BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, May 28, 2009

Mozaiq

Tuan punya kebaya ini mulanya meminta saya sulamkan corak seperti baju kurung Riau koleksi Aidilfitri tiga tahun yang lalu. Namun saya mengusulkan rekaan yang lain kerana saya berpendapat corak bunga²an tampak seperti tidak harmoni dengan motif petak² pada fabriknya. Diana menyambut baik cadangan saya untuk mengolah paten manik tabur dan kristal bersegi empat. Corak ringkas begini barangkali ada yang pernah terjumpa di tempat² lain. Mungkin sama tapi tak serupa. Yang penting kreativiti menggabungkan idea untuk mempelbagaikan rekaan. Variasi warna kristal dan manik adalah berdasarkan warna fabrik sutera Thai yang sungguh halus tenunannya.


Diana juga meminta saya mengubahsuai sehelai selendang panjang kepunyaannya menjadi tudung Beauty. Dengan panjang yang menepati ukuran, saya pun menjahitkan butiran kristal sepadan lengan kebaya.

Dan lengkaplah penampilan Diana yang sebenarnya saya kenali menerusi laman Facebook.

Ada sepersalinan lagi kurung moden daripada koleksi "the young Wealth Advisor" ini sedang menanti giliran untuk dirias. Akan dikongsikan bila sampai masanya.

Friday, May 22, 2009

Tudung Nora©

Jatuh cinta dengan tudung yang saya jahitkan untuk Cikin, Nora meminta saya buatkan satu untuknya. Untuk kelainan, saya gabungkan warna² yang ada pada baju kurung Nora biar sepadan.


Yang ini pula asalnya adalah sehelai tudung ala Siti yang Nora beli dari butik Hajaba. Nora meminta saya menyerikan tudung merah jambu polosnya ini.


Masih bermain dengan warna² yang senada dengan satu lagi persalinan koleksi peribadi Nora. Lari daripada corak manik tabur yang biasa, corak tali air dijalinkan antara taburan manik² untuk menghasilkan corak sebegini.
Alhamdulillah, ibu muda yang turut menjalankan perniagaan e-dagang ini berpuas hati dengan hasil tangan saya. Kalau anda nak tahu apa bisnes cik puan ini, sila layari http://amanifabulous.blogspot.com

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

Dedikasi buat semua guru² dan bekas guru² (termasuklah guru manik) di luar sana...

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Nukilan SN Dato Usman Awang
Dipetik daripada buku antologi puisi "Guru oh Guru" terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Kuala Lumpur, 1989

Kebaya Nyonya Bersulam Merak

Seperti yang dijanjikan, inilah satu lagi hasil sulaman manik labuci untuk Nelly.

Nelly meminta saya menyerlahkan lagi kebaya hitamnya yang sedia sarat dengan sulaman bermotif burung merak dan bunga²an yang sangat cantik.


Dua batang jarum saya patah penangan sulaman yang tebal. Itu pun saya tidak sulamkan manik labuci penuh pada bunga agar keaslian corak sulam benangnya tetap terpelihara. Sekadar bunga bintang sebagai "inti" dan kelilingnya bunga sekuin. Dedaun, kudup bunga serta burung merak pula dihiasi dengan manik dan labuci pelbagai bentuk dan padanan warna.

Kebaya yang asalnya cuma beberapa gram telah bertambah berat. Namun saya yakin, Nelly pasti mampu "membawanya" dengan anggun bergaya apatah lagi bila memandu pacuan mewah BMW 5-series nya.

Quote:
Tue 19-May-2009; 05:26
Posted by : Nelly cdmnelly@yahoo.com
IP : 121.121.168.168

salam...
weeeWitttt...ahaks....terinterprame plaks nelly kat cni...hiihihihi..neway akak..thanks ya sanggup bersengkang mata smpai terpatah2 jarum utk siapkn hasil kerja yg sungguh chantek bangat...waduh!!! semua puji hasil manik tuh..smpai ckp beli kat butik mana ya?? hihihih..nelly saje amik pitcha dgn kawan..nk compare baju kebaya kosong n satu tuh hasil kerja akak..hmmmm...really SUPERB !!!! TWO THUMBS UP FOR U SIS !!!!

thanks again sbb berjaya membuatkn diriku LAIN DARI YG LAIN !!! Puas !!!!
lurve u sis...muahhhhhh...

