...dipaparkan juga tudung kepala yang melengkap penampilan. Dah ada pun yang nak menempah lepas melihat gambar majlis lebaran tapi saya belum bersedia untuk memenuhi permintaan.
Sebabnya, ini bukan "turban" yang dijahit molek, tapi sebenarnya hanyalah ilham spontan. Untuk tidak menghampakan, saya kongsikan versi BnTB punya tips pemakaian...
inilah kain lebih daripada sari 6 meter. saya mintak balik daripada tukang jahit, cadangnya nak tampal bahagian bercorak tu pada sengkuap tudung biasa |
gara² menjaga hati masa yang sangat mencemburui, impian hanya tinggal impian. mujur waktu ligat bersiap, otak pun sama ligat memikirkan tudung suaipadan persalinan.
lalu jemari kasar pun terus ligat menari di atas kepala mencuba langkah demi langkah ini...
1) punjut & simpulkan bhgn hujung tengah kain/selendang
2) silangkan kedua belah kain pada atas kepala, bertindih antara satu sama lain
3) tarik kedua bahagian kain ke tepi bawah telinga dan ikat kemas
4) pinkan kerongsang pada punjut di atas kepala
(harap boleh cuba ye walaupun penerangan tak bergambar)
P/S nampak kan tepi kain yang tak berjahit langsung tu? +_+
beginilah rupanya setelah siap disarungkan...
nota kaki: kalau tak mahu biarkan kelopak di tepi telinga tu, tarik ekor kain ke belakang tengkuk & sorokkan ke dalam turban (bawah sanggul)
Selamat mencuba! (✿◠‿◠)
1 ulasan:
cantekkk!!!
Post a Comment