BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label patchwork. Show all posts
Showing posts with label patchwork. Show all posts

Monday, May 2, 2011

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Selendang Pertunangan Bib Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

Selendang syifon dwi tona dengan patchwork renda lebihan busana, diperindahkan dengan hiasan sang rerama sepertimana permintaan si empunya. Comel seperti tuan badan, sesuai peribadi sebagai pembantu penerbit rancangan kanak-kanak di saluran prima.



Manik labuci dan mutiara senada warna lembut melatari selendang yang disimbahi kemilau batu permata hot fix putih berselerakan atas kepala.


Moga ikatan pertunangan yang termeterai siang tadi bakal dinoktahkan dengan ijab kabul bila sampai masanya.

Tahniah buat Bib & sang jejaka...


Tuesday, March 15, 2011

Tudung Akad iLi

Melihat hasil kerjatangan yang digayakan oleh teman baiknya dulu bikin hati iLi jadi tak keruan. Justeru, tak berlengah lagi iLi mengatur tempahan. Tudung rona putih gading menjadi pilihan, bersulam manik labuci keemasan...


Alhamdulillah, tanggal 12 Mac yang lalu telahpun selamat diijabkabulkan.....

Sunday, December 12, 2010

Lilac Garden©

Sebaik melihat hasil kerjatangan yang dipersembahkan buat anak saudaranya, pantas beliau menghubungi saya, menyampaikan hajat untuk mendapatkan sentuhan pada busana dan layah pernikahannya. Namun pada saat akhir, saya dipertanggungjawabkan untuk fokus pada layah sahaja kerana si tukang jahit berjanji memanikkan sekali pakaiannya atas kelewatan beliau menyiapkan jahitannya.

Faham dengan gelora di hati Lily yang nyata tak berpuashati dengan hasil si tukang jahit, saya berjanji kepada diri sendiri untuk cuba menggembirakannya.

Impiannya untuk melihat kumpulan sang pepatung dan rerama yang merupakan "signature" BnTB™ diabadikan atas layah putih suci. Gabungan warna tema pula adalah daripada rumpun lilac, lavender & purple sempena tema majlisnya.



Kala bertukar tangan, terlihat senyum manis diwajah mulus Lily ~ tanda berpuas hati. Alhamdulillah, syukur kepadaNya. 

yang ini gambar koleksi peribadi Lily

ini pula koleksi gambar antara dekorasi bertema serupa di majlis persandingannya siang tadi. Manis kan?




Selamat Pengantin Baru ~ moga kekal hingga ke akhir masa...

Tuesday, December 7, 2010

Hijrah Sarah & Shafiqa

Tahniah kepada pasangan klien BnTB™ yang melangsungkan perkahwinan mereka sempena Ma'al Hijrah hari ini.

Pertama kali menerima tempahan untuk menatarias material kapas bersulam untuk persalinan perkahwinan.

Memenuhi permintaan si empunya supaya menyerlahkan bahagian bordir kedua belah tangan, kolar mandarin hingga ke hujung belahan busana. Tidak mahu sarat berhias, memadai dengan permainan warna perak dan hitam sepadan de
ngan sampin songket kepunyaan si teruna.

Alhamdulillah, Sarah gembira dengan hasi
l keseluruhan transformasi berukuran 120 inci panjangnya...


Selamat Pengantin Baru buat Sarah Fazalul & Faidzunnaim. Semoga penghijrahan ke "alam baru" ini diberkati Illahi, rukun damai dan sentiasa naim :)

Yang turut berhijrah ke alam rumahtangga hari ini, seorang lagi klien yang pernah mendapatkan sentuhan BnTB™ untuk kerudung pertunangan merah cilinya yang tetap diingati sampai kini.


Selamat Pengantin Baru
Nurshafiqa Mohamad Salim dan Alfazari Ghazali. Semoga wangi cinta kekal mengharum hingga ke syurgawi.

Monday, November 22, 2010

Layah Maureena©

Warna-warna lembut merah samar, biru laut, kuning malap dan perak menjadi syarat merias layah kuning susu ini.

