BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, March 6, 2011

Suratan atau Kebetulan.....

Beberapa jam lagi akan bersiaran dalam Wanita Hari Ini, tiba² hati terkenang kepada Allahyarham Nenda Mariam Hj Hashim.

Tok Yam merupakan antara orang pertama yang memiliki edisi awal tudung Beauty hasil tanganku.

Siapa sangka ye Tok... Rupanya tudung hitam tak seberapa itulah yg telah mengorak langkah cucumu "sejauh"
ini. Tentu Tok tersenyum lebar andai dapat menyaksikan cucunya di kaca TV esok bercerita tentang tudung dan manik. Namun DIA lebih menyayanginya. Semoga rohmu tenang di sana.

Salam rindu yang tak pernah padam walau jasad kita terpisah sejak 2005.
Alfatihah :'(


arghhhhh sesungguhnya sedang stress tahap tinggi. dah seminggu badan tak berapa sihat dan sampai waktu ni tak mampu nak bersiap untuk esok. moga dipermudahkan segala urusanku selepas ini... Ameen



2 ulasan:

EmbunRosaliza said...

Alfatiha buat tok..moga rohnya dicucuri rahmat..akk tgk tudung n cantik2

! Diari-Selebriti-Mama ! said...

wahh..tahniah kak izann..baru tengok WHI.kak izan nampak cantik!
kalau arwah masih ade pasti dia bangga