BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, May 28, 2009

Mozaiq

Tuan punya kebaya ini mulanya meminta saya sulamkan corak seperti baju kurung Riau koleksi Aidilfitri tiga tahun yang lalu. Namun saya mengusulkan rekaan yang lain kerana saya berpendapat corak bunga²an tampak seperti tidak harmoni dengan motif petak² pada fabriknya. Diana menyambut baik cadangan saya untuk mengolah paten manik tabur dan kristal bersegi empat. Corak ringkas begini barangkali ada yang pernah terjumpa di tempat² lain. Mungkin sama tapi tak serupa. Yang penting kreativiti menggabungkan idea untuk mempelbagaikan rekaan. Variasi warna kristal dan manik adalah berdasarkan warna fabrik sutera Thai yang sungguh halus tenunannya.


Diana juga meminta saya mengubahsuai sehelai selendang panjang kepunyaannya menjadi tudung Beauty. Dengan panjang yang menepati ukuran, saya pun menjahitkan butiran kristal sepadan lengan kebaya.

Dan lengkaplah penampilan Diana yang sebenarnya saya kenali menerusi laman Facebook.

Ada sepersalinan lagi kurung moden daripada koleksi "the young Wealth Advisor" ini sedang menanti giliran untuk dirias. Akan dikongsikan bila sampai masanya.

0 ulasan: