BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 31, 2010

Merdekalah!

*imej oleh Encik Google*

 
Selepas 53 tahun, masih ada yang dijajah
dijajah nafsu serakah
si comel tak berdosa terus ditinggal bersepah

selepas 53 tahun, masih ada yang dijajah
dijajah dangkal, jumud akal
menafikan yang hak, yang betul disangkal

selepas 53 tahun, masih ada yang dijajah
dijajah hasad, kesumat dan amarah
berkiblatkan ilmu "tak putih", bagai tiada salah 

selepas 53 tahun, merdekalah anak bangsaku
usah biarkan dirimu terus dijajah
kelak apalah gunanya menyesal tak sudah

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-53 Malaysia!

keluh kesah mata basah
Utara Kuala Lumpur, 31 Ogos 2010

Friday, August 27, 2010

Salam Nuzul Quran, Salam 17 Ramadhan

Semoga al-Quran dan as-sunnah terus dijadikan panduan meladeni kehidupan seharian supaya beroleh keberkatan.

Salam Nuzul Quran, salam 17 Ramadhan.


Thursday, August 26, 2010

Khazanah


Wednesday, August 25, 2010

Tak Sungguh, Orang Tak Kata (kan?)

Dia memang sangat berbakat besar
Dia memang pandai mengambil hati
Dia memang kawan yang jujur
Dia memang berjiwa luhur

Dan saya mahu berterima kasih atas ingatan tulusnya ini
(mungkin klise pada sesetengah orang. tapi siapa lagi yang lebih mengenali kita kalau bukan kawan kita sendiri kan?)
 

Semoga dia akan berjaya menggapai bintang!


Mari ke sini untuk kenal siapa dia...

Tudung Beauty© Mawar

Memenuhi permintaan yang datangnya dari seberang tambak nun di selatan.

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan...


Gabungan dua warna akrilik dan manik tabur dijalinkan


melatari tudung syifon berona lembut agar mudah disuaipadan dengan apa jua warna persalinan...

*nama tudung tiada kena mengena dengan rekaan sulaman tapi lebih kepada nama si empunya yang diterjemahkan ◕‿~

Monday, August 23, 2010

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Dolce© Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

Kalau abaya yang pertama dan kedua sarat (dan berat) dengan pelbagai bentuk, jenis dan warna permata serta manik jemekinya, helaian yang ketiga dirias cukup sederhana.

Agar himpunan bervariasi adanya, betah digaya di mana jua.

bunga organza dengan perincian labuci piring hitam dan labuci bunga kelabu gelap disulam bersilang


 susunan akrilik, kristal dan rhinestone senada warna menghiasi pinggang

 tak janggal dipakai malam dan siang...

Moga bingkisan yang tak sepertinya ini buat si empunya sejahtera dan tenang menunaikan ibadah di tanah suci sana dan selamat kembali beraya dengan semua yang tercinta...

 

Friday, August 20, 2010

Tudung Beauty© Ungu

Tudung Beauty© dari syifon ungu dengan sulaman sisik ikan membentuk bunga "passion" berintikan mutiara warna senada


sementara teknik tali air dijelujur sepanjang bebiku sulaman bahagian muka dan bawah tudung

 

Monday, August 16, 2010

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ceinture© Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

Angan-angan mahu mencipta suatu rekaan seperti abaya yang pertama, namun oleh kerana lubang pada gemstone berbentuk titis air mata hanya ada pada pangkalnya, maka terbitlah ilham lain kala ayik bermain dengan bahan-bahan yang tersedia.

Masih tampak ringkas namun tetap unik dalam kelasnya, Alhamdullillah si empunya turut gembira :)

 

inspirasi daripada bentuk loket dan kerongsang, batu permata biru kapur diikat dengan mutiara pada filligree



diterjemahkan menjadi pending memberi ilusi si pemakai tampil langsing


bahagian tangan dihiasi dengan juntaian-juntaian ringkas kelihatan seperti anting-anting




Sunday, August 15, 2010

Tudung Beauty© iKa

Sebaik menatap Tudung Beauty© yang digayakan oleh Zahnita si model tersohor Malaysia, iKa pantas memesan mahukan yang seumpamanya.

Nah inilah hasilnya. Dapatlah iKa "feeling²" secantik Zahnita di hari raya... ◕‿~


cats eyes menjadi inti dua warna bunga teratai



bertemankan sang butterfly ✿◕‿◕✿

Friday, August 13, 2010

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Charm© Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

Seperti pernah anda lihat rekaan ini? Ya, tak syak lagi. Inilah latarbelakang kad ucapan "Salam Ramadhan" BnTB yang telah menghiasi dinding laman ini minggu lalu.

Rekaan yang tercipta istimewa untuk sehelai abaya yang dijangka bakal menyemarakkan lebaran tahun ini, seiring dengan fesyen kaftan dan jalabiya ~ trend terkini yang menjadi pilihan ramai wanita.


Gabungan eksklusif filligree dengan pelbagai jenis, bentuk dan dan warna manik, mutiara dan batu permata garnet, cloissone beads dan kristal bernuansa mewah yang diekspresikan lewat persalinan ini, ilham rasa BnTB...



membentuk tiga bulatan besar sebagai subjek utama dalam rekaan ini pada kedua belah tangan dan sepanjang dada


Keseluruhan rekaan, ringkas namun tampil mewah bergaya penuh pesona...


Untuk melihat paparan penuh persalinan ini, yok ke sini http://www.facebook.com/photo.php?pid=4752160&id=163055117187&ref=fbx_album#!/photo.php?pid=4784555&id=163055117187&ref=fbx_album&fbid=429941597187

Monday, August 9, 2010

Salam Ramadhan

Tudung Umi©

Akrilik hitam dan biru berbunga di dalam serta organza bersulam manik labuci menghiasi atas kepala


perincian serupa di bahagian depan tudung



bahagian belakang tudung juga bertatahkan arilik agar lebih cantik terletak kala dipakai

 

Filligree on Pashmina

Jika lazimnya FILIGREE menghias pakaian dan aksesori wanita, saya jahitkannya pada pashmina yang dibeli di kota Al-Mukarramah.

Diselang-seli dengan labuci bulat berbentu cincin, membangkitkan elemen tradisional kontemporari dengan lebih menyerlah.



T-Shirt Make Over


Cabaran untuk mengubah motif sedia ada pada t-shirt disempurnakan dengan jahitan 111 biji akrilik berwarna hitam, kelabu, cokelat dan merah.

Labuci rama-rama dijahit di penghujung lingkaran rhinestone putih dan merah sedia ada agar sifat kewanitaan lebih menyerlah.



 

Glitz & Glittery Handsock

Sentuhan manik labuci BnTB sememangnya tidak terbatas pada persalinan dan kerudung agar tampil indah.

SARUNG LENGAN pemelihara aurat turut tidak terkecuali diberi perincian nan mewah.

Dalam diam, cetusan ilham BnTB terdahulu rupanya telah mencuri perhatian lantaran terhasilnya pelbagai produk seumpamanya di pasaran, memberi variasi pilihan kepada para muslimah. Alhamdulillah.