BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 27, 2009

Senorita©

Iris Nalita dan Kebaya Merak adalah himpunan sulaman manik terdahulu untuk Nelly.

Kali ini, Nelly menyerahkan blaus merah cili berikat di tepi untuk diriasi batu akrilik hitam agar sepadan dengan renda yang dipilih si tukang jahit.

Lebih 80 biji batu akrilik bersaiz sebesar ruas ibu jari telah digunakan sebagai penaik seri blaus polos ini. Untuk memastikan batu-batan terletak kemas dan tidak bertindih antara satu sama lain di bahagian leher dan loket berbentuk bunga, saya telah menjahit sambil berdiri sepanjang malam. Sementara tugas menyusun batu-batan di hujung lengan menjadi lebih mudah kerana telah sedia dilapik pengeras.

Sebelum blaus ini, Nelly telahpun menempah beberapa helai tudung Beauty termasuklah yang ini.

Terima kasih buat Nelly kerana terus gemarkan hasil sentuhan saya.

8 ulasan:

eedamanik said...

Sambil berdiri menjahit...adus mak oii..klu akak dah lembik kaki.

Beauty n The Beads said...

sbb tak tahu cara yg terbaik tu la yg kena berdiri tu kak... huhuhu

diana_beads said...

Wowwww.....

Anonymous said...

salam,

nak tanya design "iris nalita" tu akak memang jahit bajunya skali ke? Cantik betol design tu..berkenan la...kak terima tempahan lepas raya?

kasih8953

Beauty n The Beads said...

Diana, wowwww TQ!

kasih8953, sy x jahit baju iris nalita tu tp jahitkan manik labuci shj. tempahan selepas raya masih dibuka, kalau berminat email ye... thanks.

wansya said...

fuyoo...
berdiri???
xsanggupku...
tapi..tu la bezanya antara
pro dan amatur (wink)

jeff said...

>> kreatif tu mmg dah kreatif...

Beauty n The Beads said...

wansya : psl amatur la yg kna bdiri tu. kalau pro, harus sambil baring pun leh buat... *wink*

bro jeff : tks for always being supportive!