Iris Nalita dan Kebaya Merak adalah himpunan sulaman manik terdahulu untuk Nelly.
Kali ini, Nelly menyerahkan blaus merah cili berikat di tepi untuk diriasi batu akrilik hitam agar sepadan dengan renda yang dipilih si tukang jahit.
Lebih 80 biji batu akrilik bersaiz sebesar ruas ibu jari telah digunakan sebagai penaik seri blaus polos ini. Untuk memastikan batu-batan terletak kemas dan tidak bertindih antara satu sama lain di bahagian leher dan loket berbentuk bunga, saya telah menjahit sambil berdiri sepanjang malam. Sementara tugas menyusun batu-batan di hujung lengan menjadi lebih mudah kerana telah sedia dilapik pengeras.
Sebelum blaus ini, Nelly telahpun menempah beberapa helai tudung Beauty termasuklah yang ini.
Terima kasih buat Nelly kerana terus gemarkan hasil sentuhan saya.
Monday, July 27, 2009
Senorita©
Lepas siap menyulam manik, mengomellah si Beauty n The Beads jam 18:24 8 ulasan
Label: Beaded Lace, Senorita, Sequin Flower, Stones - Crystals/Acrylics, Tudung Beauty©
Tuesday, July 21, 2009
Tudung Pertunangan Syarela©
Alhamdulillah, sempurnalah sudah majlis pertunangan Syarela dan pasangannya pada hujung minggu lalu.
Sya menempah sehelai tudung Beauty bernuansa kuning keemasan istimewa untuk detik bersejarah itu.
"Salam Kak Izan. Sorry ye dah tengah malam baru bagi feedback. Alhamdulillah cantek sangat2, adik sume pun very impressed dengan tudung ni. Tks ye kak. Wait for next order!" demikian bunyi SMS daripada Sya lewat malam Sabtu lalu.
Di kesempatan ini juga saya ingin mendedikasikan ucapan
yang berada jauh di bumi Uncle Sam.
Lepas siap menyulam manik, mengomellah si Beauty n The Beads jam 17:39 3 ulasan
Label: Beaded Lace, macam2, Sequin Flower, Tudung Beauty©
Friday, July 17, 2009
My heart melts...
While my heart was sizzling hot abt sumthg dis afternoon, i got an SMS frm sum1... dat sum1 says she wanna drop by my office 2pass sumthg.
we hv never met b4, juz over d net, calls & SMSes... she says she's my no.1 fan (i ve got fan meyh? hehe...)
so abt six past four she rang and jeng jeng jeng...
I've got these!
lovely doorgifts frm her wedding! (yeah, I was supposed to attend the ceremony last weekend in JB but since sumthg popped up at the 11th hour, so I cudnt make it...)
Aini, dats so sweet of u. U juz came to hand delivered (and meet me in person) those lovely stuffs. I'm so touched!
Hv another beautiful "majlis bertandang" in Temerloh yea!
May I repeat my doa here:
"Walau tak dapat sama meraikan
doa dititip dari kejauhan
moga ikatan yang terpatri
kekal sampai mati
moga mahligai yang dibina
kukuh hingga akhir nyawa
moga istana cinta
diserikan dengan kehadiran puteri putera.
Selamat Pengantin Baru Aini & Shahrul!"
Wednesday, July 15, 2009
Teratai©
Susulan daripada Qaseh Nadya, ibu comel ini kembali menghantarkan sehelai kebaya pendek untuk dirias manik labuci.
Ronanya yang agak "menjerit" memerlukan kreativiti bermain warna untuk menjadikannya tampak lebih menyerlah.
Sekian lama menyulam corak bunga labuci begini pada tudung Beauty, kali ini saya cuba terjemahkannya pada pakaian pula. Tiga kuntum bunga labuci keemasan dan jingga berintikan Cat's Eye pada pelipat kebaya kelihatan seperti kerongsang tiga serangkai sementara perincian ranting dan dedaunan disulam pada bunga di hujung tangan baju.
Ringkas sahaja agar tidak serabut atau tenggelam dek motif flora sedia ada.
Terima kasih Nadia kerana sudi menghantar lagi.
Lepas siap menyulam manik, mengomellah si Beauty n The Beads jam 18:13 4 ulasan
Label: Cat's Eye, Floral, Sequin Flower
Saturday, July 11, 2009
Selendang Gipsi Beauty© kembali!
Masih ingat dengan entri Selendang Gipsi yang saya buat pada awal tahun lalu?
Walaupun ketika itu belum dapat saya kongsikan gambar pemiliknya sekali, saya telah menerima tempahan dua helai selendang.
