BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, February 28, 2011

Princezna

Kurung pesak gantung yang Shila beli siap bermanik ringkas di leher sampai ke tangan saya untuk dirias lebih rapi. Seperti yang dipersetujui, manik asal dikekalkan agar tak rosak busana pernikahan.

Minta ditambah dengan perincian hitam, emas dan kebiruan biar sepadan sampin songket jejaka idaman. Kaki baju juga tidak ke
tinggalan, dirias serupa melengkap penampilan.

 

Telahpun selamat memeterai ikatan tanggal dua puluh enam haribulan. Alhamdulillah!

 

Friday, February 25, 2011

Beirada

Pelanggan yang seorang ini memang gemarkan corak manik tabur. Justeru, selepas Kräla, beliau mahukan corak seumpamanya pada persalinan kedua.

Kurung shantung merah hati tambah seri dengan percikan manik berwarna-warni...
 
 
 
 
 
 

Tuesday, February 15, 2011

Bersawang...

Assalamu'alaikum

Lama benar laman ini bersawang. Terpinggir dek tuntutan kerja di pejabat. Ditambah pula dengan kesihatan diri yang tak begitu baik. Berjangkit pula virusnya kepada buku jaring dan modem. Terus tergendala segala urusan elektronik hingga kadang diri terasa panik. 

Memang banyak hutang yang belum saya lunaskan. e-mel, PM, SMS yang menanti dibalas usah cakaplah. Hanya maaf yang mampu dipohonkan. Meski menggunakan telefon pintar, sering jemari tak terkejar. Kerja memanik juga agak perlahan sejak lembaran tahun baru diselak. Dan bila umur menginjak ke akhir 3-series, kuasa pacuan kudrat memang terasa agak berat. Ada kalanya seakan tak mampu bergerak ligat.

Itulah roda kehidupan. Sedang tayar kereta pun pancit, inikan pula perjalanan hidup yang bukan sedikit.  Apapun, terima kasih kepada semua yang sudi singgah ke laman yang tak sepertinya ini. Kepada pengikut setia baru dan lama, sesungguhnya sokongan kalian sungguh tak ternilaikan.  Buat yang singgah mencuci mata, moga ada sesuatu yang bisa membuat persinggahan kamu bukan sementara. Dan kepada yang sudi meninggalkan jejak di kotak jeritan, ketahuilah bahawa saya membaca setiap satunya meski sering tak terbalaskan.

Sampai nanti, doakan agar laman ini tak sepi lagi...

Salam Maulidurrasul


Sangat merindukan kenanganku bersama² orang kampung  berarak dari sekolah ke masjid, Marhaban kemudian makan dalam dulang ramai², kecil besar, tua dan muda. Alangkah seronoknya kalau dapat balik kampung hari ni.. Tahun ni masjid kampungku diberi kepercayaan menjadi tuan rumah bagi Majlis Sambutan Maulidurassul daerah Johor Bharu.  Tentu meriah.... :")



Me di MIDI

Kakak, ibu, makcik anda penggemar majalah MIDI?

Jom tengok apa yang menarik dalam isu 15 Februari ini...

Ada wajah yang anda kenali? ^^


Syukur Alhamdulillah. Kalau selama ini hasil kerja BnTB™ sekadar tersiar dalam majalah tanpa kredit, kini semuanya bukan lagi angan kosong.

Biarpun semua persalinan yang tersiar ini hanyalah koleksi peribadi dan bukan untuk jualan kepada yang telah jatuh hati, namun saya bersyukur setidak²nya simpanan dalam gerobok buruk saya ini telah tersiar untuk tatapan khalayak. Siapa tahu satu hari nanti label pakaian BnTB™ akan menjenguk pasaran fesyen tempatan *berdoa*

Sementara itu, jika ada yang berminat untuk memesan kerudung eksklusif terpilih, sila emelkan kepada beautynthebeads@gmail.com


Masih awal lagi untuk anda dapatkan satu di rak buku...
Majalah : MIDI 15 Feb 2011
Ruangan : Gaya Anda (Tema : Dress ke Majlis Istimewa)
Busana & Kerudung : Koleksi BnTB™
Kasut & Aksesori : Koleksi BnTB™ 

Solekan : Aida G

Oh ya, ada juga yang bertanya dah bertukar profesionkah? Jawapannya tentu sekali tidak. Segalanya bermula di sini...



Syukur Alhamdulillah!


Monday, February 14, 2011

xOxO

Mungkin ada yang dah tahu tentang gambar ini.


Kepada yang tidak, nanti saya ceritakan dan tentunya ada banyak gambar lain untuk dikongsikan.

Tunggu ya! ;-)

Tudung Beauty© Piccolino

Seperti yang telah dijanjikan, inilah Tudung Beauty© sedondon dengan busana Piccolino