BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, March 29, 2010

PENGUMUMAN PENTING

Beauty & The Beads ingin memaklumkan bahawa B&TB TIDAK bertanggungjawab sekiranya ada yang terjebak dengan penyamaran atau penipuan pihak yang mengaku sebagai rakan kongsi/pekerja/agen B&TB.

Pengasas, penyulam, pemotret & penyunting gambar (kecuali yang dinotakakikan dengan jurugambar pro @ ihsan pemilik), pengemaskini FP, blog & FB, "despatch", "delivery boy" dsb semuanya dilakukan oleh B&TB sendiri tanpa melalui orang tengah. Sehingga ke waktu ini B&TB TIDAK pernah melantik sebarang rakan kongsi, agen atau mana² pihak ketiga untuk urusan tempahan dan urusan² lain yang berkaitan.

Nombor untuk dihubungi juga adalah hanya satu talian seperti yang tertera di profail & banner rasmi B&TB dan TIDAK ada nombor lain.

Semoga pihak yang berkenaan segera menghentikan perbuatan anda yang sangat tidak beretika itu demi kebaikan bersama.

Harap maklum.

Thursday, March 25, 2010

Tudung Beauty© ke Australia

Alhamdulillah... Tudung Beauty© terbang lagi... Kali ini merentasi benua tempat bermain sang kangaroo dan beruang koala nan comel...

NHM inginkan tudung hitam dengan sulaman manik ala Annural Balkis atau Dragonfly.

Seleksi warna manik labucinya NHM serahkan kepada saya asalkan cantik dipandang mata katanya.


nah, inilah hasil akhirnya....


Paparan gambar yang sehelai lagi akan menyusul selepas ini.

Ungu Dahlia

Kurung batik sutera krep putih susu ini klasik dengan corak bebunga kecil berona biru dan ungu.

Untuk menaikseri, penggunaan labuci warna senada disulamkan membentuk bebungaan pada badan baju.



Corak bunga labuci turut disulamkan sepanjang leher dan hujung tangan, dengan ranting daripada manik kelabu.



Manik kelabu dijelujur menaik mengikut cantingan garisan batik kelabu pada depan baju, tampak meriah dengan bunga labuci biru dan ungu.



Ini bukanlah kali pertama beliau mencuba air tangan saya. Jika anda mahu melihat hasil sentuhan yang lalu, sudi²kanlah klik di sini.

Friday, March 12, 2010

Tudung Shaliz©

Sis Naza meminta saya buatkan tudung tiga segi dengan hiasan bersesuaian yang boleh digayakan begini

ataupun diikat ke tepi seperti sis Naza punya identiti. Tak salah juga menggayakan
pelbagai cara ikatan lain mengikut anda punya kreativiti.


Alhamdulillah sis Naza berpuashati!