BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label Czech Pressed Beads. Show all posts
Showing posts with label Czech Pressed Beads. Show all posts

Tuesday, December 28, 2010

Crumble Filligree

Syifon multirona berpotongan kurung moden, tempahan ketiga daripada Eleen yang berhajatkan sentuhan Crumble.


Sedar akan si empunya yang sering "cair" dengan filligree, maka sengaja diselitkan penggunaan material itu dalam versi Crumble kali ini. Walau sendiri sangsi dengan gabungan filligree dengan motif dan warna sedia sarat pada baju, namun akhirnya saya sendiri bagai jatuh cinta dengan hasilnya... :)

Tentu tambah teruja bila si empunya sendiri suka apatah lagi setelah semalaman berjaga untuk menyempurnakannya...

(ye, Crumble semalaman ini bermula jam 9:30 malam dan siap pada 6:30 pagi keesokannya)









Monday, October 11, 2010

Rose Garden©

Merias busana hitam putih bukannya mudah. Tambah lagi jika yang sedia sarat bercorak. Andai silap percaturan, hasrat untuk menyerlahkannya bertukar menjadi suram, seri tenggelam.

Justeru saya memilih gabungan warna asas variasi batu permata dan cengkerang mutiara selain manik dan labuci seperti lazimnya.

Kuntuman mawar "Cabochon" putih susu dan mawar mungil hitam siapan tembikar polimer 3D menyerikan lagi keseluruhan perincian.


 

Rekaan paling digemari oleh empunya persalinan dan saya sendiri, tentunya kerana penampilan koleksi pelbagai material mewah lagi istimewa.