Thu 21-May-2009; 04:31
Posted by : Nelly cdmnelly@yahoo.com

re : tq kak khaty.. nelly biasa je..tp baju tu yg buat ''GOJES''.. ermmm..
tgk la sape yg menjahitnya.. masa nk hantar baju tuh utk di transformasi..nelly tk suspectla hasil dia sebegini hebat.. really its look so superb ya !! time pg function, org sibuk membelek..belek lagi & terus membelek hasil karya kak beauty nih... & lbh teruja lg ada suara yg membisik..mesti beribu nih nilai kebaya dia nih..hhihihih..opsssss..nelly ngan kak beauty je tau.

apapun...no words can describe betapa nelly bangga tatkala menyarungkn kebaya yg kaya & berat dgn sulaman kak beauty tuh..thanks my dearie sis...
~Kau Telah Membuatkan Diriku Begitu Berharga...~

kpd pengunjung2 di sini..trust me... kak beauty takkan mengecewakan anda !! Yeay !!!!!!

Hmmmm... Teringat sehelai kebaya nyonya bermanik tak seberapa yang berharga hampir empat angka dalam iklan kad kredit ternama. Kalau yang sarat bersulam manik begini, berapa pula agaknya ya?

Wednesday, May 13, 2009

Tudung Huda© lagi

Tudung ketiga yang ditempah Huda. Mengidamkan tudung Beauty seperti ian sham cuma Huda pinta untuk dibuat potongan Ziela.

Monday, May 11, 2009

Tudung Akad Huda©

Ini tudung yang ditempah Huda sempena majlis ijab dan qabulnya yang telah berlangsung di Rawang tanggal 9 Mei 2009 yang lalu. Warna terhampir yang dipadankan dengan persalinan akadnya yang sarat bersulam manik jemeki ditempah khas di Indonesia.

Tudung Bonda Huda©

Kasih ibu bawa ke syurga. Justeru, Huda tidak melupakan Bonda tercinta agar turut tampil menarik di hari bahagianya.

Nah, inilah tudung Beauty untuk Bonda Huda istimewa kala meraikan detik bersejarah buat anakanda yang tercinta.


Sunday, May 10, 2009

It's not only today but everyday

... and Happy Mothers' Day to my sisters & SILs, beading friends, clientele, buddies, blog visitors and all mothers in the world! You are all superwomen!

Tuesday, May 5, 2009

Iris Nalita©

Kita berehat dulu daripada siri tudung Beauty dan kini hasil sulaman manik labuci pada baju kembali ke laman BnTB.

Kurung moden daripada fabrik sutera opal ini telah lama dipulangkan kepada tuan yang empunya. Waktu menyerahkan kepada saya beliau menunjukkan sekeping keratan akhbar. Mata segera mengecam wajah si Raja SMS. (Ermmm, Mawi tak pakai baju bermanik labuci... Lainlah kalau si Azwan Ali.... detik hati saya)

Rupa²nya Nelly maksudkan orang di sebelah Mawi. Siapa lagi kalau bukan si isteri tercintanya yang cantik manis ~ Ekin. Nelly berkenankan corak sulaman manik dan benang pada double cuff dres Ekin. Duh... walaupun sulaman benang pada baju Ekin tu nampak mudah tapi waktu itu saya memang "buta" sulam benang.... (maksudnya baju ni dah lama, sebelum pertandingan Sulaman Benang & Kristal FtiMdc lagi. Sampai sekarang pun rasanya masih juga rabun sulam benang... )


"Ala kak, tak dapat sebiji, dapat yang ala² pun jadilah. Kat tangan je. Badan sume tak payah touch-up"
gesa Nelly. Saya cuma mampu mengatakan bahawa saya akan cuba sedaya upaya memenuhi impiannya.

Dan inilah hasilnya yang telah mengukir senyum gembira di wajah Nelly. Lega.

Saya namakan "Iris Nalita" sempena kristal bulat dan sulam benang yang kelihatan seperti iris mata dan Nalita pula atas permintaan Nelly untuk mengabadikan sebahagian daripada nama penuhnya yang unik.