BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, June 26, 2009

Tudung untuk Aida©

Sedar tak sedar, sudah ada beberapa orang jurusolek yang melanggani tudung Beauty. Seorang lagi Aida, yang jatuh cinta dengan tudung hasil tangan saya selepas melihat ian sham menggayakannya (terima kasih ian!)

Terus menempah sampai lima helai meskipun baru kali pertama.

Ada pelbagai tempahan Aida dan ada antaranya akan saya kongsikan kemudian termasuk permintaannya yang agak luar biasa.

Sementara itu, jom cuci mata!


Tudung ala ian sham yang tetap menjadi pujaan ramai


satu lagi dalam versi krim


tudung hitam berenda perak bersulam manik hitam


tudung coklat cair dengan oktan berbiku perak


dan satu lagi rekaan baru untuk Aida bernama "Matahari"


Sampai jumpa lagi!

Wednesday, June 24, 2009

Tempahan daripada Gee©

Masih dengan tempahan sempena musim perkahwinan yang lalu, datangnya daripada teman sepejabat. Gee menempah tiga helai tudung Beauty istimewa untuk majlis persandingan adindanya dengan warna tema merah samar. Jom cuci mata dengan hasilnya.

Untuk Bondanya, Gee memilih corak ini yang pernah saya sulamkan pada sehelai tudung hitam (sekarang telah dibeli orang)

manakala untuk adindanya yang seorang lagi, Gee sarankan hiasan begini

dan untuk dirinya sendiri, Gee gemarkan hiasan kristal


dipadankan pula dengan perincian pada kurung modennya.....


Selepas Subuh, ketika sedang memandu pulang ke kampung halaman, saya terima SMS ini:

Quote:
Sat, 30 May 2009; 6:32:41 am
013367XXXX

Izan, terima kasih. Kita suka sgt. Sgt cantik. Hubby pun suka sgt. Terima kasih bebanyak. Get well soon. Take care and happy holiday!

Setelah hampir dua minggu tak bertemu, Gee beritahu kepada saya semalam, ibu saudaranya pula mahu menempah sehelai kerana hatinya tak tahan melihatkan pesona koleksi merah jambu waktu kenduri itu.....

Monday, June 22, 2009

Buat Abah

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Bapa" kepada Ayahanda Zainal Abidin Mahadi.

yang tiada dalam ini gambar tapi tetap sayang Abah juga : akAk, yoSe & some cucu~s.

Ucapan Selamat Hari Bapa juga buat PaPa MishaNaDim, aYaH HaZiq RizQi, BaBah HaQQs & DaddY AmaNda serta semua kaum bapa di luar sana.

Monday, June 15, 2009

Tudung Akad Anis©

Musim cuti sekolah memang meriah dengan majlis kenduri-kendara terutamanya perkahwinan. Selain Wanie, saya juga menerima tempahan tudung akad daripada Anis.

Meski pernikahannya berlangsung bulan enam, namun Anis telah menghubungi saya tiga bulan lebih awal demi memastikan tudung idaman menjadi miliknya.

Nah, inilah tudung syifon sutera krep putih bersih dengan renda berperincian ringkas sepertimana permintaan Sang Ratu Sehari.


Quote:
Mon 15-Jun-2009 08:56
Posted by:anis (khanishsaian@yahoo.com.my)
IP : 115.133.214.126

hasil tgn kak izan memang cun, sori kak izan anis tak de gambar close up masa pakai tudung beauty masa majlis anis hari tu, sume gambar jauh2, masa anis g cherating hmoon (ehehhe) pakai tudung beauty sume org pandang2 jeling2, heheheh hubby plak macam mawi (jgn jeles) hehe...

nanti berkesempatan nak melaram pakai bj mengantin kiter tu anis amik close up ye... aper pun superb la kak, 4 thumbs up utk akak!

Semoga mahligai yang dibina kekal hingga akhir nanti.

Friday, June 12, 2009

Tudung Akad Tinie & Adik©

Tempahan daripada pasangan adik-beradik dari utara tanahair untuk majlis pernikahan mereka yang turut berlangsung pada musim cuti sekolah baru² ini.

Tini memilih tudung Beauty dengan hiasan bunga oktan berona keemasan untuk dirinya


sementara tudung putih berbunga oktan hitam untuk adindanya.


Selamat Pengantin Baru buat mereka.

Tudung Akad Wanie©

Tudung Beauty nampaknya terus mendapat tempat di hati kaum Hawa di luar sana.

Wanie mengidamkan corak sulaman yang sama dengan busana pernikahannya diabadikan pada tudung akad yang ditempah. Pantas saya meminta Wanie untuk mengirimkan cebisan fabrik busana tersebut untuk dijadikan panduan. Wanie yang teruja tidak menunggu lama untuk memastikan ia sampai ke tangan saya dengan segera.

Sulaman bunga keemasan pada net lembut saya potong satu persatu dengan teliti. Kuntuman bunga disusun atas syifon sutera krep dan diperindahkan lagi dengan manik jemeki rona keemasan sesuai tema majlis pernikahan.

Dan inilah hasilnya... Terima kasih ye Wanie atas kiriman gambar ini...



Sunday, June 7, 2009

Tudung Annural Balkis©

Entri ini agak terlewat. Saya bercuti seminggu di kampung halaman. Komputer riba pula tertinggal waktu kelam-kabut memunggah barang ke dalam perut kereta. Nak buat entri dengan Blackberry bukan tak boleh, cuma kena sabar lebih menekan papan kekunci yang saiznya jauh lebih kecil daripada kuku sendiri.

Berbalik kepada kisah tudung ini, saya memang kecut perut waktu diamanahkan oleh tuan yang empunya. Bukan setakat risau tak memenuhi kehendaknya tapi untuk memastikan hasil tangan saya nanti boleh "berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah" dengan sentuhan sparing partner yang seorang lagi.

Cabaran tugasan yang satu ini bermula dengan episod mencari materialnya. Rona batik sutera yang sungguh klasik menyebabkan saya berulang sebanyak tiga hari dari satu kedai ke satu kedai mencari warna yang paling sesuai. Awalnya sekadar berpandukan kiriman MMS namun hati cuak bimbang tak sepadan. Lantas saya meminta pepari pinjamkan dulu baju si dia untuk saya bawa bersama. Berulang-alik sepanjang Jalan TAR sambil berbalas SMS dan MMS dengan tuan badan, akhirnya saya memilih sutera syifon tiga warna yang masih panas dalam gulungan kayu.

Pemilihan warna dan corak sulaman manik saya serahkan kepada si pakar manik tabur. Walaupun agak terbatas komunikasi antara kami dek kesibukan pepari, saya teruskan langkah. Hampir mengalah dengan liuk lentuk syifon yang membuatkan bunga peony nampak tak terletak cantik. Taburan maniknya pula, jangan cakaplah... Memang tak terlawan sulaman berseni penuh magis si pepari.

Apapun saya bersyukur kerana kolaborasi ini sempurna jua dan kita tunggu saja komen si tuan punya yang menyarungkan tudung sedondon kurung batik Terengganu istimewa untuk majlis khatam al-Quran sempena perkahwinannya hujung minggu lalu.


Selamat Pengantin Baru Balkis!