Sunday, May 8, 2011
Make your mother happy every day, not only on Mothers' Day
Friday, April 29, 2011
Thursday, March 17, 2011
Featured Beader of the Month
hati terpanggil untuk menjengah ke belog sendiri.
Membaca tiap baris ayat yang ditinggalkan di "shout box", catatan yang satu ini menyentuh sanubari:

dup
Entri pertama, seperti biasa tentang kelas sulaman manik yang beliau anjurkan. Dan entri seterusnya barulah relevan dengan catatan yang beliau tinggalkan...
Alangkah terkejutnya saya!
Dalam diam Cik Puan seorang ini tampil dengan idea ala-ala MTV Featured Artist of the Month gitu....
Dan yang lebih mengejutkan, daripada ratusan beaders yang bak cendawan tumbuh selepas hujan melanda di luar sana, orang tu terpilih sebagai beader pertama being featured in her blog. Wowweee!
xoxo
Lepas siap menyulam manik, mengomellah si Beauty n The Beads jam 15:17 2 ulasan
Label: BnTB Fan Club, macam2, Testimonial
Wednesday, March 16, 2011
Sketsa Wanita Hari Ini
bersama ini juga
Really appreciate it!
Terima kasih kepada yang mendoakan, menyokong, mengkritik, SMS, call, email, PM, add fren etc.
Mohon maaf atas segala kekurangan, kesilapan dan kecacatan sepanjang bersiaran langsung. Itu yg termampu untuk kali ini dan sesungguhnya setiap kekhilafan itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri.
Semoga episod ini akan mengorak langkah lebih gemilang buat BnTB™.
InsyaAllah...
*Gambar lain termasuk kenangan bersama Heliza AF (panel segmen lain dalam siaran yang sama) ada dalam album ini sementara bagi yang terlepas untuk menyaksikan siaran langsung tempohari, boleh layari portal TV3 ~ www.tonton.com.my (segmen BnTB™ pada minit ke 33)
Lepas siap menyulam manik, mengomellah si Beauty n The Beads jam 22:38 3 ulasan
Label: Beaded Lace, Beadwork, BnTB's Collections, BnTB™'s closet, Event, Layah Beauty©, macam2, Media Coverage, Selendang Beauty©, Testimonial, Tudung Beauty©, Wanita Hari Ini, Xtra Ordinary
Wednesday, March 9, 2011
Bila Umi Masuk TV
Comel je dengar cerita adik saya.
Masa nonton WHI hari tu, anaknya Haziq (6 tahun) duk tanya "Mana tahi lalat Umi? Nak tengok Umi betul², bukan macami ni tak dapat salam Umi"....
Alahai Haziq.... Nasib baik Haziq tak cakap dengan mama dia nak masuk TV sebab nak jumpa Umi. LOL
Umi rindulah dengan Haziq, Amanda, Misha, Nadim, Aaron & Awish... ♥♥
Sunday, March 6, 2011
Suratan atau Kebetulan.....
Tok Yam merupakan antara orang pertama yang memiliki edisi awal tudung Beauty hasil tanganku.
Siapa sangka ye Tok... Rupanya tudung hitam tak seberapa itulah yg telah mengorak langkah cucumu "sejauh" ini. Tentu Tok tersenyum lebar andai dapat menyaksikan cucunya di kaca TV esok bercerita tentang tudung dan manik. Namun DIA lebih menyayanginya. Semoga rohmu tenang di sana.
Salam rindu yang tak pernah padam walau jasad kita terpisah sejak 2005.
Alfatihah :'(
arghhhhh sesungguhnya sedang stress tahap tinggi. dah seminggu badan tak berapa sihat dan sampai waktu ni tak mampu nak bersiap untuk esok. moga dipermudahkan segala urusanku selepas ini... Ameen
Saturday, March 5, 2011
Lepas siap menyulam manik, mengomellah si Beauty n The Beads jam 11:29 0 ulasan
Label: Event, macam2, Media Coverage
Tuesday, February 15, 2011
Bersawang...
