BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 27, 2010

Krullen

Lazim rekaan bermotif flora menjadi pilihan ramai wanita untuk disulamkan pada busana. Namun tidak dengan Safiah. Kata Safiah buatlah apa jua rekaan, namun yang berasaskan flora tidak sama sekali.

Menggemari kilauan kristal, permata dan seumpamanya maka digarapkan lingkaran demi lingkaran tali air berselang-seli dengan akrilik persegi.

"Kak, cantik! xsbr nk pakai sOk. sy br blk trOs cr bj dl. thanks taw kak!
nnt tgu sy bg bj nikah pulak ye "


demikian bunyi SMS Safiah yg dikirimkan sebentar tadi.
Alhamdulillah...

trademark BnTB(◠‿◠)
Semoga bertambah serilah Safiah menyarungkan kurung syifon dwi tona ini sempena pertunangannya esok hari...

Thursday, November 25, 2010

bee zee bee

Monday, November 22, 2010

Layah Maureena©

Warna-warna lembut merah samar, biru laut, kuning malap dan perak menjadi syarat merias layah kuning susu ini.

Mungkin tampak ringkas, namun proses "patch-work" apatah lagi atas fabrik syifon sutera krep nan gemalai memerlukan konsentrasi dan sentuhan yang teliti. Hiasan kristal dan swarovski yang ditabur rawak menjadikan keseluruhan penampilan lebih eksklusif lagi.


Renyah menyulam renda terasa lega bila karya yang tak seberapa selamat diserahkan kepada sang Ratu Sehari.

Layari http://www.facebook.com/BeautyNtheBeads untuk lagi gambar terperinci :)

Tuesday, November 16, 2010

Salam Eid-ul Adha

Pertama kali bakal menyambut Eid-ul Adha tanpa ayah bonda, adinda dan isterinya.  Didoakan agar mereka diberi kelapangan dan kesejahteraan dalam menyempurnakan ibadah di sana dan seterusnya selamat pulang ke pangkuan.


Marilah sama-sama kita menghayati erti pengorbanan.  Semoga kita semua beroleh keberkatan......

Tudung Nourel'Ain

Cepat benar masa berlalu pergi.  Diam tak diam, Aidiladha kan menjelma lagi Rabu ini. Hampir terlupa nak berkongsi kerja ekspress di pagi Aidilfitri.

Adik saya yang juga obses dengan sang rama~rama merengek minta dijahitkan barang seekor dua pada sengkuap tudung Ariani.. Berbekalkan apa yang ada di teratak bonda dan masa yang tak panjang untuk beraya dengan mertuanya, maka terhasillah hiasan ringkas begini.

   



Wednesday, November 10, 2010

Tudung Filligree Roslina

Satu lagi tudung Beauty tempahan Roslina sempena raya.

Jika yang pertama berona hitam berhiaskan sang sibu-sibu, yang ini pula berona kuning diraja.

Elemen klasik filligree digarap dengan labuci bunga dan akrilik keemasan buat saya sendiri teruja! ◕‿~


Monday, November 8, 2010

Bungor

Pertama kali menatarias persalinan fabrik kapas.  Kurung pesak dari Butik Bungor untuk Ian Sham, diberi sentuhan kuntuman bungaan mekar, senada dengan corak asas.

motif bungo²an sobab tu la ian kata bagi namo bungor (bungo) eh... buleh namo bungo, buleh butik Bungor ;)

Semoga lebaran lalu buat si tukang mekap yang terkenal dengan label The Magical Touch of Ian Sham ini berpuashati dengan hiasan sebegini ringkas.

 

Thursday, November 4, 2010

Happy Deepavali

I've noticed that BnTB's followers come from all walks of life around the globe, of different races, belief and culture, including those celebrating the festival of light.  So, here goes HAPPY DEEPAVALI to you and HAPPY HOLIDAY to all!

p/s I miss my mum, hence am sharing a picture of her very own home made "rumbe nalek" maruku :)


 

Tuesday, November 2, 2010

Tudung Hitam Nazz

Susunan akrilik merah dan keemasan menghiasi tudung syifon milik Nazz. Border daripada manik juga berwarna keemasan disulam bagai mengikat kemas susunan akrilik nan ringkas.



Tak perlu berlebih rias kerana mainan warnanya sudah mampu buat si pemakai tersenyum puas.