Masih dengan tempahan sempena musim perkahwinan yang lalu, datangnya daripada teman sepejabat. Gee menempah tiga helai tudung Beauty istimewa untuk majlis persandingan adindanya dengan warna tema merah samar. Jom cuci mata dengan hasilnya.
Untuk Bondanya, Gee memilih corak ini yang pernah saya sulamkan pada sehelai tudung hitam (sekarang telah dibeli orang)
manakala untuk adindanya yang seorang lagi, Gee sarankan hiasan begini
dan untuk dirinya sendiri, Gee gemarkan hiasan kristal
dipadankan pula dengan perincian pada kurung modennya.....
Selepas Subuh, ketika sedang memandu pulang ke kampung halaman, saya terima SMS ini:
Quote: |
Sat, 30 May 2009; 6:32:41 am 013367XXXX Izan, terima kasih. Kita suka sgt. Sgt cantik. Hubby pun suka sgt. Terima kasih bebanyak. Get well soon. Take care and happy holiday! |
Setelah hampir dua minggu tak bertemu, Gee beritahu kepada saya semalam, ibu saudaranya pula mahu menempah sehelai kerana hatinya tak tahan melihatkan pesona koleksi merah jambu waktu kenduri itu.....
0 ulasan:
Post a Comment