Lama benar laman ini bersawang. Terpinggir dek tuntutan kerja di pejabat. Ditambah pula dengan kesihatan diri yang tak begitu baik. Berjangkit pula virusnya kepada buku jaring dan modem. Terus tergendala segala urusan elektronik hingga kadang diri terasa panik.
Memang banyak hutang yang belum saya lunaskan. e-mel, PM, SMS yang menanti dibalas usah cakaplah. Hanya maaf yang mampu dipohonkan. Meski menggunakan telefon pintar, sering jemari tak terkejar. Kerja memanik juga agak perlahan sejak lembaran tahun baru diselak. Dan bila umur menginjak ke akhir 3-series, kuasa pacuan kudrat memang terasa agak berat. Ada kalanya seakan tak mampu bergerak ligat.
Itulah roda kehidupan. Sedang tayar kereta pun pancit, inikan pula perjalanan hidup yang bukan sedikit. Apapun, terima kasih kepada semua yang sudi singgah ke laman yang tak sepertinya ini. Kepada pengikut setia baru dan lama, sesungguhnya sokongan kalian sungguh tak ternilaikan. Buat yang singgah mencuci mata, moga ada sesuatu yang bisa membuat persinggahan kamu bukan sementara. Dan kepada yang sudi meninggalkan jejak di kotak jeritan, ketahuilah bahawa saya membaca setiap satunya meski sering tak terbalaskan.
Sampai nanti, doakan agar laman ini tak sepi lagi...
Lepas siap menyulam manik, mengomellah si Beauty n The Beads jam 05:00 0 ulasan
Label: International Label, macam2
Thursday, November 25, 2010
Monday, September 27, 2010
Majlis Aidilfitri FTiMDC 2010
![]() |
| orang kuat a.k.a orang penting di sebalik majlis |
![]() | ||||
| antara teman-teman seperjuangan yang hadir : Fariha, Datin Simah, Mas & Liza |
![]() |
| kenangan bersama |
![]() |
| Fid, Fariha & Me |

| ahli silat cekak takde tali pinggang kan Mas? :-) |
| Drama Queens ^^ |
Lepas siap menyulam manik, mengomellah si Beauty n The Beads jam 09:29 0 ulasan
Label: Beadwork, BnTB Fan Club, BnTB's Collections, Event, macam2
Thursday, September 23, 2010
Tudung Pepatung Roslina©
![]() |
| Terus menjadi pilihan, rekaan pepatung yang dipelopori oleh BnTB tahun lalu |
Jawapannya ~ susupkan molek² di dalam manik beras satu persatu :)
Lepas siap menyulam manik, mengomellah si Beauty n The Beads jam 17:16 0 ulasan
Label: Beadwork, Crumble, Dragonfly, Floral, Gemstone, macam2, Manik Tabur ++, Organza Flower, Pearl, Sequin, Sequin Flower, Signature Design©, Stones - Crystals/Acrylics, Tudung Beauty©
Tuesday, May 18, 2010
Using images - WHAT YOU NEED TO KNOW
personality & self-image
that you need to know how
to take good care of.
Here's what
you need to know
in handling "other" images
*wink*
Take care!
Wednesday, April 28, 2010
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ inspirasa - beaded batik jawa Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ
Lepas siap menyulam manik, mengomellah si Beauty n The Beads jam 17:42 0 ulasan
Label: Beadwork, BnTB's Collections, macam2, Simple Design
Monday, March 29, 2010
PENGUMUMAN PENTING
Beauty & The Beads ingin memaklumkan bahawa B&TB TIDAK bertanggungjawab sekiranya ada yang terjebak dengan penyamaran atau penipuan pihak yang mengaku sebagai rakan kongsi/pekerja/agen B&TB.
