BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 28, 2010

Crumble Filligree

Syifon multirona berpotongan kurung moden, tempahan ketiga daripada Eleen yang berhajatkan sentuhan Crumble.


Sedar akan si empunya yang sering "cair" dengan filligree, maka sengaja diselitkan penggunaan material itu dalam versi Crumble kali ini. Walau sendiri sangsi dengan gabungan filligree dengan motif dan warna sedia sarat pada baju, namun akhirnya saya sendiri bagai jatuh cinta dengan hasilnya... :)

Tentu tambah teruja bila si empunya sendiri suka apatah lagi setelah semalaman berjaga untuk menyempurnakannya...

(ye, Crumble semalaman ini bermula jam 9:30 malam dan siap pada 6:30 pagi keesokannya)









Monday, December 20, 2010

Bling Bling Baby

Permintaan daripada si ibu yang teruja dengan kehadiran seorang puteri pelengkap famili.

Sesuai dengan gelaran puteri, tentunya persiapan menyambut kelahirannya dibuat penuh rapi. Walau si comel belum mengerti apa² namun si ibu yang memang dikenali sebagai penggemar fesyen glamor dengan stail tersendiri tetap mahukan sang puteri tampil berseri sejak usia sehari.

Maka selimut penghangat bayi rona baby pink mahu disulam istimewa dengan nama indah sang puteri lengkap dengan hiasannya sekali.



Terhasillah "Keisha" dengan sebuah tiara buat sang puteri....



Sunday, December 12, 2010

Lilac Garden©

Sebaik melihat hasil kerjatangan yang dipersembahkan buat anak saudaranya, pantas beliau menghubungi saya, menyampaikan hajat untuk mendapatkan sentuhan pada busana dan layah pernikahannya. Namun pada saat akhir, saya dipertanggungjawabkan untuk fokus pada layah sahaja kerana si tukang jahit berjanji memanikkan sekali pakaiannya atas kelewatan beliau menyiapkan jahitannya.

Faham dengan gelora di hati Lily yang nyata tak berpuashati dengan hasil si tukang jahit, saya berjanji kepada diri sendiri untuk cuba menggembirakannya.

Impiannya untuk melihat kumpulan sang pepatung dan rerama yang merupakan "signature" BnTB™ diabadikan atas layah putih suci. Gabungan warna tema pula adalah daripada rumpun lilac, lavender & purple sempena tema majlisnya.



Kala bertukar tangan, terlihat senyum manis diwajah mulus Lily ~ tanda berpuas hati. Alhamdulillah, syukur kepadaNya. 

yang ini gambar koleksi peribadi Lily

ini pula koleksi gambar antara dekorasi bertema serupa di majlis persandingannya siang tadi. Manis kan?




Selamat Pengantin Baru ~ moga kekal hingga ke akhir masa...

Tuesday, December 7, 2010

Hijrah Sarah & Shafiqa

Tahniah kepada pasangan klien BnTB™ yang melangsungkan perkahwinan mereka sempena Ma'al Hijrah hari ini.

Pertama kali menerima tempahan untuk menatarias material kapas bersulam untuk persalinan perkahwinan.

Memenuhi permintaan si empunya supaya menyerlahkan bahagian bordir kedua belah tangan, kolar mandarin hingga ke hujung belahan busana. Tidak mahu sarat berhias, memadai dengan permainan warna perak dan hitam sepadan de
ngan sampin songket kepunyaan si teruna.

Alhamdulillah, Sarah gembira dengan hasi
l keseluruhan transformasi berukuran 120 inci panjangnya...


Selamat Pengantin Baru buat Sarah Fazalul & Faidzunnaim. Semoga penghijrahan ke "alam baru" ini diberkati Illahi, rukun damai dan sentiasa naim :)

Yang turut berhijrah ke alam rumahtangga hari ini, seorang lagi klien yang pernah mendapatkan sentuhan BnTB™ untuk kerudung pertunangan merah cilinya yang tetap diingati sampai kini.


Selamat Pengantin Baru
Nurshafiqa Mohamad Salim dan Alfazari Ghazali. Semoga wangi cinta kekal mengharum hingga ke syurgawi.

Monday, December 6, 2010

Salam Ma'al Hijrah

 
Hijrahlah daripada bawah ke atas
daripada buruk kepada baik
daripada duka kepada suka
daripada lemah kepada gagah
daripada mentah kepada matang
daripada amarah kepada sabar
daripada dendam kepada redha
daripada pasif kepada optimis
daripada putus asa kepada mencuba
daripada gagal kepada berjaya
daripada gelap semalam kepada esok yang terang
daripada kisah hitam kepada episod baru yang lebih cerah
daripada alpa kepada beringat sentiasa. 

Salam Ma’al Hijrah buat semua...

Sunday, December 5, 2010

Turban Mumtazalea

...dipaparkan juga tudung kepala yang melengkap penampilan. Dah ada pun yang nak menempah lepas melihat gambar majlis lebaran tapi saya belum bersedia untuk memenuhi permintaan.

Sebabnya, ini bukan "turban" yang dijahit molek, tapi sebenarnya hanyalah ilham spontan. Untuk tidak menghampakan, saya kongsikan versi BnTB punya tips pemakaian...

inilah kain lebih daripada sari 6 meter. saya mintak balik daripada tukang jahit, cadangnya nak tampal bahagian bercorak tu pada sengkuap tudung biasa

gara² menjaga hati masa yang sangat mencemburui, impian hanya tinggal impian. mujur waktu ligat bersiap, otak pun sama ligat memikirkan tudung suaipadan persalinan.

lalu jemari kasar pun terus ligat menari di atas kepala mencuba langkah demi langkah ini...
1) punjut & simpulkan bhgn hujung tengah kain/selendang
2) silangkan kedua belah kain pada atas kepala, bertindih antara satu sama lain
3) tarik kedua bahagian kain ke tepi bawah telinga dan ikat kemas
4) pinkan kerongsang pada punjut di atas kepala
    (harap boleh cuba ye walaupun penerangan tak bergambar)

P/S nampak kan tepi kain yang tak berjahit langsung tu? +_+


beginilah rupanya setelah siap disarungkan...

nota kaki: kalau tak mahu biarkan kelopak di tepi telinga tu, tarik ekor kain ke belakang tengkuk & sorokkan ke dalam turban (bawah sanggul)

Selamat mencuba! (◠)

Mumtazalea

atas permintaan, disiarkan koleksi peribadi kurung kaftan daripada fabrik sari. Pernah digayakan kala menghadiri Rumah Terbuka FTIMDC lalu dan diulangpakai sempena majlis menyambut perayaan Diwali di tempat kerja baru² ini.


Untuk, melihat keseluruhan busana, jom singgah ke FB ;)