BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 21, 2009

Marhaban Ya Ramadhan

Duhai Illahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti, paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Illahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha, bersedia, meminta belas-NYA

andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
maafkan semua kesalahan yang telah dilakukan...

Monday, August 17, 2009

Ratu

Rupa-rupanya beliaulah yang telah mencadangkan saya kepada teman baiknya Hidayah untuk memperindahkan busana pertunangan Hidayah lebih dua bulan yang lalu. Kali ini beliau sendiri yang meminta saya memberikan sentuhan untuk hari besarnya.

Kurung moden daripada net putih dengan "puff" dari siku ke pangkal lengan bercekak menjadi pilihan Nadiatun untuk majlis pernikahannya yang telah berlangsung pada 27 Julai 2009.

Demi memelihara keaslian sulaman pada net, hanya perincian minimal disulamkan pada depan baju. Taburan manik emas metalik pada cekak lengan diserikan pula dengan kristal pada inti bunga,
menjadi daya penarik keseluruhan busana.

Selamat Pengantin Baru Nadiatun & Nizam. Moga kekal ke akhir hayat!

Untuk melihat gambar-gambar sekitar majlis pernikahan Nadiatun yang fotogenik ini, anda boleh klik di sini.

Dan untuk kesekian kalinya, saya dengan rendah dirinya ingin mengingatkan tentang perkara ini...

Saya mohon maaf andai ada yang kecewa. Sesungguhnya keputusan ini terpaksa kubuat dengan hati yang amat berat, tidak terniat namun bimbang tiada kudrat, kelak tak terbuat... Nanti rezeki dan hidup tak berkat...

*Untuk tempahan sulaman manik, tudung dan selendang Beauty
© selepas raya, bolehlah menghubungi saya di talian +60192321001 / e-mel : beautynthebeads@gmail.com /
FB : www.facebook.com/izansazlin.


Terima kasih.

Thursday, August 13, 2009

An Evening with the Beading Sifoo


Pada hari Ahad, 09.08.09 (cantik tarikh ni kan?), bertempat di

telah berlangsung satu majlis minum petang, sempena pra-pelancaran buku terbaru Rosita Jaafar (RJ) yang mengetengahkan himpunan hasil kerjatangan para peserta
dan tenaga kerja
Pertandingan Piala Sulaman Manik Kristal FTiMDC 2009 yang telah berlangsung pada bulan April lalu.

Sesungguhnya saya amat berbesar hati kerana hasil tangan yang saya lestarikan pada sepasang kurung Pahang berona merah samar

sebagai pertaruhan dalam pertandingan tersebut telah terpilih antara 10 rekaan yang menghiasi muka depan naskhah ini...

Semua para peserta telah dihadiahkan buku kompilasi dan sebuah bingkai gambar hasil rekaan masing-masing sebagai tanda penghargaan.

(Terima kasih RJ atas nukilan kata-kata azimatmu yang akan menjadi inspirasi untuk aku terus berkarya)

Antara yang hadir pada petang itu...

Berdiri dari kiri : fariha glamstarz, dzila dbeader, eja manik-manik, umi pepari d'sign, ayu debeads, lilymanik, noramanik, zaimanik, nidabeads, rafidah fiddcrafts

Duduk dari kiri : zai Butterflybeads & me :)


For more piccas, click here.



Sampai jumpa lagi!
Daaa...


Friday, August 7, 2009

Thank You!

Alhamdulillah, belum pun cukup sebulan usia blog ini namun sambutan yang diterima begitu menggalakkan.

Terima kasih kepada anda semua yang telah menjadi sebahagian daripada lebih 1,ooo pengunjung-pengunjung yang datang dari segenap pelusuk negara dan seberang lautan, terutamanya sekali kepada 29 pengikut yang sudi mendaftar.


Tanpa anda semua siapalah BnTB!

Thursday, August 6, 2009

Happy Birthday my dear!

Buat seseorang yang setia bersama BnTB, daripada mula tudung Beauty diperkenalkan hinggalah kini...

Hanya sempat mengirimkan SMS pada hari kelahirannya 26hb Julai lalu, diikuti dengan makan tengahari bersama semalam...


ian, terima kasih untuk segala-galanya. Semoga murah rezeki dan sukses dalam bidang yang diceburi. Insya-Allah.

Puteri©

Masih ingat dengan tudung SF Erwin? Rupa²nya hasil tangan saya yang tak seberapa itu telah menambat hati jiran Erwin. Tak lama setelah usai majlis pertunangan Erwin, saya menerima SMS daripada Eira Farra. Beliau berhajat untuk menempah sehelai tudung Beauty dan juga sulaman manik pada busana pertunangannya.

Kurung coklat bersulam ini Eira Farra beli dari sebuah pusat beli-belah di Shah Alam. Sulaman manik yang sedia ada tidak menepati citarasa Eira Farra lalu beliau serahkan kepada saya untuk diberi sentuhan baru.

Maka inilah yang mampu saya lakukan, seadanya...



Tudung Beauty dengan sulaman ringkas sepertimana yang dipinta...


Eira Farra di hari pertunangannya tanggal 5 Julai yang lalu....