Pengasas, penyulam, pemotret & penyunting gambar (kecuali yang dinotakakikan dengan jurugambar pro @ ihsan pemilik), pengemaskini FP, blog & FB, "despatch", "delivery boy" dsb semuanya dilakukan oleh B&TB sendiri tanpa melalui orang tengah. Sehingga ke waktu ini B&TB TIDAK pernah melantik sebarang rakan kongsi, agen atau mana² pihak ketiga untuk urusan tempahan dan urusan² lain yang berkaitan.
Nombor untuk dihubungi juga adalah hanya satu talian seperti yang tertera di profail & banner rasmi B&TB dan TIDAK ada nombor lain.
Semoga pihak yang berkenaan segera menghentikan perbuatan anda yang sangat tidak beretika itu demi kebaikan bersama.
Harap maklum.
Lepas siap menyulam manik, mengomellah si Beauty n The Beads jam 12:25 0 ulasan
Label: BnTB Fan Club, macam2
Sunday, February 21, 2010
50 BLOG TERBAIK MALAYSIA?
Sedang leka memilih gambar untuk dijadikan teaser dalam laman penggemar BnTB di facebook, alunan "Cintaku Tertinggal di Malaysia" tiba-tiba kedengaran. Bukan sang Dewa yang bernyanyi untuk saya tapi itu nada dering dari si Blackberry tanda ada pesanan ringkas a.k.a SMS masuk.
Gerangan siapakah yang menghantar SMS di tengah-tengah malam begini? Nak tempah tudung? Selendang? Layah? Topeng atau sulaman manik? Kalau dulu ramai yang segan silu nak menelefon hatta menghantar SMS selepas jam 10 malam tapi kini tidak lagi. Almaklum, sekarang bukan saja kedai 7E yang beroperasi 24 jam sehari tapi usahawan e-dagang juga kian rancak berurusniaga lewat malam hingga ke dinihari. Apatah lagi dengan membiaknya komuniti "burung hantu" sejak beberapa purnama yang lalu. ;-)
Jemari yang lenguh menolak tetikus segera mencapai Blackberry sebelum Dewa menyanyi sampai ke penghujung lagu. Mata pun membaca SMS ini:
Feb 21, 2010-12:03:13AM, +60193936XYZ
"Amboi kak. x sangka blog akk msk intrend antr 50 blog tbaik undr usahawan muda"
Huh? Saya menggosok-gosok mata yang sembab sejak semalam akibat sakit kepala sambil tangan sebelah menaip SMS menanya "Siyes?". "Yup, frnt cover muka zizie. Esk lh tgk" balasnya.
Hmmm, patutlah siang tadi mata tertumpu kepada majalah ini waktu singgah di kedai membeli akhbar harian. Niat di hati nak membelek, tapi terpandang muka ane sedang memerhati langsung tak jadi.
Terus seram sejuk rasa badan tapi tetap nekad nak keluar juga mencari majalah tu. Tak sanggup nak tunggu hingga terbitnya mentari pagi. Aje kerja gila, walau kunci kereta telah dicapai, saya tak sedar TERjalan kaki sampai ke 7E berdekatan rumah. Mujur pelanggan warung di penghujung jalan tak bertempiaran lari bila tengok perempuan berjubah hitam berjalan laju tengah malam begini :P
Sampai depan pintu 7E mata meliar ke rak majalah namun tak nampak wajah yang dicari. Lekas-lekas ke kedai mamak sebelah yang entah mimpi apa masih buka waktu begini. Pun hampa. Melangkah ke kedai sebelah lagi yang masih buka dan tadaaaa! Saya nampak Zizie Ezette sedang merenung tepat ke arah saya.
Menggeletar tangan menyelak lembaran demi lembaran hingga terhenti kala mengecam gambar sang Dragonfly.
Ya Allah! Macam tak percaya... Tapi realitinya sudah di depan mata dan sedang dipasarkan ke seluruh negara malah menembusi kota Singa.Terbaik? BUKAN. Tapi terpilih antara yang terbaik atau mungkinkah hanya sebab bernasib baik? Gila kentang dapat tersenarai antara.....