Mungkin tampak ringkas, namun proses "patch-work" apatah lagi atas fabrik syifon sutera krep nan gemalai memerlukan konsentrasi dan sentuhan yang teliti. Hiasan kristal dan swarovski yang ditabur rawak menjadikan keseluruhan penampilan lebih eksklusif lagi.


Renyah menyulam renda terasa lega bila karya yang tak seberapa selamat diserahkan kepada sang Ratu Sehari.

Layari http://www.facebook.com/BeautyNtheBeads untuk lagi gambar terperinci :)

Thursday, September 23, 2010

Selendang Biru Nadia©

Monday, August 23, 2010

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Dolce© Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

Kalau abaya yang pertama dan kedua sarat (dan berat) dengan pelbagai bentuk, jenis dan warna permata serta manik jemekinya, helaian yang ketiga dirias cukup sederhana.

Agar himpunan bervariasi adanya, betah digaya di mana jua.

bunga organza dengan perincian labuci piring hitam dan labuci bunga kelabu gelap disulam bersilang


 susunan akrilik, kristal dan rhinestone senada warna menghiasi pinggang

 tak janggal dipakai malam dan siang...

Moga bingkisan yang tak sepertinya ini buat si empunya sejahtera dan tenang menunaikan ibadah di tanah suci sana dan selamat kembali beraya dengan semua yang tercinta...

 

Monday, August 9, 2010

Tudung Umi©

Akrilik hitam dan biru berbunga di dalam serta organza bersulam manik labuci menghiasi atas kepala


perincian serupa di bahagian depan tudung



bahagian belakang tudung juga bertatahkan arilik agar lebih cantik terletak kala dipakai

 

Monday, July 12, 2010

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Tudung Pertunangan Fida Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ


Tudung Beauty© bersulam ringkas seperti yang dipinta Nurul Fida Ismail untuk majlis pertunangannya hujung minggu lalu.


Moga hingga ke mahligai impian kasih dan cinta kekal bersatu.

Monday, June 28, 2010

Tudung Beauty© aDieLa


Friday, June 25, 2010

Farra Dolce

Alhamdulillah, saya telah selamat kembali.  Terima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan saya sepanjang pemergian.

Walaupun kesihatan agak tidak begitu baik, namun setelah beberapa hari, saya tak mampu membendung lagi kerinduan kepada laman yang telah dibiarkan sepi sejak dua minggu lalu.

Kembali menyemarakkan laman ini, ditampilkan hasil transformasi jubah perak polos berpotongan kontemporari ini yang datangnya daripada Farra yang telah mendapatkan sentuhan saya untuk majlis pertunangannya tahun lalu.


Sebaik menatap karya "Rosa Dolce" pantas Farra memberi isyarat mahukan rekaan serupa untuk busana pernikahannya.



sulaman labuci bunga membentuk pending di pinggang jubah, diperindahkan dengan kristal berinti bunga dan taburan rawak swarovski


Berkali-kali dipeluk dan dicium pipi saya meyirnakan kegembiraan yang tak terucap dengan kata-kata. Apa lagi yang mampu dilafazkan selain syukur kepada Yang Maha Esa.

๑۩๑ Selamat Pengantin Baru Farra & Aby ๑۩๑
04~06~10




Friday, May 28, 2010

Tudung Beauty© Pucci

Merealisasikan impian seorang penggemar rekaan Emilio Pucci untuk memiliki sehelai tudung Beauty© inspirasi daripada himpunan jenama antarabangsa itu.


Fabrik syifon bermotif retro pelbagai warna ala Pucci dengan perincian renda bersulam manik ringkas akhirnya membikin si dia tersenyum puas.....





Friday, March 12, 2010

Tudung Shaliz©

Sis Naza meminta saya buatkan tudung tiga segi dengan hiasan bersesuaian yang boleh digayakan begini

ataupun diikat ke tepi seperti sis Naza punya identiti. Tak salah juga menggayakan
pelbagai cara ikatan lain mengikut anda punya kreativiti.


Alhamdulillah sis Naza berpuashati!

Wednesday, January 9, 2008

Koleksi kerastangan dulu²