*imej oleh Encik Google*
Selepas 53 tahun, masih ada yang dijajah
dijajah nafsu serakah
si comel tak berdosa terus ditinggal bersepah
selepas 53 tahun, masih ada yang dijajah
dijajah dangkal, jumud akal
menafikan yang hak, yang betul disangkal
selepas 53 tahun, masih ada yang dijajah
dijajah hasad, kesumat dan amarah
berkiblatkan ilmu "tak putih", bagai tiada salah
selepas 53 tahun, merdekalah anak bangsaku
selepas 53 tahun, merdekalah anak bangsaku
usah biarkan dirimu terus dijajah
kelak apalah gunanya menyesal tak sudah
Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-53 Malaysia!
keluh kesah mata basah
Utara Kuala Lumpur, 31 Ogos 2010
0 ulasan:
Post a Comment