sebaris dengan pereka tersohor Rizalman Ibrahim, Hatta Dolmat, Syaiful Bahrim (sekadar menyebut beberapa nama), Saiful Nang dan ramai lagi. Baru bulan lepas hati merasa iri membaca liputan tentang gadis muda cantik lagi bijaksana bernama Hanis Zalikha yang blognya tercalon antara blog selebriti paling popular di Asia, satu pengiktirafan oleh nuffnang. Sudah mendapat tempat sampai ke Asia, sudah tentu blog Hanis turut terpilih oleh InTrend. Wah wah BnTB dapat "duduk" (berdiri sahih tak sama tinggi) sebelah Hanis dalam InTrend tau. Feeling sekejap... Ehem

Dan sekarang saya mampu tersenyum walau tak semanis senyuman Hanis. Alhamdulillah. Biar banyak lagi yang perlu dilakukan untuk menjadi sehebat blog Hanis atau nama-nama besar yang lain tapi sekurang-kurangnya saya berbangga kerana blog yang saya bangunkan baru beberapa bulan (dulu saya fokus dengan fotopages) telah mula mencuri perhatian.
Tinggi "penghargaan" yang InTrend berikan. Menjadi 10 blog terbaik bagi kategori usahawan muda sesungguhnya sesuatu yang tak tercapai dek akal waras saya sejak sekian lama. Saya bukanlah usahawan sepenuh masa. Belum layak pun bergelar usahawan. Dan tak muda lagi pulak tu... Tapi saya memang berusaha keras untuk menjadi siapa saya hari ini. Usaha yang bukan hanya wan (one) time.
Daripada budak perempuan yang tiap petang mengayuh BMX keliling kampung (punya legam kulit tak usah cakap) dan kemudiannya sepanjang Ramadhan, seperti Dato' Siti Nurhaliza, saya juga pernah menjaja kuih air tangan emak dari rumah ke rumah, menjual ais krim Malaysia dan candy kelapa di sekolah agama sementelah rumah saya antara yang pertama membeli peti ais (lepas tu ustazah tak benarkan berjualan lagi. Rupa-rupanya sebab ustazah dah beli peti ais juga dan berniaga ais krim senyap-senyap). Tiap petang lepas siapkan apa yang patut di warung Sri Tanjung, saya ikut pasukan pelapis bola sepak lelaki Jalan Tanjung atau setidak-tidaknya main "baling selipar". Tukang urut (kini aruah) di kampung dah jadi seperti ibu angkat saya kerana kerapnya datang mengurut kaki yang terseliuh akibat terjatuh pokok mahupun bermain "lompat getah". Di bangku sekolah menengah, saya ambil upah menggosok baju tauke restoran dan tolong abang Malek di gerai burger. Hidup saya sekeluarga bukanlah sesusah mana. Cukup sederhana tapi saya lakukan semua itu kerana saya memang jenis yang tak reti duduk diam. Sementara menunggu keputusan SPM, saya jadi gadis kilang macam Ziana Zain ~ dari kilang buat tilam bantal, tin hinggalah elektronik. Sebab itulah tangan saya kasar dek pelbagai aktiviti lasak (bukan sebab rajin memasak), pegang jarum jauh sekali... errr cukuplah terbocor rahsia diri di
sebalik nama BnTB... ^_^
*mesti ada yang cakap apa motif nak samakan hikayat diri kerdil ini dgn nama selebriti tersohor kan? :p
XOXO
Lepas siap menyulam manik, mengomellah si Beauty n The Beads jam 22:12 14 ulasan
Label: Beadwork, BnTB Fan Club, Butterfly, Dragonfly, Highlight, macam2, Media Coverage, misc, Signature Design©, Testimonial, Xtra Ordinary
Thursday, December 17, 2009
Salam Ma'al Hijrah
Terima kasih.
