Jatuh cinta dengan tudung yang saya jahitkan untuk Cikin, Nora meminta saya buatkan satu untuknya. Untuk kelainan, saya gabungkan warna² yang ada pada baju kurung Nora biar sepadan.
Yang ini pula asalnya adalah sehelai tudung ala Siti yang Nora beli dari butik Hajaba. Nora meminta saya menyerikan tudung merah jambu polosnya ini.
Masih bermain dengan warna² yang senada dengan satu lagi persalinan koleksi peribadi Nora. Lari daripada corak manik tabur yang biasa, corak tali air dijalinkan antara taburan manik² untuk menghasilkan corak sebegini. Alhamdulillah, ibu muda yang turut menjalankan perniagaan e-dagang ini berpuas hati dengan hasil tangan saya. Kalau anda nak tahu apa bisnes cik puan ini, sila layari http://amanifabulous.blogspot.com
Friday, May 22, 2009
Tudung Nora©
Lepas siap menyulam manik, mengomellah si Beauty n The Beads jam 16:16
Label: Beaded Lace, Manik Tabur ++, Tudung Beauty©
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment