BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, May 28, 2010

Tudung Beauty© Pucci

Merealisasikan impian seorang penggemar rekaan Emilio Pucci untuk memiliki sehelai tudung Beauty© inspirasi daripada himpunan jenama antarabangsa itu.


Fabrik syifon bermotif retro pelbagai warna ala Pucci dengan perincian renda bersulam manik ringkas akhirnya membikin si dia tersenyum puas.....





Wednesday, May 26, 2010

Apa & Bagaimana?

Dapatkah anda melihat di mana jahitan mula dan akhir sulaman manik labuci pada cekak tangan ini?


Bagaimana acuan, begitulah kuihnya.  Indah khabar, biarlah indah juga rupanya.....

Mula dan akhiri sulaman di antara jahitan cantum cekak dan hujung lengan  baju.  Atau susupkan benang di bawah butang. Boleh juga jahit terus di atas permukaan cekak, selitkan di bawah manik atau labuci. Benang akan tersembunyi di situ.

Nah, jahitan anda akan nampak kemas sekali bukan?  (Ini cara BnTB, orang lain mungkin ada cara tersendiri)






 

Tuesday, May 18, 2010

Using images - WHAT YOU NEED TO KNOW

Guys, its not only about 
personality & self-image 
that you need to know how 
to take good care of.


Here's what 
you need to know 
in handling "other" images  
*wink*



Take care!




Friday, May 14, 2010

Tudung Beauty© Teman Aisyah

Penerimaan semula tempahan akan diumumkan kelak ya.

Hingga ke waktu itu, hidangan pencuci mata akan terus disajikan dari masa ke semasa... ◕‿~


Aisyah kata "Terima kasih daun keladi. Semua puji, kami berdua melaram macam Mak Datin"

Terima kasih kembali...

Monday, May 10, 2010

Tudung Beauty© untuk Aisyah

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Red Noir Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Rosa Bianca Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

Wednesday, May 5, 2010

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ J'adore Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

Kurung syifon kelabu berona kusam dirias manik perak berbentuk lingkaran, bunga organza berinti mutiara sebagai penyeri.

Pilihan swarovski warna senada menyuntik elemen eksklusif di samping taburan labuci bunga dengan pilihan warna² harmoni...

Labuci berbentuk rama~rama dan "loket" kristal hijau menyerlahkan lagi keseluruhan sulaman sekaligus merubah kesuraman warna persalinan, namun kekal manis, mewah dan menawan.

J'adore (cinta) ~ sebuah ilham yang dijalin penuh rasa CINTA, ilusi indahnya cinta kalian berdua. "Selamat Pengantin Baru" buat Azlina dan pasangan...

Untuk paparan penuh, sila klik di sini :)