Wednesday, November 25, 2009
Sorry
BnTB is overwhelmed with the response, request, feedback, comments, enquiries & interest in BnTB's beadwork and such. However....
To all on the waiting list, thank you for your patience. Insya-Allah, your orders shall be delivered as committed (unless informed otherwise). Thank you for your continuous support, concern, do'a and everything. Those mean so much and shall be treasured forever.
From the bottom of my heart ~THANK YOU~
Lepas siap menyulam manik, mengomellah si Beauty n The Beads jam 23:26 2 ulasan
Label: Beadwork, macam2, Selendang Beauty©, Tudung Beauty©
Monday, August 17, 2009
Ratu
Rupa-rupanya beliaulah yang telah mencadangkan saya kepada teman baiknya Hidayah untuk memperindahkan busana pertunangan Hidayah lebih dua bulan yang lalu. Kali ini beliau sendiri yang meminta saya memberikan sentuhan untuk hari besarnya.
Kurung moden daripada net putih dengan "puff" dari siku ke pangkal lengan bercekak menjadi pilihan Nadiatun untuk majlis pernikahannya yang telah berlangsung pada 27 Julai 2009.
Demi memelihara keaslian sulaman pada net, hanya perincian minimal disulamkan pada depan baju. Taburan manik emas metalik pada cekak lengan diserikan pula dengan kristal pada inti bunga, menjadi daya penarik keseluruhan busana.
Selamat Pengantin Baru Nadiatun & Nizam. Moga kekal ke akhir hayat!
Untuk melihat gambar-gambar sekitar majlis pernikahan Nadiatun yang fotogenik ini, anda boleh klik di sini.
Dan untuk kesekian kalinya, saya dengan rendah dirinya ingin mengingatkan tentang perkara ini...
Saya mohon maaf andai ada yang kecewa. Sesungguhnya keputusan ini terpaksa kubuat dengan hati yang amat berat, tidak terniat namun bimbang tiada kudrat, kelak tak terbuat... Nanti rezeki dan hidup tak berkat...
*Untuk tempahan sulaman manik, tudung dan selendang Beauty© selepas raya, bolehlah menghubungi saya di talian +60192321001 / e-mel : beautynthebeads@gmail.com /
FB : www.facebook.com/izansazlin.
Terima kasih.
Lepas siap menyulam manik, mengomellah si Beauty n The Beads jam 17:35 8 ulasan
Label: Beaded Lace, Engagement/Wedding, macam2, Manik Tabur ++, Ratu, Stones - Crystals/Acrylics
Friday, August 7, 2009
Thank You!
Alhamdulillah, belum pun cukup sebulan usia blog ini namun sambutan yang diterima begitu menggalakkan.
Terima kasih kepada anda semua yang telah menjadi sebahagian daripada lebih 1,ooo pengunjung-pengunjung yang datang dari segenap pelusuk negara dan seberang lautan, terutamanya sekali kepada 29 pengikut yang sudi mendaftar.
Tanpa anda semua siapalah BnTB!
Tuesday, July 21, 2009
Tudung Pertunangan Syarela©
Alhamdulillah, sempurnalah sudah majlis pertunangan Syarela dan pasangannya pada hujung minggu lalu.
Sya menempah sehelai tudung Beauty bernuansa kuning keemasan istimewa untuk detik bersejarah itu.
"Salam Kak Izan. Sorry ye dah tengah malam baru bagi feedback. Alhamdulillah cantek sangat2, adik sume pun very impressed dengan tudung ni. Tks ye kak. Wait for next order!" demikian bunyi SMS daripada Sya lewat malam Sabtu lalu.
Di kesempatan ini juga saya ingin mendedikasikan ucapan
yang berada jauh di bumi Uncle Sam.
Lepas siap menyulam manik, mengomellah si Beauty n The Beads jam 17:39 3 ulasan
Label: Beaded Lace, macam2, Sequin Flower, Tudung Beauty©





























