura telah meminta saya membuatkan sehelai selendang untuk dipakai bersama layah* kala menjadi Ratu Sehari nanti. Setelah dipersetujui, syifon krep dua meter berona hijau lembut dibeli. Labuci dan jemeki rona keemasan disulam indah sebagai padanan dengan kebaya hijau pucuk pisang milik tuan puteri.

Baju yang dirancang untuk diposkan kepada Zura ke kampungnya dapat saya serahkan sendiri ke tangan Zura sewaktu memandu pulang ke JB untuk menyambut Aidiladha. Selepas mengatur janji, kami bertemu buat pertama kalinya di Hentian Tol Simpang Ampat. Tak lama setelah meneruskan perjalanan, saya terima SMS ini:

019265XXXX, 2:08:50PM
"Akak sorry... Lupe nk btaw. Baju n tudung tu seriOus sgt2 lawa..!! Thanx so much akak! Asek cenyum je dr td ney... Hik2... BTW, Slamat ari raye! Take care taw.. "


Demi memenuhi permintaan Zura yang mengirimkan sampai dua keping kad undangan (Zura kata kalau satu tandanya tetamu VIP, kalau dua VVIP la.... ) pada hari Sabtu, 13 Disember yang lalu saya pun bertandang ke mahligai ibu bapa Zura yang tersergam di Tampin. Dua mata ini telah menyaksikan sendiri persalinan lengkap ini bergemerlapan indah digayakan Zura. Hati gembira bukan kepalang tika menatap senyum manis yang tak lekang dari bibir sang permaisuri sepanjang majlis.

Waktu bersalaman, Zura sempat berbisik "Kak, ramai orang tanya kat mana saya tempah baju dan selendang ni. Dia orang kata cantik. Nanti saya bagi alamat FP akak ye. Saya ada baju lagi nak mintak akak jahitkan manik tau" Bonda Zura juga tak putus-putus mengucap terima kasih kepada saya. Alhamdulillah.

Maka pulanglah saya dengan senyum sampai ke telinga...
Oh ye, Selamat Pengantin Baru ye Zura & Khairul. Moga mahligai yang dibina kekal teguh bak sangkar emas yang menjadi pelamin nan indah, saksi persandingan kalian!

Tuesday, December 9, 2008

Cereterawara©

Wednesday, December 3, 2008

Tudung Beauty Eksklusif©

Ryena begitu teringin memiliki Tudung CT seperti yang satu ni... Puas saya keluar masuk segala kedai kain sepanjang Jalan TAR. Sebut apa saja nama tempatnya. Daripada sekecil-kecil kedai hinggalah ke gedung-gedung ternama. Akhirnya terjumpa fabrik Sutera Itali ini.

Terkedu seketika bila si promoter manis memberitahu harganya.
Pantas saya sms Ryena untuk kepastian. Dek kerana minat yang mendalam, Ryena tetap pendirian.

Dan inilah hasilnya.....


Harap sangat Ryena sempat ambil kiriman Pos Ekspres sebelum pulang ke negeri di bawah Bayu. Dan pastinya, respons daripada Ryena tak sabar saya tunggu...

Oh ya, oleh kerana fabrik ini daripada sutera eksklusif, saya tak dibenarkan membeli semeter sahaja. Justeru, saya pelbagaikan hiasannya pada helaian tudung yang lagi dua.


Monday, December 1, 2008

Majalah Ratu Sehari

ehem ehem..... Tudung Beauty masuk majalah?
Terima kasih kat iaN sHaM yang setia menyarungkan Tudung Beauty di mana jua iaN meng"make over".


Walaupun dalam majalah Ratu Sehari Edisi Ke-7 (Disember 2008) tak nampak jelas sangat sulam maniknya, nampak tudungnya pun jadilah..... (Thanks iaN for the info)

Hmmm, kali ni cerita pasal si tukang pakai...
Manalah tahu ada rezeki esok2, keluar pulak cerita si tukang jahitnya...

p/s mana satu yang betul - masuk majalah atau keluar majalah???

Thursday, November 27, 2008

Kristalin

Asyik menayang baju2 orang, sesekali nak enterframe jua...
Sementara menyiapkan baju2 orang, marilah kita mencuci mata...

Sunday, November 23, 2008

Tudung Sukma©


Sukma menempah dua helai Tudung Beauty berwarna merah samar dan hitam yang telahpun selamat sampai ke tangannya sebelum hujung minggu lalu.


Friday, November 14, 2008

Qaseh Nadya©

Kita sering terdengar, wanita hamil pelbagai ragamnya. Ada yang naik seri pada wajahnya, ada yang tampak tak bermaya, ada juga yang gemar bergaya. Justeru, saya tak terkejut melihat potongan baju ini yang agak chic. Nadia mahukan dress baby doll rona merah samar ini disulam manik untuk dilaramkan ke resepsi perkahwinan kenalannya di sebuah hotel hujung minggu ini.

Potongan dres mini ini agak kompleks. Diperbuat daripada syifon polos, rekaan berlisu (pleat) di depan, kaki baju yang dijahit menggelembung (puff) mengikut trend terkini, tangan pula bercerut getah dan ada selapisan 'sayap'. Hmmm, mencabar juga untuk mencari idea...

Setelah puas berkira-kira, untuk memenuhi syarat Nadia tak mahukan yang sarat, manik tabur adalah pilihan yang tepat. Agar lebih manis, saya kombinasikan dengan kuntuman mawar daripada organza (saya tak berkesempatan lagi belajar teknik RE tapi mengaplikasikan teknik lipatan penyedut minuman yang terkenal suatu ketika dulu) Kedengaran mudah tapi saya perlu menyulam dengan teliti. Bimbang benang menembusi lapisan belakang lisu mahupun lining. Saya juga teruja untuk menggunakan corak yang sama pada tangan tetapi cerutan getah cenderung terlipat ke dalam. Nanti tersorok pula sulam maniknya... Sebagai ganti, jalinan ringkas manik dan labuci diselang-seli pada 'sayap' kanan dan kiri.

Hmmm, maaf ye Nadia. Ilmu saya yang tak seberapa ni berasakan menyulam pada kaki baju yang menggelembung itu tidak sesuai kerana alunannya akan menyembunyikan sulaman manik. Nanti Nadia rugi...

Apapun, saya harap puan jurutera ini berpuas hati dan tampil menarik dengan aura ibu hamil yang comel! InsyaAllah.

Sunday, January 27, 2008

Selendang Rindu©

Ini pula selendang untuk upacara Khatam Al~Quran sempena majis pernikahan Cikin. Ratu Sehari ini meminta pemilihan warna dibuat kontras dengan baju kurung berona kuning lembut berbunga merah jambu agar bergaya santun dan ayu sepanjang majlis.

Thursday, January 10, 2008

Lagi koleksi kerastangan dulu²















Wednesday, January 9, 2008

Koleksi kerastangan dulu²