BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, September 27, 2010

Majlis Aidilfitri FTiMDC 2010

Corat-coret sekitar Majlis Aidilfitri FTiMDC 2010 yang telah dianjurkan oleh FTiMDC untuk meraikan anak-anak yatim Al-Jiblah semalam.

orang kuat a.k.a orang penting di sebalik majlis
antara teman-teman seperjuangan yang hadir : Fariha, Datin Simah, Mas & Liza

kenangan bersama

Fid, Fariha & Me
ahli silat cekak takde tali pinggang kan Mas? :-)
Drama Queens ^^
Lagi gambar-gambar di sini. 
Terima kasih FTiMDC atas undangan ini.



Saturday, September 25, 2010

Layah Fatihah©

Demi memastikan hasratnya kesampaian, Fatihah menempah seawal tujuh bulan. Tema putih merah menjadi pilihan, menjadi pelengkap busana perkahwinan.


 
Semoga berbaloilah sebuah penantian. Selamat Pengantin Baru diucapkan...

Friday, September 24, 2010

Tiada noktahnya...

Ini entri dalam fotopages saya tanggal 2 Disember 2007Dan selepas lebih dua tahun, masih tiada noktahnya...


biar bisanya bak dicucuk jarum
biar serabut bak mengurai benang yang kusut
biar celaru bak mengasing maniklabuci 

bercampur dalam bekas yang satu
namun
perjuangan tetap diteruskan
moga mereka yang rebah itu mendapat hidayah
dan terbuka pintu hati
'tuk menghentikan langkah yang songsang
lantas bangun

mengejar berkat
mengutip rahmat
pantas membeza pahala 

dan dosa
lalu sedar bahawa
yang bulat tak datang bergolek
yang pipih tak datang melayang
sesungguhnya rezeki itu di tanganNya!



Thursday, September 23, 2010

Tudung Pepatung Roslina©

Terus menjadi pilihan, rekaan pepatung yang  
dipelopori oleh BnTB tahun lalu


menghiasi tudung Beauty© hitam Roslina di Johor Bharu


Ina tanya macamana jahit badan pepatung ni tapi tak nampak pun benang di balik tudung?

Jawapannya ~ susupkan molek² di dalam manik beras satu persatu :)


Crumble

Menyelitkan beberapa "BnTB's must have items", terhasillah "Crumble" versi BnTB ◕‿~


 
mutiara, kristal dan mata kucing ^^


labuci cincin yang banyak digunakan dalam rekaan BnTB
sebelum ini turut diselitkan

"GERAM"bLe melihat serakan aneka manik, labuci, kristal dan mutiara ♥‿♥

akhir sekali tak ketinggalan, satu lagi identiti BnTB ^_~

Selendang Biru Nadia©

Margarita©

Layah Hitam Mell©


Layah Krim Mell©

Jardin©

Jika ada yang setia mengikuti laman FP BnTB sejak lebih setahun yang lalu, mungkin pernah melihat "teaser" rekaan ini.

Telah sekian lama sempurna cuma tidak pernah dipaparkan lagi.

dedaunan dan bungaan kecil menghiasi "jardin" (taman)

"cloisonne bead" bermotif anggerik menjadi tarikan utama kuntuman bunga serupa
jemeki bersaiz paling comel disusun bertindih membentuk kelopak bunganya
sang rerama yang memang sinonim dengan BnTB terhasil daripada taburan manik rapat disulam seakan sedang menghidu wangi bunga ◕‿~

Wednesday, September 8, 2010

Salam Lebaran

Kepada semua kenalan, sahabat handai, rakan taulan, teman² sealiran, para pelanggan, penyokong dan pengunjung laman ini, andai ada salah yang tersurat dan tersirat, terucap dan terlakukan sejak dulu hingga kini, mohon dimaafkan.

Tiada manusia yang tak luput daripada salah, tiada yang sempurna kerana sesungguhnya kesempurnaan itu hanyalah milik Yang Maha Mencipta.

Raikanlah kemenangan, semoga lebaran lebih bermakna....


Fotografi : Artisme Republic | Solekan : Ian Sham
Persalinan : Beauty & the Beads