Rupa-rupanya beliaulah yang telah mencadangkan saya kepada teman baiknya Hidayah untuk memperindahkan busana pertunangan Hidayah lebih dua bulan yang lalu. Kali ini beliau sendiri yang meminta saya memberikan sentuhan untuk hari besarnya.
Kurung moden daripada net putih dengan "puff" dari siku ke pangkal lengan bercekak menjadi pilihan Nadiatun untuk majlis pernikahannya yang telah berlangsung pada 27 Julai 2009.
Demi memelihara keaslian sulaman pada net, hanya perincian minimal disulamkan pada depan baju. Taburan manik emas metalik pada cekak lengan diserikan pula dengan kristal pada inti bunga, menjadi daya penarik keseluruhan busana.
Selamat Pengantin Baru Nadiatun & Nizam. Moga kekal ke akhir hayat!
Untuk melihat gambar-gambar sekitar majlis pernikahan Nadiatun yang fotogenik ini, anda boleh klik di sini.
Dan untuk kesekian kalinya, saya dengan rendah dirinya ingin mengingatkan tentang perkara ini...
Saya mohon maaf andai ada yang kecewa. Sesungguhnya keputusan ini terpaksa kubuat dengan hati yang amat berat, tidak terniat namun bimbang tiada kudrat, kelak tak terbuat... Nanti rezeki dan hidup tak berkat...
*Untuk tempahan sulaman manik, tudung dan selendang Beauty© selepas raya, bolehlah menghubungi saya di talian +60192321001 / e-mel : beautynthebeads@gmail.com /
FB : www.facebook.com/izansazlin.
Terima kasih.
Monday, August 17, 2009
Ratu
Lepas siap menyulam manik, mengomellah si Beauty n The Beads jam 17:35
Label: Beaded Lace, Engagement/Wedding, macam2, Manik Tabur ++, Ratu, Stones - Crystals/Acrylics
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 ulasan:
kak izan, lepas raye leh tempah kan? sy nak selendang utk hadiah hantaran.bape ek charge?
wah.. cantik nya rumah baru.. ala ala macam di alam fantasi.. teringat pulak kat video clip siti nurhaliza tu hehehe.. nice kak.. sampai 2 dah ni dia create.. rajin betul... share with us!!!! keep it up
hi sis! beautiful blog! keep up your good work!! i'm loving it! muahhhh!~d
Nurul : wl email u d details k.
umi : tks sis. akak yg goblog ni saje nk try test go-blogging... hehe
anonymous : TQ. luv u 2. :)
hye sis
thx singgah my blog, hari tu saya jumpa ian sham masa job, founder tudung beauty
:)
"ulu tiram" caught my eyes n dats y i drop by...
yes, i owe ian sham a lot! she's d living proof of Tudung Beauty :)
meriahnya rumah ...rasa tak nak balik..pasti bz lepas ni layan tamu kan?
Gold & white...nampak luxury..i like.. :)
Post a Comment