Satu berwarna hitam
dan satu lagi warna coklat...
untuk seorang lagi mekap artis yang pernah menempah beberapa helai tudung Beauty sebelum ini. Dapatkah anda membayangkan betapa terujanya eifa hingga sanggup membuat satu sessi fotografi khas untuk selendang ini. Kerana sangat berpuashati bak kata eifa, beliau tak menunggu lama untuk menempah sehelai lagi.
| editing 1 : eifa | editing 2 : BnTB
Sekian lama menunggu kiriman gambar pemilik pertama selendang ini, saya dikejutkan dengan kiriman SMS beliau pada suatu pagi.
Dalam diam si dia melaramkan selendang ini ke suatu acara yang termuat dalam majalah MIDI keluaran awal Jun 2009.
Dan dek penangan sulaman manik labuci pada selendang ini jugalah yang telah menambat hati Anna yang pernah menempah sehelai tudung Beauty tahun lepas. Untuk satu acara istimewa yang telah berlangsung pada bulan April yang lalu, beliau menempah sehelai lagi tudung Beauty berwarna putih dengan sulaman seperti selendang gipsi.
Terima kasih yang tak terhingga atas sokongan kalian!
Kepada yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan solekan untuk sebarang acara daripada kedua² mekap artis di atas, bolehlah melayari laman sesawang mereka seperti di bawah:
ian sham : http://iansham.fotopages.com/ atau http://www.iansham.com/
eifa : http://eifas-touch.fotopages.com/
Lepas siap menyulam manik, mengomellah si Beauty n The Beads jam 13:11 0 ulasan
Label: Beaded Lace, Media Coverage, Organza Flower, Selendang Gipsi Beauty©
Totally Spies-cy!©
Lepas siap menyulam manik, mengomellah si Beauty n The Beads jam 12:35 2 ulasan
Label: Manik Tabur ++, Xtra Ordinary
Koleksi Dayang-dayang
Lepas siap menyulam manik, mengomellah si Beauty n The Beads jam 12:29 0 ulasan
Label: Floral, Manik Tabur ++, Sequin Flower, Stones - Crystals/Acrylics
Friday, July 10, 2009
Butterfly in the Garden II©
Lepas siap menyulam manik, mengomellah si Beauty n The Beads jam 12:24 0 ulasan
Label: Butterfly, Sequin Flower, Signature Design©, Xtra Ordinary
Butterfly in the Garden©
Lepas siap menyulam manik, mengomellah si Beauty n The Beads jam 12:19 0 ulasan
Label: Butterfly, Signature Design©, Xtra Ordinary
Wednesday, July 8, 2009
Alamaya©
Waktu saya memanaskan enjin kereta untuk bertemu seorang pelanggan suatu malam dahulu, saya menerima panggilan telefon daripada seseorang yang memperkenalkan dirinya sebagai Hidayah. Beliau mahu mendapatkan perkhidmatan sulaman manik saya pada busana pertunangannya.
Hidayah yang berkenan dengan beberapa hasil kerja tangan saya sebelum ini keliru untuk memilih yang mana satu. Lantas saya mengusulkan untuk membuat kombinasi daripada rekaan² tersebut agar menjadi sesuatu yang lebih segar.
Perincian di bahagian leher
Jalinan ringkas manik dan mutiara pada sulaman dwi lapis di bahagian tangan dan kaki baju
Lengkaplah sudah syifon berona keemasan untuk hari pertunangan Hidayah awal Jun lalu.
Lepas siap menyulam manik, mengomellah si Beauty n The Beads jam 10:43 0 ulasan
Label: Engagement/Wedding, Floral, Manik Tabur ++
Friday, July 3, 2009
Tempahan daripada Aida©
Seperti yang dijanjikan, saya kongsikan di sini tempahan "luar biasa" daripada Aida.
Luar biasa kerana saya tidak pernah menerima tempahan sebegini selama berjinak² dalam dunia sulam manik labuci. Aida meminta saya menyulamkan manik labuci pada sarung lengan berwarna hitam dan krim. Memang tak pernah saya buat dan tak pernah saya jumpa di mana² pun sebelum ini. Wah, cabaran baru untuk saya. Bayangkan kepayahan nak menyusup masuk ke dalam renda yang sudah siap berjahit pada sarung tangan. Apatah lagi jari-jemari saya ni memang semulajadi tak mungil. Jauh sekali runcing...
Ini sarung lengan versi original. Bersulam pada renda dan seluruh sarung yang tinggi sampai ke pangkal lengan.
Transformasi selepas disulamkan manik labuci untuk warna hitam
dan krim
Brilliant bukan? Maksud saya idea Aida itu. Saya sekadar merealisasikannya.
Transisi berfesyen bagi Muslimah masa kini, tidak ketinggalan mahu tampil bling² namun kekal menutup aurat.
Hmmm, hati kecil saya berbisik "tak mustahil akan menjadi ikutan selepas ini..."
Lepas siap menyulam manik, mengomellah si Beauty n The Beads jam 11:08 1 ulasan
Label: Xtra Ordinary